Tabung Masa Depan

Tuesday, January 7, 2014

Nota BMM3116 : PENDEKATAN –PENDEKATAN PEMAHAMAN TEKS




Pendekatan pemahaman yang digunakan dalam teks terdiri daripada empat bahagian iaitu kaedah struktural, kaedah mengalami menghayati, kaedah berfokus dan kaedah global. Pendekatan struktural sering digunakan oleh guru dalam bilik darjah.






Kaedah Struktural 


Kaedah struktural merupakan kaedah yang paling klasik dan sering digunakan dalam pengajaran kesusasteraan Melayu sejak beberapa dekat yang lalu. Menurut Mahzan Arshad (2008), kaedah struktural ini melibatkan kritikan teks kerana melihat karya yang dihasilkan daripada dari dua aspek utama iaitu bentuk atau format bahan tersebut di samping kajian terhadap bahasa yang digunakan oleh oleh penulis dalam karyanya. Oleh itu, berdasarkan pendekatan struktural ini, amalan pengajaran dan pembelajaran bahan sastera lebih tertumpu kepada aspek terminologi dan elemen-elemen struktur yang membina bahan tersebut.

Selain itu, kaedah struktural berasal daripada linguistik yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure. Pandangan beliau telah ditransformasikan dalam bidang kesusasteraaan oleh tokoh-tokoh selepasnya. Kaedah ini juga menyatakan bahawa pengkritik harus berusaha untuk mencari makna teks berdasarkan struktur teks itu sendiri. Pengkritik perlu mengkaji setiap aspek yang terdapat dalam karya dan unsure yang membentuk karya tersebut mestilah diselidiki dan dianalisis.

Kelemahan utama kaedah ini, ialah corak pengajarannya terlalu menekankan aspek analisis struktural yang boleh menimbulkan rasa bosan dalam kalangan murid terhadap bahan sustera tersebut kerana pengajaran sebegini akan menimbulkan kekeliruan kepada murid untuk memahami unsure teknikal pembinaan bahan da  istilah yang sukar difahami. Pendekatan struktural ini walaupun berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat dilaksanakan secara teratur namun kaedah ini mengabaikan aspek teks yang indah dan tersirat.


Kaedah Mengalami Menghayati 


Kaedah mengalami dan menghayati ini muncul apabila kaedah struktural dikatakan tidak sesuai dengan sifat semula jadi sesebuah karya sastera. Karya sastera yang dihasil merupakan karya seni yang indah, bersifat naratif dan mengandungi emosi kerana dibina melalui pemilihan kata yang dapat mengambarkan maksudnya.

Semasa kaedah ini digunakan, guru bukan lagi menjadi pemberi makna yang mutlak tetapi perlu berfungsi sebagai fasilitator yang memandu interaksi murid dengan dengan bahan sastera yang dibaca serta membantu murid mengupas maksud melalui kajian bahan tersebut. Kaedah mengalami dan menghayati turut menekankan pengalaman murid dan bagaimana murid dapat menghayati pengalaman penulis melalui teks yang dibaca. Keupayaan memahami maksud puisi sebelum mengkaji secara secara terperinci memudahkan pemahaman murid.

Bahan sastera, khususnya sajak dianggap sebagai subjek yang rumit, sukar difahami dan membingungkan. Malah kesusteraan juga sudah mula diberi tanggapan negatif. Subjek ini dianggap sebagai subjek yang ketinggalan zaman dan tidak mengikut peredaran semasa yang lebih mengutamakan penekanan terhadap perkembangan komunikasi dan teknologi. Menurut Othman Putih (1996), apabila seorang guru menggunakan kaedah “Mengalami Menghayati”, maka guru tersebut perlu membuat kerja lebih daripada sepatutnya. Dia perlu mencari petikan, memperdengarkan rakaman atau tayangan yang membolehkan petikan yang baca lebih dekat dengan jiwa mereka.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru semasa menggunakan kaedah mengalami dan memahami ialah guru perlu meminta murid membaca karya sastera terlebih dahulu. Setelah itu, aspek yang paling berkesan akan dipilih dan diaktifkan dalam aktiviti yang akan dijalankan. Melalui kaedah ini, murid akan merasai dan menikmati karya sajak tersebut melalui deklamasi manakala perwatakan watak yang difahami akan dilakonkan melalui drama atau improvisasi.


Kaedah Berfokus


Kaedah berfokus telah diperkembangkan oleh Unit Bahasa Malaysia, Pusat Perkembangan Kurikulum pada tahun 1984 (Mahzan Arshad, 2008).  Pendekatan struktural menjadi dasar pengenalan terhadap kaedah berfokus yang menekankan aspek struktur dalam karya sastera. Kaedah berfokus mampu membantu guru untuk melakukan pengajaran dalam bilik darjah berbanding kaedah struktural yang perlu mengkaji terlalu banyak struktur karya sastera. Kedah berfokus ini memberikan tumpuan terhadap satu struktur tertentu dalam karya serta satu struktur sampingan yang diajarkan dalam sesi pengajaran. Contohnya, pada satu sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan, guru hanya mengajarkan watak serta latar sahaja. Guru akan menerangkan dengan terperinci mengenai watak yang terdapat dalam bahan sustera tersebut dan menerangkan latar sebagai penerangan sampingan sahaja.


Kaedah Global 


Kaedah global merupakan kaedah yang mudah dan sesuai digunakan oleh murid. Hal ini kerana, apa yang ingin disampaikan melalui kaedah ini meliputi kepandaian dan kesesuaian yang menyamai tatacara hidup kanak-kanak seperti yang biasa dilihat dalam permainan mereka (Ishak Ramly, 2003). Kebiasaanya kaedah ini dilaksanakan secara bebas. Kaedah ini sering digunakan dalam drama menggunakan teknik simulasi. Antara aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan kaedah global ini ialah aktiviti yang berbentuk lakonan seperti aktiviti mimic muka yang tidak menggunakan suara dan sebagainya.




Sila rujuk nota-nota seterusnya di sini. ( LINK )




katakan like jika best ya!

1 comment:

eida said...

Sangat berguna. Mohon untuk diambil sebagai bahan tugasan.