Aku harap kau faham..
Detik ini, waktu ini,
Masih jauh lagi perjalanan perlu ditempuh,
Nyatanya,
Hidup ini tak semudah ABC, 123,
Atau Alif Ba Ta seperti yang difikir.
Seringkali kita terlepas apa yang sudah berlalu,
Biarpun kerapkali berangan tinggi pada hari ini,
Tetapi apa yang jadi esok,
Tak bisa dijangka sepertimana perangkaan
kelmarin.
Kita cuma diarahkan menjadi pelakon untuk menggerakkan wayang,
Sedangkan segala langkah dan gerak laku,
Telah diatur oleh Maha Pencipta,
Pentas dunia ini cumalah tabir ceritera manusia,
Tiada siapa tahu peleraian plot drama kehidupan.
Aku harap kau faham,
Kenapa aku tak tegar mengikat janji,
Mahupun bermimpi untuk dimiliki dan memiliki,
Kerna aku juga masih berteka teki ,
Apa, Bila, Bagaimana, Mengapa, Kenapa dan Siapa,
Sungguh aku sendiri tidak pasti.
Dan aku harap kau faham,
Aku masih tak bersedia untuk berjanji
Kerna kini masih ada yang utama selain soal hati,
Sungguh aku tak mahu menabur lafaz yang tak pasti,
Pintaku harap kau kan mengerti.
Biarlah masa menjawab segala persoalan yang terbungkam,
Jika takdir sudah terpateri di lauh mahfuz,
Ku terima semuanya dengan redha dan tulus,
Sehingga itu, biarlah masa membawa arus...
12 comments:
Saya jerit "LIKE"
Ini bagus. :P
wahh, smart lahhh.
cam mana nak dpt idea bermadah cenggini?
nih hal2 real?
ieqa2...dah makin bermadah pujangga dah ko ek~~~
Gorengbaek - Tips-tips untuk tulis blog tanpa gambor
Hangit habis dah - Kawasan-kawasan aku mencarik idea...
apakah ianya ada yang terselindung???....
huhuhuhu..
anyway..
nice one la dear :)
wow...memukau!
(ok..cam over je-__-'')
so good!
smart!
congrat!
poem ini buat siapa dipersembahkan...???
so great.
ehem3...de bau nasi minyak laaaa....hahahha
aku suke ni..buat lagu aku kasi ko royalti skit
sekiranya itu yg terbaik terima la.. klau tidak biarkan masa yang menjanjikan apa2 untuk kita..
penat jugak sebenarnya jadi penunggu cinta ni.. tp apa nak buat cinta bukan boleh dipaksa..
apapun.. selamat berkenalan di dalam dunia blog ini.. saya ikhram ipp kpp
teka teki terkdg xkn mti,
kena ia punya jwabnya snderi,
dan bila mna kta mniti hari,
kte tlah mnempuh yg pasti..
ykinlah pd dri~
^^,
Post a Comment