Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada ALLAH
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu pada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga
Ya ALLAH
andainya dia adalah jodohku
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-MU
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah
kerana-MU
Namun..
Andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-MU kepadaku
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang KAU berikan kepadaku
~Bingkisan Puisi Aminah Qutbi~
Sungguh indah setiap bait-bait yang tersirat di sebalik bingkisan kata yang diungkap.. menggambarkan keikhlasan doa seorang hamba yang amat mengharapkan keredhaan dan cinta yang penuh pengertian dari Maha Pencipta.. mendambakan kasih yang penuh kesucian dari sang pencinta... fitrahnya.. setiap manusia mengharapkan cinta yang hakiki.. namun cinta yang abadi adalah hanya milik Illahi... Semoga setiap butir kilauannya akan meresap ke dalam sanubari jiwa-jiwa yang membaca.. InsyaAllah~ Aminn~
Nota hujung Dunia~
Aminah Qutb adalah adik perempuan kepada tokoh terkenal Syed Qutb yang mati di tali gantung kerana ketajaman penanya.. Betapa tajamnya tinta bersuara hingga menjadi penyebab terputus jiwa dan nyawa.. Semoga ruh beliau dirahmati Yang Maha Esa..
Sumber: Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul..
18 comments:
klu la dapatkn cinta pada Allah tuh dgn kesungguhan?
ssh rsenye nk smpi ke thp tuh~
bler ntah..adehh=)
Cinta Allah Berkekalan..=)
pasti ada yang terbaik untuk setiap insan..
Allah telah tentukan jodoh kita sejak di lut mahfuz..salam perkenalan..^.^ follow
insyaallah stiap manusia diciptakan pasanganya..
wah! menarik ayat2 dia ni.... :)
alamak ika...sedap puisi nie...rase jatuh cinta pd bait2nye...
rase tersuntik satu semangat plak dalm diri nie... ^_-
berusaha dapatkan cinta Allah
puisi dijadikan inspirasi
wallaweh!! best!!
huhu.. mana dapat kata2 madah dia ni?
Nabiel~
sebab tu lah kite kena betul2 yakin dengan-Nya..insyaAllah akan tercapai
sophie~
betul3 ngee
etomyam~
setuju.. orang yang baik pasti akan bersama dengan yang baik juga begitu juga sebaliknya
soclose2213~
betul cakap awak.. thanks =)
☺[ai][sUmi]☺Chan ~
betul tu sumi.. cuma kita tak tahu je siapa jodoh kita.. biar masa menentukannya =)
NICK IRFAN ~
tau x pe..sbb tu akak suke hehe
Zura ~
ya mari kita terus bersemangat chaiyok3 hoho
Syafrizal ~
insyaAllah inspirasi menjadi reality =)
ASaDa RyutaRo~
lor kan da tempel kat bawah tu sumbernye hehe
Post a Comment