Tabung Masa Depan

Friday, May 21, 2010

Gadis eMo membUka ceRita : LamaRan ciNta LelaKi ditoLak


Selepas isu panahan arjuna di mata kirana ( 1 & 2 ).. kali ini berani-berani sahaja si gadis emo ini membuka cerita baru pula.. rasanya agak lama tidak berbicara tentang cinta.. Ya, manusia dan cinta memang tak boleh dipisahkan.. ibarat irama dan lagu.. tanpa irama, lagu hilang tempat menumpang melodi.. ibarat gigi dengan gusi.. tanpa gigi, hodohlah gamaknya senyuman pak Mat tukang kebun.. ibarat handset tanpa kredit.. tanpa kredit, hilanglah fungsi handset sekadar hiasan untuk ditunjuk-tunjuk.. begitulah juga kisahnya tentang cinta..


Sememangnya manusia perlukan cinta, kerana dalam cinta lah ada kisah penyatuan antara Tuhan dan hambanya.. dalam cinta ada kronologi kisah kasih jiwa-jiwa.. dalam cinta juga lahirnya perasan menghargai dan mensyukuri alam dan keindahan dunia.. Begitu melankoliknya pengertian di sebalik frasa cinta itu sebenarnya.. Tetapi apa yang hendak dibicarakan adalah tentang cinta dua jiwa, cinta antara lelaki dan wanita.. Sahabatku bercerita, bagaimana rakannya begitu kecewa kerana lamaran cintanya ditolak oleh si gadis, sehingga membuat keputusan meragut nyawa sendiri, hal sebegini bukan sahaja terjadi kepada perempuan sahaja, malah kekecewaan itu adalah abstrak pengertiannya, cuma yang membezakan perempuan lebih mudah melahirkan emosi dan kedukaan berbanding arjuna yang hanya berkeputusan memendam rasa.. Namun hakikatnya, sudah sinonim bahawa wanita sememangnya akan menanti panggilan cinta dari jejaka idaman, tetapi mengapakah cinta ditolak tidak diterima??







1) Belum bersedia

Biarpun semua insan terkejar-kejar untuk menikmati dan merasai indahnya mencintai dan dicintai, menyanyangi dan disayangi, tetapi tidak semua wanita begitu terburu-buru mendambakan perkara-perkara sebegini. Kadangkala mereka tidak bersedia atas dua perkara ; sama ada diri sendiri atau masalah kepada jejaka. Jika halnya kerana diri sendiri, barangkali wanita itu masih bingung dan tidak pasti dengan hati mereka, jadi mana mungkin mahu membuat keputusan serta merta. Maka berilah mereka sedikit masa dan ruang. Namun jika halnya kerana si jejaka, mungkin apa yang dilihat umpama lelaki itu tidak nampak kesungguhan dan komited dalam membina hubungan yang lebih serius.



2) Desperate guy

Wanita cukup rimas dengan lelaki yang suka memaksa dan terburu-buru. Bagi mereka, lelaki begini hanya bersikap mengongkong dan menganggap cinta sebagai mainan sementara. Masakan baru kenal sehari dua sudah ajak declare.. bak kata atuk aku.. "Buang tebiat apa?!" haa.. daripada melayan cinta yang tak pasti penghujungnya, lebih baik reject awal-awal.. nampak sangat nak buat main je.. may be sebenarnya dia serius, tapi selalunya cinta pandang pertama hanya melihat pada luaran semata-mata, bukan keikhlasan hati dan kemurnian budi pekerti.. cubalah kalau tiada rupa, mahu kah dia??



3) kisah lampau

Setiap individu punyai kisah lampau, ada yang suka ada yang duka, ada gembira dan ada yang mencengkam jiwa.. Jadi, ada juga wanita yang terpaksa menolak kerana impak kisah cinta lama membuatkannya lebih berhati-hati menyusun langkah..takut lah juga jika pisang berbuah dua kali.. merana la badan... alahai.. orang kata, kalau umur dah semakin meningkat ini, dah tak ada masa dah nak main-main cinta monyet.. buang masa je.. Jadi kalau mereka menolak, pasti masih ada sesuatu yang menutup pintu hati mereka.. entah siapa lah yang bijak mencari kunci yang sepadan dengan mangganya..



4) bukan pilihan hati

Bukan sengaja nak menolak.. tapi.. masalahnya pada lelaki.. keterampilan, personaliti, sikap, gaya hidup, masa depan tak mampu menjamin hubungan yang serius.. nak bercinta tapi pemalas, berperangai seperti budak-budak, tak mahu berfikir serius tentang future.. Jadi tak mustahil si gadis akan menolak.. Orang perempuan mestilah menginginkan lelaki yang bertanggungjawab, serius dalam hubungan.. yela nak berhadapan orang tuanya nanti mestilah cukup syarat baru lah lulus.. sebab itulah tidak mustahil jika ada yang memlilih pasangan yang sekufu, terjamin masa depan.. cinta sahaja  tanpa duit pun tak boleh hidup oiii~~ takkanlah nak bagi anak dara orang makan pasir je nanti kan!



5) hati sudah dimiliki

yang ini memang kes berat.. yela ada kes itu, perempuan ini sengaja menyimpan rahsia, letak status kat facebook single, sedangkan dah mingle..  dah ada tutt~~ masih lagi mahu melayan yang lain.. perempuan macam gini yang bahaya, memainkan hati dan perasaan sahaja...tapi ada je kes lelaki spesies begini.. sama je dua kali lima.. jadi awas ya, jangan mudah terperangkap dalam pukat orang-orang macam ini.. tak dapatlah den nak nolongnya.. Yang lelaki ini pun satu juga.. sebelum nak propose tu.. sekodeng-sekodeng la apa yang patut, usha kiri kanan depan belakang sebelum menyusun kata.. karang kalau dah masuk gear, dah tekan minyak, payahlah nak reverse lagi-lagi kalau kat lebuh raya.. lagi bahaya kalau dah syok syok dengan cik kiah rupanya tangkap cintan dengan bini orang .. Melepaslah sudah~~



Jadi.. sebab itulah kadang-kadang si gadis menolak lamaran cinta sang jejaka.. Rileks je sudah bunga bukan sekuntum kumbang pun tak seekor.. pandai-pandai la nak hidup..




katakan like jika best ya!

11 comments:

A.I said...

AKU PONNN!!
I HATE DESPRTE2 PUNYA ORG NIHH.
tapiii.. hahaha, tak penahh pon kena lamarr! sape la kita kann! huaaa.

newayy, yep bukan satu kumbangg, bukan satu bungaa!!
life must go on!! hekhek.

Mr. Asada said...

hahaha.. terasa lak aku..

berfikiran cam budak yer.. uhh!

kadang2 lelaki desprate ni mmg tgh mendambakan cinta dari seseorang.. tak semuanya mengongkong.. err..

kisah lampau mmg bagi efek kat keputusan nak memilih. uhh!

semoga bertemu dgn cinta sejati lah yer..

Unknown said...

owrrr sebab itu Ieqa tolak lamaran Tya .. emmm faham-faham

zella y said...

kdg2 bila kita tau latar belakang pcintaan org yg cube nak memikat kita pun susah gak...

nanti kita asyik terfikir n slalu curiga pd dia...

sgt xsuka lelaki yg desperate!

Ieqa Swetluv said...

AISHA SAAD ~

ya betul betul chaiyuk sha ngee

Ieqa Swetluv said...

ASaDa RyutaRo~

harap cam gitulah gamak nye..kamu juga ye ngee~

Ieqa Swetluv said...

touyakaruma ~

erkk bile masa la plak ni

Ieqa Swetluv said...

zella y~

betul3.. entahla benda ni komplikated nak dihurai huhu

Sesopie said...

desperate guy!! nyampah..hehehe

Ieqa Swetluv said...

sophie~

samela kite..egegege

K I E R A said...

Entry ni best dan banyak benarnya :)

I likeeee !