Tabung Masa Depan

Thursday, February 20, 2014

PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DUNIA MUZIK TAHUN 1



Pada hari Khamis bersamaan  8 September 2011 yang lepas, kumpulan saya yang telah melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) Tahun 1 Pintar di Sekolah Kebangsaan Maktab Perguruan Kuala Terengganu, Batu Rakit. Tugasan ini adalah lanjutan daripada proses Kerja Kursus Pendek MZU 3111 dimana kami dikehendaki mengumpulkan bahan berkaitan pedekatan proses P&P pendidikan muzik serta menyediakan sebuah rancangan pengajaran harian bagi mata pelajaran Pendidikan Muzik Sekolah Rendah.

Pada peringkat permulaan perlaksanaan kerja kursus, kami telah mengumpul seberapa banyak bahan dan nota berkaitan ketiga-tiga pendekatan muzik iaitu pendekatan Dalcroze, Carl Orff dan Kodaly. Secara ringkas, pendekatan Dalcroze meliputi pengalaman muzikal melalui yang melibatkan beberapa aspek iaitu Eurhytmics, Solfage dan Improvisasi. Bahan Muzikal untuk aktiviti Eurhythmics, Solfage dan Improvisasi juga diadaptasi dan bersesuaian dengan budaya dan konteks tempatan.



Sebelum melaksanakan proses P&P, kami telah merujuk terlebih dahulu kepada guru Pendidikan Muzik Tahun 1 Pintar iaitu Cik Rasyidah. Cik Rasyidah telah memaklumkan kepada kami bahawa mengikut silibus KSSR, minggu ini murid-murid Tahun 1 akan mempelajari Lagu Gajah Menari. Oleh hal yang demikian, kami bertiga bersepakat memilih Pendekatan Dalcroze. Hal ini kerana pendekatan ini menekankan pembelajaran secara ‘Learning by doing’ iaitu murid perlu melaksanakan sendiri dan merasai sendiri proses pembelajaran. Murid akan menggunakan gerak tubuh untuk tingkatkan pemahaman dalam pembelajaran muzik. Pendekatan ini  juga mementingkan kepekaan alat deria iaitu mendengar muzik, dan mengutamakan  pembelajaran daripada konkrit kepada abstrak. Kami memulakan sesi P&P dengan memperdengarkan audio bunyi-bunyi haiwan dan meminta murid meneka. Seterusnya, sesi membaca lirik. Guru mendengar proses bacaan lirik murid terlebih dahulu sebelum mengajarnya menyanyi lagu Gajah Menari mengikut rakaman audio. Kemudian, murid diminta menyanyi Lgu Gajah Menari dengan diiringi minus one.


Pada langkah berikutnya, guru meminta murid membentuk tiga kumpulan dan menyanyi sambil menggayakan lirik lagu. Murid bebas menari mengikut kesesuaian lagu dalam kumpulan masing-masing. Peringkat ini bertujuan untuk memberikan gambaran kepada murid mengenai lagu dan memberi peluang agar murid dapat meningkatkan kefahaman murid-murid melalui aktiviti pergerakan badan dengan menggunakan kaedah Eurythmics dalam Pendekatan Dalcroze dimana kaedah ini memerlukan penglibatan diri individu secara menyeluruh yang melibatkan penyatuan minda, anggota badan serta emosi diri. Selain itu, kaedah ini juga melibatkan kemahiran mendengar, merasai, berimaginasi, menginterpretasi bunyi, bertindak, memberi respon dan bergerak bagi membantu murid membayangkan maksudnya secara luaran.



            Sesi pengajaran dan pembelajaran diteruskan dengan guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid mengisi tempat kosong dengan perkataan yang terdapat dalam lirik lagu Gajah Menari. Pada langkah akhir, kami meminta murid sekali lagi menyanyikan lagu Gajah Menari sambil membuat gaya masing-masing. Saya berharap agar proses P&P Pendidikan Muzik Tahun 1 Pintar telah menepati pendekatan Dalcroze dan berjaya dalam proses perlaksanaan P&P tersebut.









katakan like jika best ya!

No comments: