Tabung Masa Depan

Thursday, January 14, 2010

Gerhana Matahari lah pulak (15 Jan 2010)

Baru sahaja berlalu berita mengenai gerhana bulan, kini digemparkan pula kedatangan gerhana matahari yang dikatakan akan muncul pada 15 Januari 2010 iaitu pada hari esok.. Kepada sesiapa yang tertarik untuk melihat fenomena ini berlaku, pastinya tidak akan melepaskan peluang ini kerana fenomena alam semula jadi ini jarang berlaku..

Gerhana matahari ini akan berlaku sekitar jam 3.00 petang sehingga jam 5.45 petang. Berbanding gerhana bulan, gerhana matahari haruslah dilihat dengan mementingkan faktor keselamatan kerana dikhuatiri jika dilihat secara terus, maka ini akan menyebabkan kecederaan dan seterusnya kerosakan serius pada mata dan boleh menjadi buta. Oleh itu disarankan kepada semua yang ingin melihat fenomena ini agar melindungi mata dari memandang terus dengan penggunaan alat penuras suria, kaca mata gerhana atau seumpamanya.


rupe gerhana matahari anulus/cincin

Fenomena ini berlaku apabila bulan merentas di hadapan matahari tetapi tidak memenuhi keseluruhan bentuk matahari kerana bulan lebih kecil daripada matahari. Maka matahari akan kelihatan seperti cincin yang terang di sekeliling luar cakera bulan.

Namun begitu, negara kita akan dapat menyaksikan matahari terlindung oleh bulan sehingga mencapai kegelapan maksimum kira-kira 40% iaitu gerhana matahari separa sahaja. Situasi ini dapat dilihat lebih ketara terutamanya di bahagian utara Semenanjung pada waktu petang dan peratus nya semakin berkurang jika ke tengah Semenanjung, Sabah dan Serawak. Kira-kira jam 3.00 petang, permulaan gerhana matahari separa atau dikenali sebagai "sentuhan pertama" bermula namun agak sukar untuk dikesan.


gerhana matahari separa

Walau bagaimanapun, gerhana akan kelihatan lebih jelas dalam kira-kira jam 4.25 petang dimana bulan akan menutupi matahari secara perlahan membentuk seperti sabit tua. "Sentuhan Akhir" akan berlaku dalam jam 5.40 petang dimana bayangan bulan mulai menghilang dan kembali sediakala. Sebuah Program Pencerapan Gerhana Matahari Separa akan diadakan di Planetarium Negara jam 2.30-6.00 petang esok. Anda juga boleh mengunjungi laman web www.angkasa.gov.my mulai jam 3.00-5.40 petang pada tarikh tersebut.

Sumber daripada Kosmo,Rabu 13 Januari 2010

**********

Disebabkan gerhana bulan hari itu aku tak berkesempatan nak tengok (tak nampak cuaca mendung waktu pagi-pagi buta tu).. kali ini aku nak ambil peluang ini nak tengok lak gerhana matahari ini.. lagi lah berlaku pada waktu siang, jadi kiranye ini satu peluang la nak tengok..  Malangnya aku tertinggal cemin mata beso aku kat uma.. tensen seyh camne aku nak cover mata ni nak tengok gerhana tu adess.. Tapi cikgu aku dulu kata leyh tengok gune negatif filem.. kalau tak pun pinjam jela sape2 punye janji aku dapat tengok gak.. jangan aku tak dapat tengok esok petang sudah la..terkilan nanti waa~







katakan like jika best ya!

15 comments:

diden << said...

lawaaalaaa...

diden < said...

tapi lagi lawa matahari terbenam.. perhhh.....

Ieqa Swetluv said...

diden < ~

hehe.. itu x dapat dinafikan la ngee~

adi said...

matahari terbenam tu dah hari2 tgk..hehe..jgn mara haa...gerhana ni jarang2 dapat tgk..tp jgn tgk direct ye...nnt mata bole rosak..

Asfan Ash said...

lawa ke>?cm seram adelah...tp ok kot kalo layan ngan awek hee~

btw, contest tu utk bukan org kl pun buleyy...dpt topup ah

Ieqa Swetluv said...

adi ~

lagi setuju dengan adi.. jom tgk esok adi yuhuu~

Ieqa Swetluv said...

ARC ~

haha.. kalo sempat leyh cube nasib gak ni hihihi

Abd Rahim said...
This comment has been removed by the author.
Ema Razali said...

gerhana matahari ? wow , jomm tengokk sama2 nakk ? ^__^

cr3ap said...

Will not miss this opportunity. Thanks for sharing.

Regards from cr3ap
http://cr3ap85.blogspot.com/

whitedaisy said...

nak tgk.........nk tgk.....yea2

Ieqa Swetluv said...

ema.razali ~

jom jom jangan lupe ye petang ni huhu ;p

Ieqa Swetluv said...

cr3ap ~

you're most welcome dear friend =)

Ieqa Swetluv said...

whitedaisy ~

yEA yea!! =)

F I T said...

sayangnya takde alat nk tgk..negatif yg tak guna lagi pun takde..adoii ruginya..