Tabung Masa Depan
Wednesday, February 19, 2014
Pertandingan Inovasi 2013 Bersama Cik Ismiey Iz
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ini nak buat special post untuk my lovely friend Cik Jah aka Ismiey Iz. Actually Cik Jah ini seorang kawan yang sangat sangat sweet, baik hati dan selalu tolong kawan-kawan bila memerlukan.
Ada satu ketika sebelum ini, semasa Ieqa semester 8 di IPG, bila hujung-hujung semester tu rasa serabut sangat. Dalam sebulan tu berturut-turut program yang Ieqa dan classmate kena join, sampai kadang-kadang rasa stress pun ada.. Mana tak nya, lagi nak habis belajar lagi banyak program kena handle. Mujur classmate Ieqa sangat bagus-bagus dan bagi kerjasama.
Ingatkan dah habis semua tu kira dah lega. Tapi tiba-tiba Lecturer Penyelia AR, Encik Amir Hamzah call dan minta Ieqa join Pertandingan Inovasi Peringkat IPG KDRI. Time tu rasa tergamam, terkedu, blank semua ada. Yela, ingatkan dah habis Pembentangan Penyelidikan Tindakan tu dah settle belaka, rupanya ada satu lagi task yang Ieqa kena buat. Nak tolak, tak baik pula bila bila lec kita dah minta kita macam tu, so just think positive and take it as a challenge. Mujur Encik Amir benarkan Ieqa untuk pilih salah seorang daripada claasmate Ieqa untuk bantu Ieqa join pertandingan ini. Masa tu, Ieqa buntu sangat-sangat, sebab Ieqa tak sampai hati nak bebankan kawan Ieqa memandangkan masing-masing semuanya sibuk dengan itu dan ini.
Hendak dijadikan cerita, Encik Amir telah memilih Cik Jah untuk bantu Ieqa. Serba salah sangat masa itu. Ieqa tak tahu apa pandangan dan respon Cik Jah bila Ieqa bagitahu Cik Jah yang Encik Amir memilih dia untuk membantu Ieqa dalam pertandingan ni. Mujur Syukur alhamdulillah, bila Ieqa beritahu Cik Jah, Cik Jah dengan hati terbuka, sudi membantu Ieqa. Daripada bahan inovasi Ieqa yang serba carcamarba tu, tapi lepas Cik Jah bantu Ieqa, rasa macam "WOOwww terharunya, cantiknya, kagumnya!!!". Well Cik Jah ini memang sangat super kreatif bila bab-bab seni, compares Ieqa ni memang kayu tak kreatif langsung hahaha.
Rasa terharu sangat-sangat, bila kita dalam keadaan sukar dan tersepit, dan saat kita memerlukan bantuan seorang kawan, even dia juga dalam kesukaran, dia tetap cuba membantu kita. Dan salah seorang rakan yang begitu, Cik Jah.
So sempena special day ini, Ieqa nak mengucapkan....
SELAMAT HARI LAHIR CIK JAH, SEMOGA ALLAH SENTIASA MEMAKBULKAN PERMINTAAN CIK JAH, DAN MUDAH-MUDAHAN SEPANJANG PERJALANAN CIK JAH, ALLAH AKAN BANTU DAN PERMUDAHKAN SEGALANYA.
Terima kasih kerana sudi menjadi kawan yang sangat super sweet dan best untuk Ieqa sepanjang bersama-sama dengan Ieqa, sekelas dengan Ieqa, care and concern pada Ieqa dan banyak membantu Ieqa sepanjang menuntut di IPG... Semoga persahabatan ini berkekalan inshaaAllah dunia dan akhirat ^_^
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment