Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada kali ini, Ieqa nak share pengalaman Ieqa bercuti bersama family di Pulau Pinang semasa cuti sekolah akhir tahun lepas. Biasalah bila kita berjalan-jalan dan bercuti bersama family mahupun kawan-kawan, antara perkara penting yang perlu difikirkan adalah di mana tempat penginapan kita di sana? Berapakah kos yang diperlukan untuk tidur di hotel bagi satu malam? Adakah tempat penginapan seperti hotel, homestay atau chalet yang disediakan itu selesa dan selamat?
Haaa perkara-perkara macam ini sudah semestinya bermain-main di fikiran bukan! Oleh sebab itu, Ieqa nak review dua hotel yang Ieqa dan family menginap semasa kami bercuti di Pulau Pinang. Malam pertama di Pulau Pinang, Ieqa dengan family stay di Apple 1 Hotel.
Untuk makluman kawan-kawan semua, hotel ini terletak betul-betul berhadapan dengan Queensbay Mall. So, kalau stay kat hotel ini, boleh parking kereta depan hotel, check in, then jalan kaki je kalau nak berjalan ke Queesnbay Mall. Ada banyak jenis bilik hotel yang kita boleh pilih. Masa ini, Ieqa dengan family Ieqa pilih bilik RM140 semalam. Over all, dari segi service dia, memang ok. Dari segi keselamatan pun ok juga coz dia guna sistem kad sebagai kunci. So, orang-orang yang tak berkenaan tak boleh sesuka hati nak keluar masuk ke sini.
Malam keesokannya, Ieqa dan family stay hotel budget Gurney Zahra Inn.
Memang murah stay kat hotel ini, rasanya masa tu Ieqa dengan family ika stay sini, just RM110 semalam. Oklah sebab dapat katil queen dua buah untuk sebilik. Cuma dari segi selesa tu, untuk tidur SAHAJA bolelah. Kalo nak stay lama mmm better cari hotel yang lain ye. Dari segi keselamatan lak, rasanya agak risau gak sebab orang luar slunber je keluar masuk, dah pulak tu rasanya sepanjang check in kat sini, cuma ayah je yang pernah jumpa orang yang jaga hotel ini. Lepas tu kitorang semua dah tak nampak dah manalah pergi orang yang patut in charge hotel. That's mean kalo siapa-siapa nak check in, kena call dulu baru ada orang datang. Risau jugak kalo ada emergency pape tak ada orang nak refer kan.
So, sebelum nak pilih hotel, jangan fikir nak yang affordable je ya. Apa yang paling penting, fikir juga keselamatan dan keselesaan ya. Selain itu, better pilih juga hotel yang terletak di tempat strategik yang mudah untuk ke mana-mana. Adios~
Baca lagi travelog Ieqa di sini ( link )
katakan like jika best ya!
2 comments:
Hi, can you review these homestays listed on our website too?
www.HomestayAtPenang.com
Thanks.
@JeeShen Lee~
Hi JeeShen.. thanks for visting my blog. i'm glad to review these homestays but so sorry i can't bcoz i never stay these hotel before. so perhaps one day i'll review them if i have chance to stay there.
Post a Comment