Tabung Masa Depan

Tuesday, January 5, 2010

biar sepahit hempedu, manisnya tetap ada

Anda, anda dan anda juga sebenarnya sejak azali lagi telah tertanam sifat sombong, keras hati, bongkak, tidak pernah bersyukur dengan apa yang ada.. Dan aku mengakuinya aku juga begitu. Tetapi disebabkan akal yang relevan, hati yang teguh, pengalaman yang bermasam garam serta dinamika kehidupan yang turun naiknya tak menentu.. semua ini telah membentuk jiwa ke arah 2 cabang, samada positif dan negatif. Terpulang pada anda kerana anda yang menentukan cabang yang dipilih.

Aku sebagai manusia, mengakui ada beberapa perkara yang realitinya adalah benar, tetapi aku cuba menterbalikkan kenyataan nya supaya ia menjadi auta bagi diriku. Hanya kerana sifat-sifat negatif di atas terlalu dalam akarnya, maka aku tidak sedar kesilapan demi kesilapan aku lakukan. Bukan aku je yang macam ni, malah anda semua juga begitu. Semua manusia itu tidak sempurna. Sebab itulah belajarlah daripada kepahitan yang diterima, kerana manisnya tetap ada.

Siapa yang suka ditegur??

Terus terang aku katakan, teguran membuat aku rasa bengang pada mulanya.. Bukan tidak boleh menerima, tapi hati keras terasa keegoan tercabar. Apatah lagi teguran secara terbuka, pastinya lagi sakit jiwa. Bukan mudah nak menegur orang.. kerana satu jari yang dituding kepada dia, empat jari lagi menuding ke arah kita.. Mula-mula nak terima memang hati aku memberontak.. "suka hati aku lah nak buat apa-apa" , "sibuk betul tentang hal orang".. Tapi bila aku fikir jika yang ditegur ada rasionalnya, rasanya perubahan itu perlu. Jadi kalau rasa pernah ditegur, anggapla teguran itu seperti gula-gula, mesti hidup jadi lebih suka.

Salah pilih jalan.

Itulah, dulu kan da kata sebelum start enjin fikir la dalam-dalam dulu, bila da sampai tengah2 highway mana boleh nak patah balik dah.. nak tak nak kena la straight je.. waktu tu la baru nak terfikir.. "kalaulah aku bla bla bla.. mesti tak jadi camni".. Wahh berkalau-kalau la plak dia ni ya.. hurmm selalu je kot aku macam tu.. nak menyesal pun tak berguna dah.. last-last apa susah hidup ni kena layan je.. Ikut jela jalan yang dipilih.. mula-mula memanglah macam tak boleh terima, lama-lama mesti ok punya.. Yang penting anda kena pandai-pandai la nak hidup.. bak kata mak aku, "kita yang buat dia bukan dia yang buat kita!!".. Nak patah balik memang jauhla jalannya, jadi yang penting sekali dah buat silap lain kali sendiri ingatlah, ok! (korang pun pernah camni gak kan ngaku jela hehe)

Jatuh tergolek-golek

Pernah hidup dalam Zaman Gelap tak? Kalau selama ini anda rasa bahagia ja, tiba-tiba harapkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari.. Last-last terbabas masuk dalam gol.. , haha.. biasalah itu namanya rencah hidup, kalau tak pernah jatuh, anda takkan reti macam mana nak bangun, waktu itu lah baru sedar.. lain kali nak hidup kena lah berjaga-jaga, x kisahlah dalam segala hal, bab belajar ke, bab kawan ke, bab cinta ke bab apa-apa jela.. sebelum buat apa-apa tengok kiri kanan, tengok dalam luar, betul ke tak apa yang dah dibuat.. sebab itu lah pentingnya tanya pendapat orang jangan buat ikut syok sendiri je..ni tak sombong bodoh lagi pulak tu.. Orang dah cakap, orang dah nasihat tapi degil tak mahu dengar.. kan dah tergolek-golek.. Jatuh sekali bolehlah tahan lagi.. tapi jatuh kali kedua memanglah parah.. Kalau nak rasa tergolek macam ayam golek (sedapnya lapo pulak hehe),  mainlah dengan bara, terbakar diri jangan merana lak ya.

Rasanya 3 perkara kat atas tu semua pahit-pahit nak ditelan, tapi itulah hadiah paling best untuk kita.. barulah life ni ade macam-macam rasa.. Nanti kalau dah tua-tua nanti teringat balik kenangan zaman muda mudi dulu, cerita lah kat cucu-cucu korang.. mesti bestlah.. hoho~








katakan like jika best ya!

4 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

beri ruang untuk lakukan kesalahan agar kita dpt belajar darinya.jom buat salah! hehehe

Unknown said...

AKu nie klu member tegur leh masuk tapi pamily tegur rasa nak melawan . Napa erk ?

Ema Razali said...

ema pun takk suka ditegur terutamanya from mami & daddy . tegur sikit , mula laa naik angin . pastu duduk dalam bilik lama2 . esoknya , baru perasan ape yg mami & daddy tegur tuh semuanya betul ^__^

rizputra7 said...

pengalaman mengajar kita erti kehidupan