Tabung Masa Depan

Monday, June 3, 2013

Nota EDU 3102 : Perkembangan sosioemosi Kanak-kanak



Perkembangan sosioemosi ialah keupayaan kanak-kanak untuk berinteraksi serta memberikan tindakbalas terhadap sesuatu dan bertingkahlaku mengikut norma masyarakat.


Definisi:
Perkembangan ini dapat dilihat sama ada melalui tingkah laku positif seperti berkongsi, berdikari, dan megikut peraturan atau tingkahlaku negative seperti bergaduh, mengasingkan diri dan kurang berkeyakinan diri.





Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi :

Faktor persekitaran banyak mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak antaranya:

1) Keluarga
- Kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang harmoni sering diberi peluang untuk mendapatkan pengahargaan dan mempunyai sosioemosi yang sihat. Keadaan sebaliknya akan berlaku kepada kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang tidak harmoni. Melalui didikan yang sempurna dan kasih-sayangyang diberikan oleh ibu-bapa, kanak-kanak boleh menjadi individu yang bertanggungjawab kepad diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

2) Ekonomi
- Kanak-kanak yang hidup dalam keluarga yang mengalami masalah ekonomi yang tidak stabil akan member kesan kepada perkembangan sosioemosi. Ini kerana masalah ekonomi adakalanya menjadi punca pertengkaran dan perselisihan dalam keluarga.
Faktor kesihatan turut mempengaruhi sosioekonomi
Faktor makanan dan pemakanan juga member kesan kepada perkembangan sosioemosi kanak-kanak




katakan like jika best ya!