Tabung Masa Depan

Thursday, February 4, 2010

LelaKi begini memang oVER eGo ke atau apa ya??

Persoalan ini selalu bermain-main di benak aku.. Aku selalu berfikir apakah, bagaimanakah, kenapakah, macam mana kah sikap ego itu dinilai dalam seseorang lelaki.. Yela kadang-kadang aku sebagai kaum hawa ini pun konfius.. orang lelaki ini memang macam ini ke?? atau macam itu ke?? atau bagaimana sebenarnya??? Jadi.. Kali ini aku ingin bertanyakan pendapat kepada semua, adakah lelaki yang mengandungi ciri-ciri seperti di bawah, memang sikap semulajadi nya ego ataupun bagaimana ya???


1. Punya awek tetapi tak benarkan awek mengenali rakan-rakannya.. apatah lagi menyimpan nombor mereka walaupun seorang pun sedangkan tujuan si awek ini cuma khuatir jika berlaku sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada dia..kiranya tahulah bagaimana nak berhubung nanti... jadi... kenapa agaknya ya?? adakah lelaki memang begitu??

2. Kata sayangkan awek.. tetapi tak pernah sekalipun memperkenalkannya kepada keluarga biarpun hubungan sudah lama dibina dan si awek dah pun memperkenalkan pakwe nya kepada keluarga dan sudah merancang ke arah yang lebih serius.... kadang-kadang hubungan itu dah dibina lebih 3 tahun.. alasannya bila ditanya mengapa adalah  tidak bersedia.. adakah kenyataan itu relevan atau ada maksud di sebaliknya???

3. Memarahi si awek sekiranya menceritakan kisah cinta mereka kepada keluarga mahupun rakan-rakan tak kira cerita sedih atau gembira.. alasannya tak suka jika orang lain tahu perkembangan hubungan mereka.. sebolehnya bagi dia apa yang berlaku biarlah menjadi rahsia berdua sahaja biarpun perkara itu hanya kecil sahaja.. kenapa ya?? jadi sikap lelaki memang begini ke sebenarnya??

4. Selalu berahsia dengan hal yang sepatutnya dikongsikan bersama.. lagi malang jika hubungan yang dibina adalah hubungan CJJ(cinta jarak jauh)... maka banyak perkara yang tak dapat dikongsikan bersama.. alasannya kerana terlalu sibuk dan tak sempat berhubung... sedangkan yang diketahui umum bukankah jika benar cinta itu indah.. sehari tak berhubung langsung pasti sudah terasa rindunya??

Kalau anda, kaum wanita mengalami situasi seperti ini.. apakah yang anda fikirkan?? Sebab aku punya otak mesti  fikir negatif je kepada kaum lelaki yang sebegini rupa.. Adakah anda masih boleh lagi consider dengan perkara macam ini atau apa tindakan anda??

Jadi kepada kaum Adam yang sudi membaca.. bolehkah anda membantu aku menjawab persoalan yang sangat konfius ini(bagi aku lah..) adakah memang semula jadi sikap lelaki memang sebegini.. ataupun ada udang sebalik maggi.. ada ulat bulu di sebalik batu.. Adakah ini yang dipanggil sebagai EGO seorang LELAKI???

Pendapat anda semua adalah amat dihargai =)



katakan like jika best ya!

15 comments:

joegrimjow said...

masing2 ada ego tersendiri
jgn sampai kiat dikuasai oleh ego sudah

tp klu laki camni
erkk
xmo ngaku satu golongan

Adam said...

Semua situasi tak menunjukkan EGO lelaki. tapi pendapat aku lelaki tu tak serius dalam hbngan ataupun sudah ada orang laen.

pendek kata hbngn tu takkan kekal lama.

Nabiel said...

yg 1st tuh mybe sbb laki tuh tkt awek nye akn fall in luv ngan kwn2 sndri..(biel pnah kena!!)haa~..mgkn akn knalkn..tp not smua~

yg 2nd tuh bkn xbsedia..tkt gak klu2 mak nye tuh x trima menantu cmtuh~bf dia tkt kehilangan gf nye tuh~jdi gf nye kena la selidik2 fmily dia tuh cmner..inisiatif sndri tuh~:)

yg 3rd tuh sbb ape xnk dicita??klu kte dh kwin..ade x nk cte kt owg laen??xde kn?tuh kena jage..nti leh jdi fitnah..leh cite pd kwn2..but not smua la~nti mengaibkn plak..pmpn kn ssh nk jage mlut~:P

yg 4th tuh stgh bnda mmg xleh nk bgtau..niat mmg tpkse menipu ialah nk jge relation kn?klu smua bgtau..abis laa..gurl pun the same wut??heeee~

sekian...cmmt plg pnjg biel pnah bg~hehhee

Ieqa Swetluv said...

joegrimjow ~

itulah kadang2 ada ego lelaki yang x dapat nak dikenal pasti hehe =)

Ieqa Swetluv said...

Adam ~

oo nape ek ika rs tu cam ego ek.. hurmm.. btw thanks for sharing pendapat sgt hargainya =)

Ieqa Swetluv said...

Nabiel ~

komen panjang biel amat memberangsangkan at least ade gak serba sedikit yang ika paham nape lelaki buat cam tu..makasih ya biel hehe =)

whitedaisy said...

lelaki mmg pelik...huhuhu...klo syg tunjuk la kn...ni wat tindakn yg pelik2...nk menilai persaan dorang pon sush...pape pon....moga hepi ye~

RABUN said...

itu bukan ciri ciri ego

itu tanda tanda bakal terjadi kecurangan dan manipulasi perasaan

kalau benar ada lelaki begitu baik buat persediaan awal awal nak melompat ke kapal lain nanti karam sama sama susah

Ieqa Swetluv said...

whitedaisy ~

hehe..thanks whitedaisy..ika harap one day ika dapat faham gak la perangai lelaki huhu

Ieqa Swetluv said...

INDRA QIRANA~

lor yeker.. ok kena get ready la nampaknya ni kan hak3 ;p btw thanks for comment ya

Legasi Piston Pecah said...

lelaki ini kurang matang kot..

Ieqa Swetluv said...

Legasi Piston Pecah ~

tak boleh nk pastikan sbb sy bukan lelaki hehe

YuSeNzE - KniGhT said...

Ehem... Izinkan hamba membuat ulasan ya.

Jika diambil kira soal hati, sebenarnya hati kaum lelaki juga kadangkala amat ammpuh dan mudah tersentuh. Namun, ego itu perlu untuk mempertahankan sifat kelelakian. Ego bukanlah bermaksud sentiasa mementingkan hak sendiri, tetapi mengambil kira beberapa aspek yang bersesuaian.

Contoh 1: (Rakan)
Situasi - Kolam pancing

Makwe: Alah yang, boring la duduk termenung camni... Sunyi2 jek... Bila nak dapat ikan ni...??? *mengeluh*

Pakwe: Baby, memanglah memancing ni kena sunyi2 dan sabar... Nama pun memancing, bukannya menjala~~~

Makwe: *merajuk*

Member Pakwe: Pssst... Kan aku dah kate, jgn bawak awek kalau nak pergi mancing... Aduyai... haru-biru tol lah... *berbisik kat pakwe*

**Keadaan di atas akan menambahkan lagi kekeruhan dalam perhubungan dua hala... Ahaha~~~**
*Seelok-eloknya bertoleransi sesama sendiri. Perlu juga mengenali beberapa orang rakan untuk tujuan rujukan jika perlu. Tetapi bukanlah semua rakan-rakan itu nak diperkenalkan. Perlu memilih rakan yang boleh dipercayai untuk diperkenalkan*

Contoh 2: (Keluarga)
Situasi - Rumah keluarga lelaki

Pakwe: Mak, inilah bakal menantu mak...
Makwe: Makcik, saya Ika! (bukan nama sebenar)
Bakal ibu mertua: Oh, ini Ika. Makcik ade tengok dalam gambar hari tu... Tapi dalam gambar tu ika nampak kurus pulak. Pakai pun sopan.

**Situasi begini memerlukan kesediaan di pihak lelaki. Mungkin anda tiba pada saat dan keadaan yang tidak sesuai. Keadaan sebegini akan merumitkan perhubungan kekeluargaan...;P**

Contoh 3(Percintaan)

Cinta yang indah itu tidak perlu diceritakan kepada orang lain. Ia akan teserlah dengan sendirinya. Mengapa mahu dihebahkan saat suka duka percintaan anda? Adakah anda akan berasa puas? Mungkin keadaan ini akan lebih menimbulkan rasa jengkel pada mata orang yang diceritakan. Itu yang dikhuatiri dan mengganggu di fikiran seorang insan bernama lelaki. Ngeeee~~~

Contoh 4 (CJJ)

Adeh... yang ni mmg susah nak ulas... Kadangkala soal berahsia ini terjadi secara tidak langsung untuk perhubungan jenis ini. Jadi, tiada alasan untuk "TIDAK BERAHSIA". Pandai makan , pandai simpan.

p/s: Segala ulasan di atas tidak ada kena mengena dengan pengulas mahupun orang lain. Ia hanyalah sekadar pandangan secara peribadi dan bukanlah bersifat DISKRIMINASI. Harap maklum.

Ieqa Swetluv said...

YuSeNzE - KniGhT ~

wahh ini entry terpanjang yang pernah ika dapat..sangat mantap dan membantu thanks yusenze.. macam boleh buat satu entry lak kat box komen ya huhu

thanks yusenze for sharing =)

Ema Razali said...

dah baca semua comment blogger kat sini . huhhu :B

baru faham serba sedikit perangai lelaki ni . hohho :D

comment yusenze paling panjang + bernas + mantop + meletup ahh ! ;p
dah macam entry tapi ema suka comment tuh (: *dy buat ema faham .