Tabung Masa Depan

Friday, January 1, 2010

menCaRi keKuatan di sebaliK taHun baRu..


Actually aku nak post entry  ni tepat tarikh 1 Januari 2010 jam 0000 am.. malangnya x sempat lak.. x pe la janji layan hehe..

sblum aku nak ckp lebar2.. nak tanye dulu.. da reverse balik x semua yang berlaku pada tahun lepas.. tentunya banyak memori pahit dan manis yang da berlaku kan.. Tapi apa yang penting adalah adakah semua azam yang dirancang pada tahun lepas da tercapai? ke da lupe segala azam yang dibina sebenarnya..? jawabla sendiri2 dlm hati k huhu..


cepatnye masa berjalan.. huh~

Rasa masa berlalu pantas je.. macam x sedar da  nak masuk 2010 da.. entahla.. memang seronok nak sambut new year ni.. tapi nak tanyela kat semua..masing2 da ready ke nak masuk tahun baru ni? ataupun bagi anda semua ni adalah suka-suka belaka?

Kadang-kadang aku terfikir.. apakah segala impian aku sepanjang tahun 2009 dah tercapai ye?? hurmm x de la semua tapi sekurang-kurangnya aku ada peningkatan.. kalo sebelum ni aku x de facebook.. sekarang ni aku dah ada.. dan salah satu impian aku nak ada blog sendiri pun da tercapai.. dengan adanya blog ni.. sayang sangat tau hehe..



Tapi.. pernah x anda terfikir selain perkara indah yang anda peroleh.. ade juga kehilangan yang terpaksa dihadapi.. hurmm.. actually tahun 2009 memberi banyak kesedihan bagi aku berbanding kegembiraan.. nak cerita pon x yahle biarlah rahsia.. papepun daripada kesedihan ni la kne bina kekuatan untuk menempuh hari2 baru..

ok.. cerita pasal azam.. semua orang ada azam baru untuk tahun baru.. tapi anda catatkan x semua azam yang da difikirkan tu?? jika anda rasa azam yang anda nak bina tu penting.. aku cadangkan agar catatkannya then tampal kat tempat yang terang atau letakkan pada diari ke ape2 ke supaya mudah nak remind.. kenapa kena wat semua tu?? ok meyh sini aku gtau.. dalam setiap perkara jika kita merasakan ianya penting.. maka kita kena catatkannya.. sebab manusia ni diambil dari kata dasar bahasa Arab.. nasaya (kalo x silapla x reti tulis jawi kat sini) yang bermaksud lupa.. sudah menjadi lumrah..manusia memang mudah lupa.. biarpun semangat berkobar-kobar.. tapi kadang-kadang kita akan terlupa dengan sesuatu perkara yang kita impikan..

Selain tu tujuan mencatatkan azam ni sebenarnya untuk memberi semangat, pemangkin agar azam tu dapat dilaksanakan.. Jika kita lihat, sejak dari zaman dahulu kala lagi.. manusia akan mencatakan segala penemuan dan pengetahuan mereka.. tidak kirala di mana jua.. samada di batu, kulit binatang/pokok, gua atau sebagainya.. semua ni adalah satu rekod dimana akan menjadi rujukan bagi mereka, seterusnya generasi akan datang hinggalah ke hari ini. Ibnu Batutta, seorang pelayar dan pengembara Islam mencatatkan sejarah pengembaraan beliau kerana beliau percaya tulisan nya pasti akan menjadi rujukan di masa hadapan..


promot lampu suluh huahua..

Jadinya sudah terang lagi bersuluh.. betapa pentingnya sebuah catatan dalam hidup kita sebagai manusia.. Blog juga merupakan satu medan penulisan dimana segala tulisan yang dikarangi pasti akan menjadi rujukan pada tuan blogger dan orang lain juga.. Bagi pendapat aku.. penulisan blog yang baik adalah blog yang tidak akan luput dek zaman, dimana dari satu generasi ke generasi seterusnya akan memperoleh sumber daripada blog anda dan menjadi rujukan kepada semua.. Maka blog tu x kan mati.. kerana adanya perkongsian ilmu yang berguna untuk hari ni.. ingatan masa lampau dan sinar masa hadapan..

Justeru azam yang dirangka bukan sahaja harus disematkan di dalam hati dan jiwa, malah perlu dicatat.. jadi x dela kate je nak bina azam baru.. tapi sebenarnya x wat apa2 pun.. abes tu korang, azam lama yang x tercapai tu.. buat ape ek? x kan nak biar terkepam jadi pekasam jek? terpulangla.. nk forward kan ke tahun baru ni pun bole je kalo sesuai.. Semua ni terpulang pada pokok pangkal hati masing-masing..

Okla wat pe bebel panjang2.. seriously bagi aku.. tahun 2009 tahun yang memang paling kacau la untuk aku.. tahun 2010 da nak bermula.. aku da tanam azam baru.. nak mulakan hidup baru dan melangkah terus berani untuk hadapi masa hadapan.. semakin dewasa semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul.. semoga aku terus kuat lepas makan biskut TIGER sambil cicah ngan air MILO panas.. hohoho ;p


minum MILO anda jadi sihat dan KUAT!! ;p






katakan like jika best ya!

10 comments:

Unknown said...

kullu 'am wa antum bikhair..

have a sweet and blessing new year!=)

Ieqa Swetluv said...

ZihNuN FaTiN ~

Allahumaftah 'alaina fil 'a~mil jadidah.. aminn~

Fiona said...

hye.happy new year.thanx by dropping jz now yea girl.. ;)

Milimilo said...

milimilo mmg suka minum milo..huhu..happy new yeAR =)

Hernee Nazir said...

happy new year iqa.. ;)

Suraya I. said...

happy new year~

xyah ade azam la..at lis xde la azam yg akn x trcapai XD (kidding~)

Sharinginfoz said...

selamat tahun baru....

Gula Naik 20 sen

Jom Gunting Rambut

cik ros said...

salam tahun baru...=D

..::MieZan::.. said...

rasa nya msh tahun baru kn..selamat tahun baruu..hihi... :D

jiher :) said...

good luck for this year and the upcoming years :)