Tabung Masa Depan

Wednesday, April 7, 2010

" would you maRRy you? "

Setiap daripada kita memiliki citarasa tersendiri dalam memilih pasangan. Ada nak yang handsome atau cantik, ada pula nak yang kaya dan ada juga nak yang glamor.. semua itu terpulang pada keinginan dan kemahuan tersendiri.

Pasti sangat mendebarkan apabila orang yang dicintai mengajukan soalan, "sudikah anda berkahwin dengan saya??" atau dalam bahasa London nya, " Would you marry me?? " Entah-entah waktu itu 'menggelepar' nak jawab,aku ni nak jawab ya ke tak, ya ke tak, ya ke tak, ya ke.. lastly terus ting tong sebab konfius tak tahu nak jawab apa, tak terkata-kata dek kata-kata...


So apa kata kali ini cuba kita mainkan ayat would you marry me kepada.. 
Would you marry you?????


Haa.. mesti ada di antara anda yang mengatakan.. sudah gila ke cik ika ni, ada pula tanya nak kahwin dengan diri sendiri.. mana boleh.. !! Awas jangan terperangkap dalam soalan ini.. memang sengaja aku letakkan di sini untuk anda semua berfikir...Cuba tanya diri anda sendiri,  jika anda merupakan seorang yang lain....  

mahukah anda kepada  insan yang seperti diri anda ini?? 
layakkah anda berkahwin??  
sudah cukup terbaikkah anda untuk orang lain???



Kita sangat cerewet dalam memilih teman hidup. Ada sebahagian itu sampai berkata, " Selagi si polan atau si polanah itu tidak memenuhi ciri-ciri wanita/lelaki idaman aku, cantik, bijak, mesra, kaya, etc. Selagi itu jangan harap aku nak berkahwin." Ahh.. banyak songeh pula.. Bajet kau dah cukup baikkah untuk menjadi sebegitu?? Kau fikir orang lain nak sangat ke pada kau?? "

 Jadi sebelum anda rasa gatal-gatal nak berkahwin dengan insan yang dicintai, cuba anda 'berkahwin' dengan diri anda terlebih dahulu. Belajar untuk menerima diri seadanya, belajar untuk memperbaiki diri anda menjadi lebih baik.. dan juga fikirla, " layak ke aku nak kahwin dan memiliki  diri aku sendiri sebelum aku membiarkan diri aku dikahwinkan dengan orang lain???"
 

Aku tahu dan yakin, biarpun sejahat mana diri anda, pasti anda juga menginginkan lelaki atau wanita yang terbaik dalam hidup anda. Bagi yang lelaki, pasti mahu bukan semata-mata pada kecantikan sahaja, kalau boleh mesti mau bini yang bijak mengambil hati, lemah lembut, pandai memasak, pandai tackle hati suami dan keluarga.. bagi yang wanita, pasti mengimpikan lelaki yang baik, romantik, penyayang, memahami, wahh kalau nak listkan payahlah aku nak kahwin nanti.. hehe

Jadi cuba praktis ciri-ciri pasangan idaman anda itu dalam diri anda terlebih dahulu.. Jika anda mahu yang bertanggungjawab, anda sepatutnya belajar untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. Jika anda inginkan pasangan yang menghormati orang tua, jadi anda pun kena la buat macam itu juga.. Ini tidak tahu komplen je, diri sendiri pun tak betul ada hati lagi mahu yang macam-macam..

Ya aku tau.. sangat susah nak tukar diri dari yang tak berapa nak baik kepada yang lebih baik.. tapi kalau nak berubah dari baik menjadi jahat tak baik.. bila-bila masa pun boleh.. namun, semua perubahan itu memerlukan kekuatan dalaman dan hati.. sebenarnya, kadang-kadang kita perlukan sedikit stress agar dapat menjadi yang lebih baik. Terpulang pada anda.. samada anda dah berbangga dengan pencapaian diri anda sendiri atau anda rasa banyak yang perlu diperbaiki.. it's up to you..

jadi apa lagi... fikir-fikirkanlah.. 





katakan like jika best ya!

18 comments:

Athirah Ibrahim said...

ouhh nice one. tak pernah pulak terfikir macam nih.

and if you ask me now, would I marry myself. I would answer NO. ngahaahaha.

nawal said...

cik eqa bile nk kawen??

~ Ann ~ said...

I will marry me... hehehe POmot pomot!

ParkAir said...

i will marry me dengan hantaran rm30000 tunaiiii.. ;p

ema.razali said...

HAHA taknak kahwin dengan diri sendiri ;p

ieQa sWetLuv said...

Athirah Ibrahim~

haha.. don't say like that.. x pe leyh upgrade lg huhu

ieQa sWetLuv said...

nawal ~

uik.. kawen?? soalan cepu emas tu hehe.. tunggu la kalo ade yg nak kawen ngan kite nty ngee

ieQa sWetLuv said...

~ Ann ~ ~

hahaha buleyh ja ika tolong promotkan sekali ni huhu

ieQa sWetLuv said...

ParkAir ~

uishh hantaran utk diri sendiri je ke?? kih3

ieQa sWetLuv said...

ema.razali ~

dun wory sis da tau ema nak kawen ngan sape nty ngee~

ahmad said...

wiwit...hehehe

touyakaruma said...

Jawapan dier YES !

Dah tanya kat diri sendiri ... nak tanya kat Ieqa lak

" would you maRRy me ? "

ieQa sWetLuv said...

ahmad~

erkkk.. y y y??

ieQa sWetLuv said...

touya~

can i marry u??? haha

FITRIHADI said...

takkan ada cinta sejati selagi manusia tak puas dengan apa yang dia ada

- fitrihadi.com -

Khadijah Zek said...

tgh tunggu2 jugak ni..siapa yg berani ckp mcm tu kat saya nanti...

ieQa sWetLuv said...

FITRIHADI ~ setuju dgn awak..hurmm

ieQa sWetLuv said...

Khadijah Zek ~

haha.. insyaAllah masa tu akan tiba kena byk sabar jela ye hehe