Tabung Masa Depan

Saturday, July 5, 2014

Konvokesyen Siswazah Guru Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 di IPBM, Lembah Pantai.


Assalamulaikum dan salam sejahtera.


Apa khabar semua rakan-rakan yang kasihi semua? Selamat Berpuasa rakan-rakan semua. Sebelum ika mencoret kata dengan panjang lebar lagi, ika mohon jutaan kemaafan kepada rakan-rakan yang komen di post ika. Kekangan waktu dek kesibukan sebagai guru, orang kata 'culture shock' ni sedikit sebanyak memberi kesan kepada Ieqa dalam menguruskan jadual waktu Ieqa. Alhamdulillah pejam celik pejam celik dah tiga bulan Ieqa bergelar sebagai guru.


Pada 9 Mei 2014 hingga 14 Mei 2014 yang lepas, Ieqa dan rakan-rakan guru PISMP Ambilan Januari 2010 telah secara rasminya bergelar sebagai siswazah guru. Alhamdulillah setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi, akhirnya Ieqa juga dapat melalui detik-detik ketika digraduasikan.







Turn course Ieqa, Sidang 3, 11 Mei 2014. Tapi memandangkan kami dah dapat jubah konvo masa rhearsal 8 Mei lagi, adalah masa Ieqa nak bergambar sakan dengan jubah konvo tu dulu. Habis satu family Ieqa dah merasa baju konvo, baik mak, ayah, adik-adik semualah. Ieqa dah plan awal-awal dah dengan family, nak ajak bergambar sakan dengan baju konvo kat Tasik #entahapanamalah kat Putrajaya sehari sebelum konvo. View dia memang cun melecun kalo nak bergambar, kebetulan ramai juga pasangan berkahwin bergambar kat situ, tak memasal Ieqa sorang-sorang sesat bergambar dengan baju konvo lak tu.. Hahaha.. Apa-apapun, Ieqa rasa seronok sangat tengok muka satu persatu ahli keluarga Ieqa.. happy, lagi-lagi Ieqa lak orang yang pertama konvo dalam family Ieqa kan. Hehehe




Akhirnya, sampai juga masanya my turn untuk berkonvo. Hari ini, Datuk Mary Yap Kain Ching yang akan bagi skrol kat Ieqa dan kawan-kawan Ieqa. Awal-awal dekat pukul 5 pagi lagi kami sekeluarga dah siap-siap nak gerak ke IPG Kampus Bahasa Melayu di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Saja bertolak awal, takut juga jem tengah jalan nanti kelam kabut pula jadinya. Kami solat subuh di surau IPG saja. Daha ramai dah yang datang masa tu. Sebelum hari konvo tu Ieqa memang dah plan dah, tak mahu mak ayah Ieqa kelam kabut masa konvo nanti. Maklumlah, of course mesti ramai orang, dan sesak-sesak, lagi-lagi dengan cuaca panas terik. Jadi, lepas subuh tu Ieqa terus ajak family Ieqa bergambar di studio awal-awal. Bagus bila wat macam ni. First, tak perlu beratur panjang tunggu turn. Second, tak yahla kelam kabut pas konvo nak berkejar ke studio untuk bergambar. Dan yang paling penting, third, mekap konvo masih berseri-seri lagi hahaha. Kalau nak tunggu lepas konvo baru nak bergambar kat studio, alamatnya berkilau-kilauanla muka mek dengan berminyak macam hape, mekap cair dan muke keletihan tarak mud tak maulah aii huhuu..




Rezeki Ieqa, alhamdulillah dapat kelas pertama untuk ijazah Ieqa. Jadi terpaksa lah duduk di baris hadapan, berpisah dengan rakan-rakan seunit Ieqa yang lain. Bila dah duduk tu, tangan ni asyik pic situ sana sini la haha. Dengan siapa-siapa pun boleh time tu kawan tak kenal pun jadi macam dah lama kenal pula hihi.





Tibalah detik-detik untuk mengambil skroll. Satu-persatu nama dipanggil naik ke atas pentas. Subhanallah, perasaan Ieqa masa tu hanya Allah yang tahu. Gembira, sebak, terharu, bersyukur, rasa nak menjerit pun ada bila ijazah tu dah berada di genggaman. Eh eh cop cop cop... itu masa dah ambillah. Tapi.. masa tengah beratur tunggu turn nak naik pentas tu, ha ha ha... debar ni tak payah nak kata lah... sampai jari-jari ini menggigil kesejukan. Mana tidaknya, risau kot nak naik, takut la kot-kot masa panjat tangga tu terpijak kain ke, tak memasal muka Ieqa ni masuk gambar "Dalam sejarah orang naik konvo jatuh tergolek di pentas". Mana nak nyuruk muka oiii huuu~. Mujurlah segalanya berjalan lancar seperti yang dirancang, dan tak ada apa-apa masalah.





Selepas majlis konvokesyen dah selesai semuanya, Ieqa dan kawan-kawan Ieqa berkumpul. Tengok muka sorang-sorang, dah jadi cikgu dah kawan-kawan aku ini. Dulu sekelas, sekarang semua berpecah ada di Utara, ada di Selatan, ada di Sabah , ada di Serawak. Inilah kawan-kawan aku yang sama-sama berjuang dengan aku selama lima tahun setengah kat IPG dulu. Siyes, rindu. Rindu sangat-sangat zaman belajar dulu. Kami bergambar sama-sama, sayangnya ramai kawan-kawan aku yang tidak dapat join sebab nak bergambar di studio dulu bersama keluarga. Mungkin tak ada rezeki kami nak bergambar sama-sama.




Terima kasih Ya Allah atas kurniaan-Mu kepada ku. Terima mak dan ayah yang sentiasa mendoakan aku, tidak putus-putus memberiku semangat dan kekuatan untuk berjuang di muka bumi ini. Terima kasih kepada semua pensyarah, guru-guru dan rakan-rakan serta semua yang banyak menyokongku sehingga aku mampu berdiri dan memegang segulung ijazah kini.





Sekian sahaja coretan Konvokesyen ku yang panjang lebar ini. Nak cerita satu-satu memang tercapai akalku ler hehe. InshaaAllah lain kali sambung lagi cerita lain ya.






Uit uit jangan pose yang yok ye kat belakang tu!!!!



katakan like jika best ya!

2 comments:

Afiffuddin said...

Tahniah kerana sudah bergelar graduan.

Betul tak tatabahasa sy?

Ieqa Swetluv said...

@Afiffuddin~

terima kasih ya. Haha betul je =)