Tabung Masa Depan

Sunday, January 10, 2010

MaLangLah naSib si BLogGer

(sebelum menaip.. tarik nafas dalam.dalam.. fuhhh~)

Salam sayang buatku untuk anda semua.. Sesungguhnya aku rindu sangat zaman aku syok melayan blog macam korang semua(zaman aku kat rumah tengah bercuti).. memandangkan sekarang ni masa dan broadband ku selalu sangat jeles tengok aku bahagia.. makanya aku terpaksa bersabar  melayan karenah benda alah ni.. but.. never mind.. malas nak cakap panjang-panjang.. Cuma aku nak sambung bebel pulak.. haha.. jangan lari ya.. sila pastikan mata anda terbeliak dan otak anda dalam kondisi yang memuaskan ok!!

Tentang blog kali ini... aku ingin berkongsi dengan semua rakan-rakan yang rajin membaca  entry yang bakal aku merepek kerepek kan sekejap lagi ini.. Mungkin disebabkan masalah ini hanya dihadapi oleh aku.. jadi rasanya anda sekarang ini pasti tersenyum bangga kerana dijauhkan daripada semua ini.. Tapi aku yakin ada juga antara anda nasib seperti aku?? sila mengaku huhu..



Apa kena mengena dengan perkara yang aku nak cakap lepas ini dengan tajuk di atas??

Kalau anda kurang follower atau blog anda sepi.. anda tak perlu risau.. hanya rajinkan diri berjalan-jalan.. ramahkan mulut bertegur sapa.. luangkan masa membaca entry dan komen mengomen.. Asahkan minda dan tingkatkan idea untuk menulis dan berkongsi... Saya yakin blog anda pasti akan meriah juga nanti.. Namun malang sungguh jika anda seorang blogger tegar.. tetapi menghadapi krisis yang sangat leceh lagi melecehkan.. tension lagi mentensionkan.. jika INTERNET anda buat hal..

Kenapa aku cakap memang malang kalau ada masalah dengan internet jika anda seorang blogger?? Mari sini sambil2 aku berkongsi boleh juga aku meluahkan perasaan ku yang kacau bilau sekarang ni huhu..

@ Serius aku cakap, selama aku kurang aktif berblogging sekarang ini.. bukan disebabkan aku sibuk atau seumpamanya (sebab tu aku leyh handle lagi), tapi masalah internet aku yang macam apa ntah aku da capek nak elobrate.. Maka aku sangat sukar nak post entry.. yela.. nak taip pun payah.. memang sakit hati sungguh.. tapi itu boleh lagi under control..

@ Disebabkan masalah internet la.. sekarang ini aku susah nak blog walking ke.. nuff walking ke.. nak jalan2 komen2 ke.. semua dah payah.. Aku boleh juga la jenguk2 page blogger yang sudi melawat aku kat sini(tetapi dengan penuh kepayahan) sambil klik2 nuff tu.. cuma bila da berjaya singgah.. aku x boleh nak tinggal jejak dah.. itula.. dah sekarang ini aku mampu jadi silent reader.. tapi kepada sesiapa yang datang jenguk, thanks amat memang aku berusaha singgah korang balik.. coz aku sangat2 menghargai korang =)

@ Kesannya bila aku da kurang aktif(walaupun selalu je aku on blog.. tapi blog aku jela hehe), view page aku semakin berkurangan.. kalau dulu boleh over 100 view sehari (kira satu pencapaian yang ok la untuk aku hehe).. tapi sekarang aku pun segan nak cakap..

@ Lepas itu.. blog aku ni dah makin sunyi je.. sedih sungguh wawawa.. kalau dulu chat box aku boleh berbalas-balas joget.. sekarang ni da tak berapa sangat lah.. memang kuchiwa da ni huahua..

@ aku da tak dapat nak tambah kenalan dah dalam blog ni.. actually aku lagi suka sambil berblogging sambil merapatkan ukhwah n jalinkan persahabatan.. baru aku rasa enjoy huhu..



Tetapi aku bertahan je lagi.. prinsip aku.. rileks-rileks je sudah.. Tidak mengapa rasanya kepada orang yang bernasib malang seperti aku ini, tak perlulah nak fed up, atau mengalah gara-gara payah nak on blog coz tenet prob.. selagi mampu menyumbang idea untuk menulis dan berkongsi.. maka masalah blog sunyi rasanya boleh ditangani.. yang penting niat nak berblogging itu.. adalah ikhlas.. huhu =)

Kepada semua yang menjenguk aku kat sini.. aku ucapkan jutaan terima kasih.. dan jangan risau aku sentiasa mengaktifkan diri aku biarpun banyak halangan ke ape ke.. aku tak kisah.. aku akan ingat korang.. tengoklah sekali aku berjaya online.. aku melawat korang puas2.. sebab aku sayang korang.. dan aku harap korang pun sudi sayang aku juga ya huhu~




katakan like jika best ya!

9 comments:

Ema Razali said...

ema sayangg sis ieqa ! hahha ^__^ dulu tenet ema pun prob jugakk tapi sekarang dah okehh cuma nuffy jepp kadang2 susah sangat nakk bangun . asyik tido jepp macamlah dy kerja pikul beras . ngeee ~ (:

Unknown said...

jgn risau..akk selalu je dtg cni..suka baca entri2 ika..

rileks suda kata ika..hehe

nway, thnx singgah blog akk lyn lagu..heheh

Miss CrYingAnGeL said...

angel singgah je sini...hehe

zack zukhairi said...

ala cian die..aku faham masalah ang. sabar lah k? guna digi la. aku dgr org kata skang ni digi pny itnet bagus.

Ieqa Swetluv said...

ema.razali ~

hahaha.. dun worry nanty kak rajin2 ketok nuffy ema supaya dia sokmo bangun k huhu ;p

Ieqa Swetluv said...

ZihNuN FaTiN ~

hahaha.. sama2 kak.. sokmo gak kite dok jenguk page kak.. hehe

Ieqa Swetluv said...

cryingangel ~

hehe..makasih angel terharu isk isk =)

Ieqa Swetluv said...

zack zukhairi ~

digi?? nak tukaq tu yg capek.. hehehe

Ammar Mohd Haziq said...

huhuhu,,same la kita,..kekadang beruk-bank ni wat hal..nak main tenet pown susah..jmput2lah ke my blog..baru lagi wat tue,..hahhaa,.~~~