Tabung Masa Depan

Sunday, May 16, 2010

cintaku pada dunia seorang GURU.. Selamat Hari Guru..


16 Mei.. detik bersejarah.. pada tarikh ini lah.. ucapan Selamat Hari Guru, cikgu.. berkumandang di bibir-bibir murid.. anak bangsa.. masyarakat.. Dulu aku seringkali mengucapkan ucapan ini buat semua guru-guru kesayangan ku.. yang mendidik aku.. dari kecil sehingga aku berjaya di menara gading, dimana sekarang ini aku juga akan menjadi seorang pendidik pada masa akan datang.. InsyaAllah~


Sebelum aku berkecimpung dalam dunia keguruan.. aku ingatkan mudah.. senang nak menjadi cikgu.. alah, sekadar masuk kelas, keluar, bagi homework.. macam itu je... tapi..perjuangan untuk menjadi seorang guru bukannya mudah.. jika sekadar niat untuk melahirkan pelajar yang intelek, anak bangsa yang bijak pandai, bakal cendekiawan yang bakal menobatkan nama bangsa dan tanah air.. mungkin itu adalah perkara biasa..



Persoalannya.. adakah begitu mudah cabaran yang perlu dihadapi oleh seorang guru pada masa kini??





Kini, apabila aku sendiri merasai, mengharungi susah senang dalam menuntut ilmu keguruan di sebuah maktab yang kini lebih dikenali sebagai institut pendidikan guru.. aku baru sedar.. tidak semudah itu untuk menjadi seorang guru.. Pelbagai onak duri yang terpaksa diharungi.. pahit getir.. ranjau dan cabaran.. bukan semata-mata melahirkan pelajar yang bijak pandai.. malah berkualiti dari segi moral dan akhlak.. tinggi nilai keagamaan dan sahsiah... menjadi modal insan yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara.. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan untuk mencapai impian ini..



Namun... Aku, yang cuma seorang remaja biasa, yang juga punyai jiwa seorang manusia biasa.. terpaksa berubah.. harus bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam diri agar aku sendiri dapat menjadi contoh kepada mereka.. Jika jiwa aku sebagai seorang guru tidak mampu menunjukkan ethos seorang pendidik yang berkualiti.. bagaimana mampu aku melahirkan anak-anak didik yang tinggi prestasi, emosi, akhlak dan mentaliti??






Pengalaman aku, pertama kali memasuki kelas pelajar Tahun Dua.. diberi tanggungjawab untuk melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.. aku fikir ianya semudah aku mengajar adik-adikku.. tapi sungguh berbeza.. anak-anak masa kini lebih hebat minda dan pemikirannya berbanding zaman kita.. mereka petah berkata-kata, bijak dalam sains dan teknologi, pengetahuan semasa dan sebagainya.. Pemikiran mereka jauh ke hadapan.. Ada sebahagian mereka, biarpun baru berusia 8 tahun, berani-berani sahaja menentang guru hanya dengan mempergunakan  kuasa yang dimiliki ibu bapa mereka.. ada sebahagian mereka yang meninggi diri.. sombong sungguh.. hilang hormat pada guru.. tambahan pula dengan isu-isu masa kini yang semakin menggoyahkan profesion keguruan.. tentangan ibu bapa, sikap anak-anak, masalah etika keguruan yang semakin menjauh daripada landasan yang sebenar, kemajuan serta ranjau globalisasi yang semakin mengganas.. mampu ke aku berhadapan dengan masalah ini demi anak-anak didik aku nanti??



makin maju anak-anak zaman kini..


tulus dari hati ini.. aku risau.. aku risau sangat bagaimana lahir anak bangsa kita akan datang.. sedangkan kini masalah remaja semakin mengganas.. anak-anak bangsa kita semakin melarat dengan masalah sosial dan akhlak.. budaya kuning yang semakin menular.. kes zina, gugur dan buang bayi.. rempit, jenayah yang berleluasa.. dadah.. masyarakat kini semakin menjauh daripada menitik beratkan nilai akhlak dan agama.. kepentingan mereka hanya pada kemajuan teknologi, materialistik, harta, hiburan, wang dan dunia... Malahan nak keluar ke mana-mana pun, igauan buruk menjadi ketakutan masyarakat kita pada hari ini dengan masalah jenayah yang tak sudah-sudah...



 cuba anda lihat satu persatu wajah mereka.. jika mereka menjadi mangsa dunia kini.. apa yang kan terjadi nanti??



arghh.. Ya Allah.. beratnya cabaran seorang guru.. Apalah yang berlaku pada masa akan datang jika masalah ini tidak dapat dibendung dengan sewajarnya?? Adakah salah seorang guru jika semua ini tidak dapat diselesaikan dengan sebaiknya??Apa yang akan terjadi pada negara kita?? Adakah negara kita juga akan menghadapi zaman melarat seperti yang berlaku ketika zaman sebelum merdeka sekali lagi??!!





Pada kesempatan ini.. aku menyeru kepada semua rakan-rakan.. sedarlah..sedarlah semua.. kita ini bakal menerajui bangsa kita pada masa depan.. untuk melihat bagaimana keadaan sesebuah negara pada masa akan datang, maka lihatlah remaja yang ada pada hari ini.. Jika negara kita ramai tokoh ilmuan yang berkaki lebar, namun rendah sahsiahnya.. nilai-nilai kemanusiaannya.. apa mungkin kita mampu membina negara kita kelak?? adakah kita akan terus hidup dalam ketakutan?? tepuk dada, tanya iman...




Aku teringin benar untuk bertemu dengan semua guruku yang selama ini mendidik dan mengasuh aku.. mengajar aku.. memberikan aku ilmu, mendidik dan membuka mataku dalam mengenali erti sebenar kehidupan ini.. Hidup bukan semata-mata untuk suka.. tapi hidup untuk melihat sejauh mana kita mampu menggalas tanggungjawab dan intergriti sebagai seorang insan.. demi ibu bapa, agama, masyarakat, bangsa dan negara.. Aku berharap..  Jika ada guruku yang masih mengenaliku.. terlintas membaca penulisan ku ini.. aku mengucapkan jutaan terima kasih kerana mendidik aku menjadi seorang manusia yang berguna.. terima kasih sangat sangat  cikgu..selamat hari guru cikgu.. Terima kasih sebab sudi menerima aku mendidik aku sehingga aku mampu berdiri di sini.. Terima Kasih...





Buat sahabat-sahabat warga pendidik yang sedang berjuang di pentas pendidikan.. teruskan usaha dan kuatkan semangat.. hanya kita, hanya kita sahaja yang mampu mengubah persepsi masyarakat dan melahirkan generasi yang berkualiti duniawi dan uhkrawi.. bagi menerajui masa hadapan.. hanya kita sahaja.. anggaplah tanggungjawab ini sebagai ibadah.. semoga setiap keikhlasan amalan kita diberkatinya.. Aminn~




Selamat Hari Guru.. =)






katakan like jika best ya!

18 comments:

NICK IRFAN said...

akak ni bakal cikgu ker? xpe sy pggl awk akak? sy 20 msti awk tua dr sy ni... ape2pun selamat hari guru kpd akak!!!! :)

ASaDa RyutaRo said...

wahh... selamat hari guru..

sugguh best ucapan ini. seolah-olah seorang motivator kepada guru-guru plak. hehe :P

semoga menjadi guru yang dihormati dan guru yang penuh dedikasi.

semoga diberi kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak bangsa menjadi warga yang berguna dan berjaya.

SELAMAT HARI GURU untuk kamOo.. =)

Azizul Luqman said...

erk...
guru ke?
hohoho...
selamat hari guru...
smoge jadi guru yg baik, bila baik semua org pun syg... :)

suraya said...

teringin nak blk skolah smule T_T

luvly mya said...

Selamat hari guru :)
jadi cikgu sampai bila-bila pun tetap orang panggil cikgu ;p

Nabiel said...

slmat hari guru ckgu~kekeke
pasni ckgu la dpt hdiah dri murid?:P

kenwooi said...

happy teachers day =)

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN~

thanks for the wish nick.. ye tua la gak dari awk tp still maintain bergaya ok kih3.. ;p

ieQa sWetLuv said...

ASaDa RyutaRo~

wahh..wish awk pun penuh bermotivasi untuk ika hehe.. thanks bangat ya ngee~ =)

ieQa sWetLuv said...

Azizul Luqman ~

bakal guru je baru..insyaAllah coming soon seorang guru hhehe..tq for the wish ngee

ieQa sWetLuv said...

suraya~

ok kalo masuk sekolah balik roger ika ok.. biar ika rotan2 suraya sebab degil kan kan kan..haha

ieQa sWetLuv said...

luvly mya~

thanks dear for the wish.. ye betul ckp awk tu smpi bila2.. =)

ieQa sWetLuv said...

Nabiel ~

haha..lama lagi la ika br guru pelatih.. insyaAllah 4 tahun lagi kot ngee.. thanks for the wish =)

ieQa sWetLuv said...

kenwooi~

thanks kenwooi i really appreciate it =)

ema.razali said...

hee ~ slmt hari guru :')

HiGHNeSS FiQ said...

salam..cikgu..
epu belated teacher's day..
hehe..
slmt mnjadi ckgu..
=))

rizputra7 said...

selamat hari guru CM

sophie said...

Selamat hari guru!