Tabung Masa Depan

Tuesday, June 4, 2013

Travel Kuala Lumpur ala-ala 'backpacker' dengan familiku



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Cuti sekolah yang lepas, aku dan familiku merancang satu percutian yang bermakna yang lain daripada yang lain. Atas idea bersama, kami bersepakat untuk ronda-ronda Kuala Lumpur dengan cara ala-ala 'backpacker'. Selalunya kalau berjalan dengan famili, konfem naik kereta ke sana ke mari. Tapi disebabkan emak dan adik-adik aku tak pernah lagi rasa naik LRT dan Monorail, jadi kami pun sepakat nak buat macam ni.


Kami parking kereta di rumah abang saudaraku di Seremban. Dari stesen kereta api Seremban, aku dan familiku naik komuter menuju ke KL Sentral. Penuhnya komuter sampai aku dengan ayah terpaksa berdiri huuu..






Sampai di KL Sentral, kami mulakan perjalanan ronda-ronda kawasan sini dulu. Kalau naik kereta mesti pening kepala nak cari parking dengan jalannya yang jem tu kan! 





Entah bangunan apa yang kitorang panjat ni, betul-betul bersebelahan dengan KL Central. 






Puas jalan di sini, kitorang gerak lak naik LRT ke KLCC. Best jugak jalan-jalan camni, jauh pemandangan, luas pengalaman, tapi terpaksa bersesak-sesak dengan orang sikitla huu..






Sempat bergambar kat depan KLCC. Agak letih jugakla jalan kaki ni kan. So salah satu tips kalau nak travelling macam ni, sila pakai SELIPAR, SANDAL atau SPORT SHOES dan better gunakan yang 'comfort' punya kalau tak nak kaki anda tercabut di tengah jalan huuu...






Setiap tingkat kat KLCC ni kitorang nak explore betul-betul. Maklumlah mungkin ini kali terakhir nak jalan-jalan sepuas-puas hati kat KLCC ni.





Sampai kat tingkat bawah KLCC. Kat stage ni banyak jual barang-barang dapur macam makanan, buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain. Tengok, ayah aku fokus check buah-buah obersea kat sini huu..







Kebetulan time kitorang kat sini ni tengah musim halloween kot, jadi banyakla accesories halloween yang dijual. Dengan labu Halloween pun ada jual tau, besow gila.. sesuwei dengan harganya huu






Adikku yang bergaya batgirl dengan tongkat pakcik 'devil' huu~





I'm waiting for my prince Charming!!!




Taking picture together... Ieqa Swetluv, Nurul Starluv dan Teyha Skyluv ^_^





Banyak jalan, puas snap pic, keletihan, kebuluran.. time ni makan apa saja semua sedap, konfom licin!!





Weweeet!!! Ibuku yang cantik.. bapaku yang ensem.. 




Excited nak masuk Petrosains, tapi sangat menyedihkan coz tiket semua sold out.. Apa boleh buat pergi time cuti sekolah, nasibla badan.. So, terpaksa snap pic kat depan jela konon-konon wat kenangan dah pernah sampai even tak masuk lagi.


Lepas puas meronda KLCC sekdar cuci-cuci mata, cepat-cepat naik LRT gerak ke Masjid India. Rugi kalau tak datang sini coz barang murah-murah banyak tu huu.. So, sampai sini memang dah tak ada snap pic lagi la, rambang mata memilih nak borong bawa balik.






Sempat lagi snap pic KL Tower dari Jalan Masjid India sebelum naik komuter balik ke Seremban. Actually, rasa tak puas nak berjalan sebab masa singkat sangat. Tapi bolehlah asalkan dah sampai sini gak kan. Lepas ini plan jalan tempat lain pula! 




Jom join Ieqa travel situ sana sini di Travelog Ieqa Swetluv (link)



katakan like jika best ya!

No comments: