Tabung Masa Depan

Tuesday, June 4, 2013

Praktikum di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Sekian lama tak mencoretkan kenangan praktikum Ieqa kat sini. Alhamdulillah, kali ini Ieqa nak sharing kenangan praktikum Ieqa dengan cikgu-cikgu dan murid-murid di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah.


Memandangkan praktikum fasa dua ni ambil masa dalam dua bulan, jadi Ieqa dengan partner Ieqa pakat nak survey sekolah ini dulu. Syukur sangat-sangat sebab praktikum kali ini Ieqa masih boleh berulang-alik dari rumah sewa Ieqa di Kampung Padang Nenas ke sekolah. Perjalanan ke sini cuma mengambil masa dalam 30 minit je. Cuma kena bertolak awal sikitla nak ke sekolah sebab jalan sini selalu jem, maklumlah banyak sekolah kat kawasan sini. Jadi kalau bertolak pagi tu, masing-masing berlumba macam formula one bila nak pergi dan balik ke sekolah.






Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah ni terletak di Kampung Sungai Rengas, Jalan Pulau Musang, , Kuala Terengganu , Terengganu Darul Iman. Mula-mula masa kami berdua tengok sekolah ini, Ieqa dan Pyza hampir-hampir sesat sampai masuk ke jalan sawah.. Mana tidaknya, sekolah ni terletak di selekoh, kalau tak perasan memang akan terlepas. Kebetulan masa tu pulak jalan depan sekolah tu sedang diperbaiki, ada lori besar tutup jalan tu, lagi la memang tak perasan. Mujurla ada seorang budak ini bagi tahu sekolah ni.


Banyak nak diceritakan tentang praktikum di sini. Nanti Ieqa sambung, sayonara~




Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )



katakan like jika best ya!

No comments: