Tabung Masa Depan

Wednesday, January 22, 2014

Perkhemahan Beruniform Tahun 6 di Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sementara cuti-cuti Malaysia menunggu posting ini, seronok bila tengok-tengok semula gambar-gambar masa belajar dulu. Dan antara moments yang paling bermakna ketika camping unit beruniform Tahun 6.
Aktiviti perkhemahan unit beruniform kira salah satu aktiviti wajib setiap tahun dan selalunya cikgu-cikgu akan utamakan murid-murid tahun 6 untuk join. Dan aku adalah cikgu bagi Unit Pergerakan Puteri Islam.





'Camping' macam ini banyak memberi pengalaman dan kesediaan mental dan fizikal murid-murid untuk diorang jadi lebih berdikari, mudah menyesuaikan diri dan pada masa yang sama memupuk semangat berkumpulan. Sebelum pergi camping, sekolah aku buat persediaan awal dua minggu awal. Setiap unit beruniform mestilah memilih wakil-wakil unit mereka untuk pertandingan yang akan diadakan. Sudah semestinya aktiviti wajib 'camping' beruniform ini mestila kawad kaki. Haa.. aduh bila aku ingat balik zaman sekolah aku dulu, uish memang tak laratla nak berkawad. Actually, kawad ini banyak melatih kita jadi lebih berdisiplin, semangat berkumpulan dan mengikut arahan.







Sibuk bukan main lagi cikgu-cikgu unit lain melatih murid-murid. Maklumlah semua nak menang kan.


Tunggu punya tunggu, akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Entah dah bersedia atau tak, kira tawakal jela. Camni lah gayanya, murid yang nak bertanding, cikgunya yang semangat melatih. Haha..





Banyak aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tiga hari dua malam kami ber'camping' di sini. Antaranya pertandingan kawad kaki, pertandingan bantuan kecemasan, pertandingan gadjet dan khemah tercantik, pertandingan sketsa, malam bbq dan banyak lagi. Memang seronok bila join camping camni kan.









Bagi aku, antara perngalaman yang paling bermakna sepanjang program ini, bila aku diminta oleh cikgu PPIM untuk melatih mereka dalam pertandingan sketsa 'Ibu'. Mula-mula aku memang excited. Yela, aku memang minat kalo bab-bab berlakon ini kan. Sebelum ini, aku cuma tahun melakonkan sahaja. Skrip, audio, props, semuanya dah disediakan oleh kawan-kawan lain. Tapi kali ini, aku yang kena siapkan semua itu untuk murid-murid aku. Sangat seronok sebab murid-murid aku boleh menyumbangkan idea dari segi scenes dan plots. Setelah selesai semua itu, tugas aku pula yang perlu mengedit semula skrip, latih, memasukkan audio dan sediakan props.


Hasilnya, syukur unit aku berjaya dapat tempat pertama dalam pertandingan sketsa, dan tempat pertama keseluruhan program. Aku happy sangat, dapat mencungkil bakat murid-murid aku untuk berlakon, melatih diorang agar menjiwa watak dan memupuk keyakinan dan keberanian bila diorang berada di hadapan.








Aku harap, murid-murid aku akan ingat pengalaman ini, dan dapat membantu diorang pada masa akan datang.






Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )





katakan like jika best ya!

No comments: