Tabung Masa Depan

Wednesday, January 8, 2014

Aktiviti Kerja Berkumpulan Murid Bahasa Melayu Menggunakan Peta Pemikiran I-Think



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Setiap hari di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu ini, mengajar  aku bermacam-macam pengalaman, serta membuatkan aku semakin bersemangat untuk belajar agar menjadi seorang guru yang berjaya kelak. Pada kali ini, aku ingin berkongsi, bagaimana cara menggunakan pelbagai peta pemikiran I-Think dalam satu petikan yang diberikan.


Aku menggunakan petikan bertajuk Kisah Zikri dan Ranjit. Petikan ini aku karang sendiri bagi memudahkan untuk aku menggunakan pelbagai peta I-Think dalam petikan tersebut.


Pengajaran dimulakan dengan membaca petikan terlebih dahulu.





Selepas aktiviti membaca petikan, aku membahagikan murid aku kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugasan membina Peta Pemikiran I-Think berbeza berdasarkan petikan yang telah mereka baca. Bagi kumpulan pertama, tugasan mereka adalah membina Peta Bulatan berkaitan nilai-nilai murni yang terdapat dalam petikan.





Bagi kumpulan kedua pula, mereka ditugaskan membina Peta Buih. Dalam peta buih tersebut, mereka diminta menyenaraikan sikap Zikri berdasarkan petikan yang telah mereka baca.






Kumpulan seterusnya pula diminta untuk membina Peta Buih Berganda . Fungsi peta ini adalah membanding bezakan dua perkara. Murid diminta membanding beza sikap dan personaliti antara Zikri dan Ranjit.






Dua kumpulan seterusnya diberikan tugasan untuk membina peta titi. Peta titi ini bertujuan untuk mencari hubungan yang sama antara dua perkaitan. Kumpulan keempat diminta membina peta titi berkaitan sinonim, iaitu kata seerti, manakala kumpulan kelima pula diminta menyenaraikan perkataan antonim, iaitu kata berlawanan yang mereka temui dalam petikan di atas. 















Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )




katakan like jika best ya!

No comments: