Tabung Masa Depan

Sunday, December 20, 2009

keNapa peRempuan siNgle lagi?

"Umur aku dah makin bertambah.. hujung bulan tambah lagi usia..tapi aku still camni lagi..sorang-sorang je lagi.. kawan-kawan yang lain da ramai berkahwin.. yang anak 3-4 pun ada.. aku ni pakwe pun takde lagi..sampai bila la aku nak camni huh~"



Dalam kalangan wanita..masih lagi yang hidup bujang biarpun usia semakin bertambah.. Masing-masing mempunyai sebab tersendiri kenapa hidup masih menyendiri.. so ika pun terfikir nak membuat entry ni dan mencari sebab-sebabnya.. Namun begitu ini bukan bertujuan untuk membuat siapa-siapa terasa cuma nak berkongsi pendapat semata-mata..


PARAS RUPA
~ Siapala lelaki yang x nak awek yang cantik.. pipinya bak pauh dilayang.. bibir merah mekar bak delima.. kulit cerah berseri... senang kata rupa paras la antara faktor utama kenapa seseorang perempuan mudah didekati... Tetapi setiap wanita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri.. Dan ika yakin..setiap wanita tu cantik..cuma sejauh mana mereka melahirkan kecantikan yang ada.. Jadi sebagai wanita haruslah menjaga dan memelihara kecantikan yang dimiliki..Setiap orang kan ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. Dan ika percaya x semua lelaki hanya tumpu pada kecantikan semata-mata gak kan kan?

BUDI BAHASA DAN TUTUR KATA
~Sebagai seorang wanita.. harusla menjaga kesopanan wanita Melayu yang kaya dengan keindahan budi bahasanya.. Tutur kata seorang wanita kan mencerminkan keperibadiannya..Tapi x pelikla kalo ada juga sebahagian wanita yang tutur katanya kasar dan suka cakap main lepas.. lagak lelaki juga gayanya.. Lagi-lagi jika perkataan yang terkeluar tu yang kasar dan x manis didengar.. bukan apa malunya jika melihat wanita yang dan lengkap pakej..cantik bergaya tapi tiba-tiba keluar ayat.. hishh segan nak kata.. Jadi jagalah setiap kata-kata.. hati yang baik akan melahirkan kata-kata yang indah..

PENAMPILAN
~ Biarpun rupa x dela secantik Erra Fazira, Siti Nurhaliza mahupun seperti Lisa Surihani(hehe..sape la tu minat dia ngee~) Tapi penampilan yang sopan dan juga mengikut kesesuaian tempat dan semasa akan menyerlahkan lagi keindahan seseorang wanita.. Tapi kalau pakai lebih kurang je.. pergi kedai pakai baju bebek dengan seluar pendek je.. x pun masuk ofis dengan rambut yang serabai macam da bape bulan x syampu.. mekap tebal mengalahkan opera Cina... yang paling segan bila nampak pakai baju macam x cukup kain.. kan sedih tengok fesyen macamtu.. Tak kisahla sejauh mana fesyen yang dipilih.. biarpun mengikut peredaran semasa..tetapi berpada-pada la hendaknya.. Bagi ika.. semakin menutup seseorang tu.. semakin mahal nilainya.. kerana berlian yang berkualiti akan tersimpan rapi di dalam kotak malah terbungkus kemas dengan kain yang indah tenunannya.. 

SERIK NAK BERCINTA
~ Gara-gara disebabkan seorang lelaki.. maka pintu hati dah tertutup buat yang lainnya sampai bila-bila.. Tapi ika musykilla.. kenapa perlu seksa diri hanya kerana seorang lelaki..? Sedangkan si dia dah selamat berbahagia dengan orang lain.. Tapi yang satu ni masih bersedih kerana dia.. Biarpun pengalaman lama telah membuatkan hati terluka dan merana, janganlah menghukum diri hanya dengan menahan hati menerima orang lain.. Memang sedih bila ditinggalkan sendirian tapi bagi ika semua ni asam garam kehidupan.. Bunga x sekuntum.. kumbang pun x seekor.. Jadi mulakan hidup baru dengan yakin.. Sebab bagi ika..seorang wanita itu akan lengkap hidupnya apabila dia telah berjumpa dengan lelaki yang dicintai dan mencintai seadanya..membina mahligai bersama dan mempunyai keluarga yang lengkap dengan anak-anak tercinta.. Jadi janganlah risau.. ada jodoh takkan ke mana..

KEYAKINAN DIRI
~ Pada pendapat ika.. sebagai seorang wanita.. mesti ada keyakinan, keberanian dan percaya akan kebolehan diri sendiri.. Jika kita sendiri tak percayakan pada diri.. pasti bertambah sukar untuk orang lain mempercayai kita.. Ika tahu ada sebahagian daripada kaum wanita yang tinggi malunya.. tapi malu la bertempat.. Ini pada sesuatu yang mudah pun jadi sukar kerana sikap malu yang menebal..sampai bila nak berjaya kalau diri kita tak tunjukkan yang kita boleh menghadapi apa jua rintangan.. Kalau kita dapat lihat.. seorang pengacara wanita tak akan berjaya jika tidak yakin pada diri nya.. Wanita berkarier takkan tercapai impian jika duduk dan berselindung je.. Alangkah ruginya jika peluang depan mata tapi dilepaskan begitu sahaja kerana tidak yakin pada diri... Begitu juga dalam percintaan, ada yang tidak yakin pada diri..menganggap bahawa dirinya tidak layak merasai cinta.. "Yela..sapela nak aku ni".. Sape kata? kan Tuhan dah menciptakan kita berpasangan.. cuma hanya takdir yang menentukan jodoh dan masanya.. Jadi yakinlah pada diri.. (tapi jangan sampai over confident lak..tu yang timbul rasa bongkak tu)


Oleh sebab itu.. bagi sesiapa yang masih single lagi..teruskan hidup dan nikmatinya.. jangan sia-siakan setiap nafas yang terhembus kerana hidup kita ni bermakna.. Tapi jodoh dan pertemuan tu kan di tangan Tuhan..jadi sentiasalah berdoa mudah-mudahan dipertemukan jodoh yang baik-baik.. Dan berhati-hati lah sebelum menerima cinta seseorang.. Nak mudah cari jodoh ke?? hehe.. rujuk Surah Taha ayat 131 dan 132 dan amalkan selepas solat.. insyaAllah dipermudahkan..[jadi pakar jodoh lak aku ni muahaha].. 

Korang ada apa-apa pendapat lain x tentang ni?? 






katakan like jika best ya!

20 comments:

^ ZuMaWaMBa ^ said...

layan la dis entri! hihi~
|two thumbs up|

nurain rodze said...

hehehe .
meh ain jadi pakwe kak ieqa.
opss , makwe la .
jadi makwe kak ieqa . haha
yaw !

ieQa sWetLuv said...

zuMawamba~

makasih ya.. kongsi sama ja hehe

ieQa sWetLuv said...

nurain rodze~

haha.. boleh je ain jadi makwe akak.. nanti kita dating sama2 ya hohoho.. ;p

..::Elm3 Ak3M::.. said...

soalan entri..soalan cepumas bg pompuan hikihik

apa2 pun cinta dan syg kena ikhlas dr hati kerana smua tu lahir dr hati bkn dr mata..mata cuma memandang..dan juga kena la terima pasangan tu seadanya..hihi

ieQa sWetLuv said...

elme akem~

*thumbs up*.. hehe

nurain rodze said...

hahaha . kita kena date kt fb la yer .
boleh berdagang same2 .

ieQa sWetLuv said...

nurain rodze~

haha.. idea bernas tu ain.. nanty kite set time date sekali ngan oren tau.. baru bisnes maju hohoho

nurain rodze said...

hahaha . oke2 .
jual oren , anggur , terung , timun ape sume . rugi ler abg wan tak join . heheh

ieQa sWetLuv said...

nurain rodze~

wahh bagus2.. rasenye kalo taruk panda korunk dua jd maskot mesty cepat untung.. kan masing2 kiut leyh jd tarikan tu haha

oReNd3ViL'89 said...

kira tips gak ni..hik3. kalo yg dh bpunya leyh pakai gak kan..koh3
psl paras rupa tu mmg tol ar..sape la xnak yg chantekk mcm Nur kan..jodoh tu xkan kemana, yg pnting doa,heee

ieQa sWetLuv said...

oReNd3ViL'89~

sape2 bole pakai hehe untuk yg da berpunyer tu digalakkan amalkan la surah taha tu.. mudah2an dia org yang terbaik utk oren nnty ngee =)

nurain rodze said...

org yg dok kt phg tu ... <-tuk kak oren .

oReNd3ViL'89 said...

aminn.hik3
ain: ewah..sempat lg dia promo..*blushin oren*
hohohoho

ieQa sWetLuv said...

ain~

siapa la tu ya??jeng3..haha

ieQa sWetLuv said...

oReNd3ViL'89 ~

nak gak sebut blushing oren dia ni ya haha ;p

Love Says it All~ said...

DATE: 15 & 16 JANUARY ----->> TERENGGANU & KELANTAN (RM250)
TIME: 10:30AM-5:30PM

DATE: 23 & 24 JANUARY -----.>> BRIDAL MAKEUP CLASS (2 DAYS) IN KL (RM500)
TIME : 10AM-5:30PM (FOR BOTH DAYS)

-MAKEUP, LUNCH, CERTIFICATE PROVIDED
-BRING YOUR FRIEND, GET RM20 DISCOUNT PER PERSON YOU BRING

BOOK NOW, LIMITED SEATS!!!!

http://www.eyrarizal.com
http://www.lovesaysitall.blogspot.com
FB: Eyra Rizal @ Eyra Rizal Touch

Love Says it All~ said...

DATE: 15 & 16 JANUARY ----->> TERENGGANU & KELANTAN (RM250)
TIME: 10:30AM-5:30PM

DATE: 23 & 24 JANUARY -----.>> BRIDAL MAKEUP CLASS (2 DAYS) IN KL (RM500)
TIME : 10AM-5:30PM (FOR BOTH DAYS)

-MAKEUP, LUNCH, CERTIFICATE PROVIDED
-BRING YOUR FRIEND, GET RM20 DISCOUNT PER PERSON YOU BRING

BOOK NOW, LIMITED SEATS!!!!

http://www.eyrarizal.com
http://www.lovesaysitall.blogspot.com
FB: Eyra Rizal @ Eyra Rizal Touch

ザ-sylver-shooter said...

nice pov..
tpi sbagai sorg laki,dan mewakili laki2 sejati seantero malaya, kami mmg memilih yng cantek, yng cun, yang chumel2..yela, laki kan..hati mane yng tk tertaut kan..
tp bile dah dpt, soal rupe dah jatuh no.2 , SIRIES!!.
Kesian gakla kt org pompuan, sbb besernye kite slalu denga orng pompuan baik slalu dpat laki jahat TAPI ORNG LAKI BAIK TKKAN PILIH POMPUAN JAHAT..
btw,soal sape pilih sape tk pnting lagi zmn skrng , yng penting hati kene ikhlas..
..;)

Jannah J said...

sebab single pon best,,hAha,
menyampuk plak