Tabung Masa Depan

Saturday, July 13, 2013

Penulisan Jurnal IPG untuk Internship (Sem 8)




Jurnal Internship Minggu Pertama SK Tengku Bariah Kuala Terengganu



a) Tarikh

4 Julai 2013 (Khamis)


b) Masalah

Pada minggu pertama internship di SK Tengku Bariah ini, isu yang saya ingin fokuskan adalah perancangan untuk membina kerja kerja bagi projek sepanjang 4 minggu di sekolah. Sedikit masalah yang dihadapi kerana saya akan tiga minggu seterusnya adalah bulan Ramadhan. Maka, hanya tempoh seminggu awal sahaja saya dapat merancang projek yang lebih besar kerana tidak mahu projek yang akan kami laksanakan membebankan dan mengganggu ketika di bulan puasa nanti.


c) Analisis Masalah

Ketika perbincangan bersama rakan-rakan praktikum yang lain, beberapa cadangan projek telah dicadangkan antaranya Projek Kitar Semula dan Projek Latihan Kebakaran. Walau bagaimanapun, masa yang agak suntuk dikhuatiri akan mengekang perlaksanaan dan perjalanan projek kami kelak kerana projek tersebut akan melibatkan pihak sekolah dan murid-murid.

Justeru, kami telah bertemu dengan Guru Penolong Kanan 1 untuk membincangkan masalah ini. Hasil daripada perbincangan, kami telah membuat kata putus untuk menjalankan projek Mural I-Think serta projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart. Apa yang paling mudah adalah projek ini hanya melibatkan guru pelatih sahaja dan tidak akan mengganggu proses P&P di bilik darjah.


e) Tempoh Penyelesaian

Tugasan ini telah dirancang seperti berikut:

i) Projek Mural I-Think :
3 Julai 2013 – 6 Julai 2013

ii) Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart :
Sebelum Pertandingan Sketsa Petronas Streetsmart Peringkat Daerah Kuala Terengganu, iaitu 3 Julai 2013 – 7 Julai 2013.Pertandingan diadakan pada 8 Julai 2013 di Dewan Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu.


f) Tindakan Susulan

Saya dan rakan-rakan lain telah merancang untuk menghabiskan sepanjang hujung minggu kami iaitu 5 dan 6 Julai 2013 (pagi ke petang) di sekolah untuk menyelesaikan projek kami dengan secepat mungkin. Berikut adalah jadual perlaksanaan tindakan projek kami.

i) Projek Mural I-Think

Bil
Tarikh
Tindakan
1.
3 Julai 2013
Perbincangan Kertas Kerja Projek Mural I-Think
- Perancangan Grafik dan perlaksanaan tindakan projek.
2.
4 Julai 2013
Penyerahan kertas kerja Projek Mural I-Think kepada GPK 1.
3.
5-6 Julai 2013
- Proses menyiapkan mural I-Think di laluan ke kantin SK Tengku Bariah.
- Dokumentasi projek
4.
7 Julai 2013
- Laporan projek.


ii) Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart

Bil
Tarikh
Tindakan
1.
3 Julai 2013
Perbincangan Kertas Kerja Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart
- Pembinaan skrip drama ‘Kereta Millenium’
2.
4 Julai 2013
Penyerahan kertas kerja Projek Projek Latihan Sketsa Petronas Streetsmart kepada GPK Ko.
3.
5-6 Julai 2013
- Latihan Sketsa Petronas Streetsmart
4.
7 Julai 2013
- Rheasal penuh Sketsa Petronas Streetsmart
5.
8 Julai 2013
- Pertandingan Sketsa Petronas Streetsmart di SK Sultan Sulaiman 2.
6.
9 Julai 2013
- Laporan Projek




Tanda Tangan Guru Pelatih,


____________________________
( NURUL ATIQAH BTE AZAHARI)



Tanda Tangan Mentor,


_________________________________
(                                                   )





Nota cikgu IPG ada di sini (link)




katakan like jika best ya!

1 comment:

Anonymous said...

blog ini membantu junior ipg tuk buat rujukan intenship