Tabung Masa Depan

Monday, April 26, 2010

caiRnya leLaki biLa dengan peRempuan 'muKa suCi'

Salam sayang dari saya buat semua..

Tajuk penulisan kali ini bukan sekadar suka-suka mahupun untuk memburukkan mana-mana pihak sama ada dari pihak lelaki mahupun pihak wanita.. Hanyalah sebuah perkongsian ringkas yang ingin saya ketengahkan khas buat pembaca-pembaca, agar sama-sama kita dapat berfikir dan bertukar pendapat mengenai perkara ini.

Frasa perempuan 'muka suci' yang saya bicarakan pada entry kali ini membawa definisi kepada perempuan yang berwajah ayu dan lembut (erti kata lain muka baik)... sekali tengok sejuk mata memandang. Dengan tutur bicara yang lembut, gaya yang sopan santun, suara lembutnya menenangkan jiwa dan boleh memikat sesiapa sahaja yang memandang terutamanya kepada golongan BUKAN wanita, memang inilah yang dikatakan sebagai ciri-ciri Wanita Melayu Terakhir. Memang jelas dapat dilihat wanita yang mempunyai sentimen-sentimen sebegini agak sukar untuk ditemui pada masa kini. Namun persoalannya sejauh mana kah rupa yang 'suci' ini membawa kepada pengertian 'kesucian hatinya' ??


Melalui beberapa peristiwa yang saya dapat lihat daripada kehidupan manusia-manusia dikeliling saya.. persoalan ini semakin berlegar-legar di kotak mentaliti saya..

Seorang lelaki kecewa selepas dipermainkan perasaannya oleh perempuan jenis sebegini, yang hanya berselindung di sebalik kata dan rupa BAIKnya, akhirnya terbongkar yang dia sudah punya kekasih hati.. Masalahnya... kenapalah perempuan itu susah sangat nak mengaku diri itu dah berpunya.. tetapi masih lagi nak melayan orang lain?? kenapa, tak cukup kasih sayang ke?? Yang lelaki pula, begitu mudah anda dipermainkan oleh wanita sebegini.. apa yang dah terjadi??

Lelaki-lelaki macam ini pun satu.. seolah-olah merelakan dirinya ditipu dan tertipu.. membiarkan diri mereka dipergunakan sewenang-wenang oleh wanita 'muka suci'. Saya sedia maklum setiap lelaki mengimpikan kekasih hati yang punya ciri-ciri Wanita Timur.. Namun, berhati-hatilah.. jangan biarkan diri anda ditipu berkali-kali di sebalik 'topeng suci' wanita sebegini. Apa yang dapat saya lihat daripada senario sekeliling saya, lelaki cuba untuk menunjukkan yang mereka hebat dan bijak menentukan insan yang sepertimana mereka inginkan, MALANGNYA.. mereka masih lagi belum berjaya mencapai apa yang mereka impikan, sebab apa?? sebab apabila keegoaan yang menguasai diri semakin memuncak, maka mereka akan hilang stabiliti untuk berfikir sewarasnya dalam menentukan apa yang diinginkan..

Paling menyakitkan hati apabila ada sebahagian lelaki yang sesuka hati memerli, mengata, mengutuk, dan memandang rendah terhadap wanita yang tidak melengkapi ciri-ciri kewanitaan sejati yang pada perspektif mereka adalah wanita 'muka suci'. Sekurang-kurang apa yang terbaik mereka bahagia dengan diri mereka seadanya.. tidak hipokrit.. jadi, janganlah tertipu dengan drama manusia ini. Adalah lebih baik jika kita mengenali seseorang individu kerana realiti diri mereka yang sebenar, tulus dan jujur.. daripada terus terpedaya dek aksi 'drama queen'..

Satu kes lagi yang menyebabkan lelaki mudah tertipu dan terpedaya apabila ada sebahagian daripada mereka yang desperate mengejar cinta wanita.. Dan perkara ini saya telah alami sendiri dimana ada seorang lelaki yang bernama J (bukan nama sebenar) yang hanya saya kenali di yahoo messanger, tiba-tiba tanpa saya ketahui mana datang, asal usul, kehidupan dan siapa dia sebenarnya, beria-ria meminta declare.. hanya atas alasan dia 'alone'.. tolonglah jangan cemarkan apa yang dimaksudkan sebalik perkataan cinta itu sebenarnya.. Seharusnya cinta itu diletakkan di tempat yang tinggi nilainya, sukar diperoleh dan sangat berharga, kerana cinta yang bermakna hadir ikhlas dari dalam jiwa.. kerana, kita tidak bercinta hanya untuk hari ini semata-mata, tapi untuk selamanya.. Cinta itu menjadi lebih bermakna sekiranya berlandaskan cinta kepada Maha Pencipta.. Telah saya titipkan erti cinta dalam sebuah bingkisan pujangga..

Cinta tanpa ketulusan takkan kemana-mana
Cinta berdasarkan rupa hanyalah sementara
Cinta tanpa harta jua menempah derita
kerana harta kan menjamin bahagia dunia
bersederhana lah dengan apa adanya
Maka 
cintalah seseorang kerana keindahan agamanya
kerana cinta itulah yang menjamin bahagia selamanya..
dunia akhirat.. 
InsyaAllah~

Saya tidak bermaksud ingin menyatakan semua wanita kategori 'muka suci' ini punya nilai-nilai negatif yang menyakitkan hati, namun sedarlah.. jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kain putih bersih nan indah tetap kelihatan kotor gara-gara melekat sehelai mee goreng mamak. Jadi kepada kaum wanita yang rasa-rasa diri dia tu spesies begini. beringat-ingatla ya.. anda takkan bahagia jika membuat orang lain menderita. Kepada kaum lelaki, jangan sesuka hati sesedap rasa nak mengata kaum wanita hanya semata-mata rupa dan gaya mereka yang bukan kategori wanita idaman, berhati-hati sebelum memilih jangan dah terhantuk baru nak tergadah..last-last frust menonggeng..

So, Don't judge a book by its cover..

katakan like jika best ya!

16 comments:

rizputra7 said...

aku muka suci hehehe..tapi betul ler..skrang dah banyak kes macam nie..pompuan pulak yg memainkan laki....

Linglung said...

derr..wa sbg lelaki mengiakan entri lu ni..sangat betol ape yg lu ckp ni...taktaula nak cakap apa..

akulinglung.blogspot.com

sal ya said...

benda ni biasa la skg...
kalau tak lelaki yg mainkan perempuan...
perempuan yg buat mcm tu kt lelaki...

Ema Razali said...

lelaki , kalau jumpa perempuan cani memang cair . dah tak bole beku dah .

Legasi Piston Pecah said...

bukan apa..kebanyakkan lelaki mencari wanita sebegini kerana berfikir mereka lebih jujur dan ikhlas..sesuai untuk dijadikan calon isteri..tapi tulah,sebab nampak suci je dari jauh..dari dekat..hampeh kan!

Unknown said...

"lelaki yang bernama J (bukan nama sebenar) yang hanya saya kenali di yahoo messanger"

Touya dah ada pesaing

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

pompuan muka tak suci tue bagaimana plak?wakaka.

sebenarnya lelaki dan perempuan sama saja.yang bodoh adalah mereka yang dipermainkan sebab dibutakan dengan perasaan cinta.

cinta Pencipta lebih daripada cinta makhluk yang diciptakannya.

Ieqa Swetluv said...

rizputra7 ~

betul ckp riz..kawan ika ramai gak jadi mangsa gtu.. tp kdg2 diorg gak yg cari

Ieqa Swetluv said...

Linglung ~

sebab itula yang berlaku sebenarnya.. ika pon no komen gak ngee~

Ieqa Swetluv said...

anisalya~

tau x pe kak.. dunia sekarang.. huh~

Ieqa Swetluv said...

ema.razali~

rase masuk peti ais leyh beku balik x ema??ngeh3 ;p

Ieqa Swetluv said...

Legasi Piston Pecah ~

haha.. perempuan cmni dia pandai simpan rahsia.. ngeh3

Ieqa Swetluv said...

touyakaruma ~

erkk..apa yg anda cuba nak sampaikan di sini ye hurmm~

Ieqa Swetluv said...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin ~

tau tak pe.. moga yang da baca ni harap x dela cair gak lagi dengan cinta dunia semata2~

BaBy said...

nsb baik xde muka suci..
muka cute jer..
hahahah.. :P
xelok men kan perasaan org..
nant org wta blk kat kita..
bru tau..
huhuhu..

dgeothite said...

Jejaka2 sekalian, jgn biarkan diri anda diselubungi perempuan 'muka suci'. hehe