Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Alhamdulillah, syukur ku panjatkan ke hadrat Illahi, dengan rahmat dan kasih sayang-Nya, ada juga sedikit ruang dan kelapangan untukku bermanja di blog cinta hatiku ini..
Sebelum ini, Ieqa dah coretkan kenangan berpraktikum 1 di SK Kuala Ping, Kuala Berang dan praktikum 2 di SK Rengas Bekah di sini (link). Jadi kali ini Ieqa nak tulis pula kisah praktikum ketiga Ieqa di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu. Praktikum 3 kali ini, Ieqa berada 3 bulan di sekolah, dan akan mengajar subjek major iaitu Bahasa Melayu dan minor 2, Pendidikan Muzik.
Untuk pengetahuan semua, sekolah ini terletak di Jalan Pasir Panjang, di bandar Kuala Terengganu, berjiran dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Besar dan Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang.Ok boleh je rujuk kat peta bawah ni ye.
Memandangkan sekolah praktikum Ieqa ni terletak di bandar, dan rumah sewa Ieqa lak kat Padang Nenas, berdekatan dengan IPG, ambil masa lebih kurang 30 minit. Jadi Ieqa decide nak berulang alik je setiap hari. Setiap pagi Ieqa akan bertolak awal dari rumah, dalam lebih kurang jam 6.40 pagi supaya tidak lewat sampai sekolah. Maklumlah, jalan bandar ini, kalau lewat nanti takut jem pulak lagi-lagi di Jambatan Sultan Mahmud. Kiranya, kalau pagi-pagi tu nampak kereta penuh je kat atas jalan macam formula one tu, selalunya kereta-kereta cikgu la hehe.
Masa Ieqa cabut undi dan dapat sekolah ini, Ieqa dan partner praktikum Ieqa, Pyza berkira-kira juga mahu pergi atau tidak, yela kalau boleh kami berdua nak lah praktikum sekolah dekat-dekat je dengan kawasan IPG bila tahun akhir ini. Mujur sahaja classmate Ieqa, Kordi, Rosafandi dan Syafiq cakap sekolah ini best sangat sebab masa praktikum 2 sebelum ini diorang dah berpraktikum di sini. Jadi, kami berdua pun setuju memilih sekolah ini sebagai sekolah praktikum ketiga dan bakal berinternship di sini gak.
Hari pertama sampai di SK Tengku Bariah, kami berjumpa dengan dua orang guru pelatih lain, dari unit Matematik. Awal perkenalan kami dengan cikgu-cikgu SK Tengku Bariah, Ieqa dapat lihat cikgu-cikgu sini menerima kedatangan kitorang dengan tangan yang berbuka terutama sekali puan guru besar, Puan Hjh Azma binti Senun. Seronok cikgu-cikgu semua mesra. Ieqa dan pyza bertegur sapa dengan semua cikgu-cikgu yang kami jumpa.
Dalam hati terdetik," Wahh mesti macam-macam benda yang aku boleh dapat dan banyak pengalaman yang akan aku peroleh sepanjang berpraktikum kat sini." Nak tau apa dia, jeng jeng jeng... inshaaAllah Ieqa akan sambung lagi nanti ok. Sayonara!!
Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment