Tabung Masa Depan

Monday, December 21, 2009

meRana keRana SAKA


Perkara ini bukan main-main.. Ini perkara real yang berlaku dalam dunia nyata.. Kerana kepercayaan dan keyakinan orang dulu-dulu terhadap kekuatan SAKA.. akhirnya anak cucu juga terpaksa merana.. Ika tertarik dengan cerita perubatan tradisional Islam yang didedahkan dalam rancangan Expose Mistik... Jadi ika telah mencari serba sedikit informasi mengenai SAKA dan harap dapat dikongsikan bersama....



Saka adalah jin yang mendiami tubuh manusia dari satu generasi ke satu generasi.. Ini terjadi akibat perbuatan nenek moyang untuk mendapatkan kekuatan atau kuasa ghaib bagi membolehkan mereka mendapatkan hasrat yang diingini. Mereka akan melakukan pemujaan kepada golongan syaitan dan iblis dan akhirnya memperoleh khadam yang akan membantu mereka mempunyai kuasa.. Biarpun perbuatan ini adalah syirik, namun orang-orang yang cetek ilmu agama akan mudah terpesong semata-mata ingin memenuhi keinginan nafsu.

Walaubagaimanapun, tragisnya apabila empunya SAKA meninggal dunia, maka SAKA akan mencari pengganti dalam keturunan tuannya..samada anak-anak ataupun cucu-cucu(mereka yang ada pertalian darah).. dan pembawaan saka ini akan berterusan sekiranya tidak dirawat.. 

Dalam satu dalil ada menyebutkan,

 "Jin itu mempunyai tiga jenis: satu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, satu jenis yang berbentuk ular-ular dan anijng-anjing, dan satu jenis yang berpindah-randah"

Jadinya, jin yang berpindah-randah juga dikenali sebagai SAKA kerana ia berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan. Dalam budaya Melayu, SAKA dikenali sebagai pelesit jika tuannya adalah perempuan, jika tuannya lelaki, SAKA dikenali sebagai hantu raya. Justeru SAKA ini haruslah dirawat mengikut perubatan Islam berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran.. Yang ika dapat tonton dalam Expose Mistik lepas.. ustaz yang mengubati pesakit telah menggunakan ranting kayu nona dengan memukul seluruh tubuh pesakit.. Tak sangka kan begitu ajaibnya kayu nona sebenarnya. Tetapi, SAKA sebenarnya sangat susah diubati kerana ia sudah lama sebati dalam hidup tuannya.

Kisah Benar:

Peristiwa ni terjadi di sekolah ika masa ika form 4... Waktu tu keadaan asrama memang sangat kucar-kacir sebab ramai kawan ika yang histeria, Ada seorang senior ika ni yang kena paling parah daripada yang lain-lain coz dia ada saka.. Masa tu ika kesian sangat tengok dia.. meronta-ronta..suara berubah..Memang ramai pegang dia sebab dia jadi kuat sangat sampai da nak lari ke hutan belakang asrama ika.. Waktu ustaz nak ubatkan dia.. tiba-tiba perutnya yang kempis mengembung..besar sangat.. kitorang yang tengok semua terkejut.. Entah camne ustaz tu ubatkan.. dia muntah segala isi perut.. last2 kempis gak.. Tapi sakit dia x baik lagi..dan ika tak tahula sakit dia da ok ke belum.. Tapi pengalaman tengok semua tu memang satu perkara yang ika rase sangat bernilai sepanjang hidup ika..hurmm~



Rujukan:
www.penawar.com/saka.html
http://halaqah.net




katakan like jika best ya!

16 comments:

Aidi-Safuan said...

erk..kalo orang yang bela saka tuh xde waris camne?

Ieqa Swetluv said...

Aidi-Safuan~

saka tu akan terbang ibarat layang-layang yang terputus talinya.. dan saka akan berusaha untuk mencari pengganti tuannya.. sebab tu la kadang2 ada kes gangguan kat rumah tuan dia even da kosong..tu saka sebenarnya =)

..::MieZan::.. said...

saka pebuatan yg syirik ish3..hmm cam ner bunyi org kena histeria tu ea...

Ieqa Swetluv said...

..::Elm3 Ak3M::..~

histeria tu gangguan makhluk halus..berbeza dengan saka.. histeria berlaku tanpa disedari.. saka lak tuan dia memang tahu dan mau didekati benda tu =)

nurain rodze said...

takot seyh dgn saka nie .

tulun tulun ~
xde sape mampu nak tulun dah .

Ieqa Swetluv said...

nurain rodze~

hehe..kalo x de keturunan yg ada saka x yahla takut k =)

nurain rodze said...

tu la psal .
tapi ain taktau ade ke tak le .
kang klu tnya mak ..
konpemmmm mak heran

Suraya I. said...

tbe2 tringat cte jgn pndg blkang..tu saka la kn?

Ieqa Swetluv said...

nurain rodze~

betul tu tp kne sedia.. sbb org skang ni even otak da maju tp perangai dengki tetap ada.. takut x de saka lain lak yg dtg..mudah2an dijauhkan..

Ieqa Swetluv said...

SuRayA^i.~

jgn pandang belakang?? hurmm mybe kot.. hehehe

nurain rodze said...

dengki sampai mati ~!

rizputra7 said...

Saka..susah gak yer kalu keturunan kita dulu2 ada membela saka nie...minta jauh ler..

YuSeNzE - KniGhT said...

x stuju sgt ngan tahyul... tp pecaya menda2 ghaib...

HEMY said...

aku nye nenek ada saka..tp skang tak tau apa citer

AJ said...

Tak kurang juga dengan Santau...Knapa la bangsa sendiri suka berdengki ya?

http://eyriqazz.blogspot.com/

Sayang Amirah said...

eee takut gak dgr pasal kes kawan ieqa tu .. ngee3