Salam kasih buat sahabat-sahabat, yang jauh di mata namun dekat di hati.. Umpama malam berganti siang, dan siang pulang mengganti tugas sang malam, singkat sungguh masa yang berlalu, terlalu pantas sehingga apabila kita sedar, banyak perkara telah berlaku, dan begitu juga ruginya jika kita tidak menghargai dan menikmati masa yang ada sebaiknya.. Terkenang aku akan bait-bait ayat suci dalam Surah Al-Asr yang bermaksud, " Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali bagi orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan sabar. "
Tanpa kita sedari, bermacam-macam tragedi ngeri telah berlaku dalam masyarakat pada hari ini... Aku yakin, kalian juga pasti dapat melihat pelbagai fenomena yang berlaku dalam masyarakat kita yang semakin kecundang dibawa arus globalisasi dan liberalisasi yang semakin mencabar. Pengamalan kehidupan yang semakin menjauh dari landasan, penerapan nilai moral bertambah goyah, kekuatan rohaniah dan lahiriah semakin tersimpang daripada paksi stabiliti, kemewahan dan materialistik menjadi keutamaan manusia, kasih sayang dan keikhlasan ditolak tepi dengan kemewahan harta yang berlimpah ruah, manipulasi kuasa dan autoriti menjadi raja yang bisa mengatur hidup mati, kaya miskin, susah senang.. sedangkan yang tidak berdaya pula terus melarat dengan kesusahan dan kesengsaraan hidup..
Senario beginilah yang menjadi punca manusia hilang pertimbangan untuk membuat pilihan secara logik dan tepat, sehingga terkandas dalam menempuhi hidup sebagai insan yang normal. Masalah judi, arak dan seks bebas yang semakin berleluasa, anak yang derhaka pada ibu bapa, isu-isu politik dan rasuah yang tidak berkesudahan, serta masalah jenayah dan maksiat yang tiada nokhtah. Kita hanya mampu melihat apa yang terpampang di dada-dada akhbar, di televisyen mahupun mendengar berita-berita semasa di corong radio waima dengan mata kepala kita sendiri dengan rasa kesal, ketakutan, kekecewaan dan pelbagai kemelut di benak namun apa yang mampu kita buat untuk menghalangnya?! 6 S yang akan terus menguasai pemikiran dan budaya hidup anak bangsa semakin menjadi keutamaan ; song, sport, style, smoke, social dan sex.. Tidak mustahil suatu hari nanti, nilai ketimuran dan pegangan agama yang menjadi kebanggaan kita kini akan akan lenyap dibawa arus pergolakan semasa, kerana kebanggaan mengikut gaya hidup masyarakat Barat yang gilakan hiburan, sukan, fesyen dan sebagainya.
Tahukah anda 6 S inilah yang menjadi taktik serangan orang-orang yang ingin menjatuhkan Islam, secara senyap mereka meracuni pemikiran anak-anak muda kita. Sedangkan jika kita selami, apabila keenam-enam perkara ini dijadikan ketetapan dalam hidup, sudah pasti manusia lupa yang mana satu keutamaan dan yang mana pula sampingan hidup. Kerana muzik, manusia sanggup berlabur wang ringgit kerana tergila-gilakan artis yang dipuja, Kerana bola, manusia sanggup berjaga malam demi melihat team favourite beraksi di kaca televisyen, sedangkan jika kita amati, untuk berjaga malam mendekatkan diri pada-Nya pun agak payah, rasanya setahun sekali pun tak pasti buat atau tidak, masakan nak tahajud, nak bangun Solat Subuh pun ketat. Kerana fesyen manusia lupa harga diri sehingga sanggup menghalalkan tak sepatutnya demi memenuhi citarasa semasa. Pergaulan bebas lelaki perempuan menjadi perkara biasa dan yang paling mengecewakan apabila perkara yang diambil mudah ini menyumbang kepada peningkatan statistik kelahiran anak-anak luar nikah. Nauzubillah..
Pada aku, seharusnya manusia beringat sebelum melangkah. Bersederhanalah dalam hidup untuk mencapai kebahagiaan dan kenikmatan dunia dan akhir nanti. Tetapkan iman dalam hati dan janganlah menjauh daripada kasih sayang Maha Pencipta. Apalah gunanya jika manusia semakin kaya intelek, teknologi dan harta tetapi miskin kesedaran sivik, nilai-nilai positif dan penghayatan agama.. Seorang tokoh menyatakan, untuk melihat bagaimana gambaran mesyarakat akan datang, maka lihatlah gaya hidup dan budaya generasi muda masa kini..
Sesungguhnya dunia semakin menghampiri penghujungnya. Dah semakin jelas tanda-tandanya, dengan kelahiran Sai Baba yang dikatakan manusia menyerupai Dajjal ( Allahu'alam ), budaya Jahiliyah Moden yang semakin dibangga-banggakan, perubahan iklim dunia dan bencana alam yang tidak disangka-sangka dan sebagainya.. Takut pula jika difikirkan bekalan amalan yang tidak pernah cukup.. Rasanya apa yang akan terjadi pada 20, 30 tahun, mahupun masa akan datang nanti? Bagaimana agaknya keadaan masyarakat kita akan datang? Fikir-fikirkanlah... hurmm~
Cebisan tinta~
Semoga hal ini menjadi peringatan buat aku yang terutama dan juga sahabat-sahabat yang lainnya... InsyaAllah~
katakan like jika best ya!
49 comments:
6 s?? betol!! manusia masa nih masing terokk.takot aku nak teros membesar and ada kolrga sendiri.
risau nak besarkan generasi2 akan datangg. hesshhh!
6 s?? betol!! manusia masa nih masing terokk.takot aku nak teros membesar and ada kolrga sendiri.
risau nak besarkan generasi2 akan datangg. hesshhh!
emmm..btol tu..
ku akui ku blm sempurna..
tp y pasti aku tkt bnde y akn dtg..
Ya Allah..
lindungilah hamba2 y beriman dgnmu..amin~
salah satu 6 s tu shopping complex dulu wa dgr
gyahahahahahha~
emmm baca dah ... dah insaf
mmg nie lah reality skang..dh tertanam benda nie dr dlu sbb mmg dr dlu lagi pihak2 kuffar mmempunyai strategi jangka panjang utk membt pkrn nie
inilah dunia akhir zaman.. thanks utk peringatan ini.. ^__^
xpenah ak terpikir psl 6s tu..skang baru realize..
jom doa yg terbaik utk diri kite..dunia akhirat =D
saspen nk hadapi masa depan..takkan lah nati nak kepung anak kita kemana je kot
pohon perkongsian ini dipaparkan di laman
http://muslimkualiti.blogspot.com/
salam..
hamoeh pnjg ngat eh..hoho..
itulah realiti perjalanan kehidupan ni..
meh2 sggh sini..sumbgn tuk GAZA..
http://akucontengkaubaca.blogspot.com/2010/06/mari-beramal-your-voice-for-gaza.html
terima kasih.. :)
i like u lah iqa..
pasni tiap2 kali aki bce aki nk klik like3!!!
ehhehe....
kte skunk ni menuju ke dunia akhir zaman.
silap silap skunk ni la akhir zaman.
kte je yang mpu ubah diri kte..
bl sume ada kesedaran tu... maka isyaAllah segalanya akan ok semula.
wallahualam
taktik yg kita pun tak perasan kdg2 kan
da jadi style 6 s tu sekarang
wah! thnkz kak! mmg menarik! bru sy thu ape tu 6 s? eh! ape plak sai baba tu? kjab nk tgk kjab...
salam ziarah dari orang kampung
menusuk kalbu lah bace..huhu
ieqa :)
thanks bg info ni....
mmg btol pon... sokong2!!!
memang betul la 6s tu. kita skrg ni dh leka, tak sedar yg dunia ni nk hampir ke penamantnya.. haish..diri sendiri pun kena muhasabah balik ni..
Hanya satu sebab kenapa perlu bersyukurHanya satu sebab kenapa perlu bersyukur
AISHA SAAD ~
sebab itu kita kena berjaga2.. yg penting kena jaga diri n ahli keluarga kita terutamanya =)
˙·•♥ QaSeH ♥•·˙ ~
mudah-mudahan Allah melindungi kita dengan rahmat dan kasih-Nya
hellioz ~
haha mungkin la kowt..
touyakaruma~
kita takkan boleh insaf dengan sekelip mata, tapi dengan cara sentiasa perbaiki diri ke arah yang lebih baik =)
Quality is never an accident =)
but there is No perfection...
This is what we call "human"...
The creation with complex wisdom,
but smtimes full with junk :)
realiti.. ~
betul cakap awak.. sebab itulah selagi kita boleh berjaga-jaga, hendaklah kita berusaha mengawalnya =)
@ien_R@z ~
sama2.. ika cuma sekadar mahu berkongsi perkara yang benar =)
SuRayA^i.~
Ya.. doa semoga kita sentiasa dilindungi di bawah lembayung rahmat-Nya =)
syuQ ~
betul tu.. kalau zaman kita pun dah macam ini, agaknya bagaimana zaman anak-anak kita nanti.. entahlah~
Syihabudin Ahmad ~
boleh.. mudah-mudahan ramai lagi yang akan memperoleh peringatan dengan perkongsian ini insyaAllah =)
tot tot kecik ~
InsyaAllah nanti ika singgah k.. thanks =)
¶A.K.I¶~
thanks aki, apa yang ika kongsikan ini adalah tulus dari hati ika, dengan apa yang ika lihat dan dengar daripada senario dan realiti hidup kita hari ini..yang penting kita terus yakin dan memohon pertolongan daripada-Nya
syahira ariff~
betul tu adik sya.. sebenarnya golongan ini akan menyerang umat Islam secara senyap, ataupun dikenali sebagai perang saraf.. dimana mereka akan melemahkan pegangan dan kepercayaan Umat Islam terlebih dahulu supaya apabila kita lemah iman, maka lebih mudah mereka menyesatkan kita dan menghancurkan umat Islam.. mudah2an kita sentiasa dilindungi ok =)
NICK IRFAN~
tengok n bacalah dik.. sebenarnya banyak lagi perkara yang kita tak tahu mengenai kebenaran dunia hari ini.. hanya dengan mengeksplorasi maklumat, mencari kebenaran dan mengambil tahu dunia semasa maka kita akan punya pengetahuan dan bersedia menghadapi hari mendatang =)
Abu Luqman~
salam ziarah dan salam kenalan dari ika =)
helena's ~
kita sama2 berkongsi ya =)
ullyana zaidy~
sama-sama yana.. =)
Hasrol Nizam ~
ye.. sebab itulah kita kena saling mengingatkan antara satu sama lain.. ye, dengan bersyukur kita akan lebih mendekatkan diri pada-Nya dan bermuhasabah diri agar menghargai nikmat yang kita perolehi =)
YuSeNzE - KniGhT ~
tiada siapa yang sempurna, tapi setiap insan punya peluang untuk perbaiki diri untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya =)
sai baba bukanlah dajjal yang sebenar.. penipuannya telah terdedah.. dia hanya menggunakan teknik magic yang biasa sahaja sebenarnya...link utk melihat videonya...
http://www.youtube.com/watch?v=Yblhsr1O4IQ
yessss !
6s tu mmg melekakan umat Islam.
Sai Baba tue rasanya bukan Dajal la.Kalau bukak Youtube bersepah video trick magik dia.
Iya.. moga kita semua dan saudara kita sentiasa menuju ke jalan yang lurus.. terhindar dari segala kemudaratan dan sihir silap mata yg digunakan oleh mana-mana manusia 'dajjal'..
nice share :))
kite kne bukak mata
berat jugak entri ni..berat dengan masalah yang ada depan mata kita. Teori 6 S tu menarik.
Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes
Haulid Al-Hararr~
thanks dengan perkongsian ini =)
miss lolly a.k.a luvfareda~
semoga kita lebih berhati2 k =)
Mohd Fakhrurazi Jamaludin~
tanda2 ada manusia yang cuba menyesatkan kita sekarang ini.. Nauzubillah~
Rashid ~
InsyaAllah..aminn~
nawal ~
thanks dear =)
fndrocka ~
thanks =)
Post a Comment