Tabung Masa Depan

Saturday, June 12, 2010

Nota Cinta Kudus


Di sebuah perpustakaan, terlihat seorang jejaka yang begitu asyik membaca buku di satu sudut. Keasyikannya untuk membaca isi yang terkandung dalam buku tersebut membuatkannya leka dan tidak menghiraukan sekelilingnya. "NOTA CINTA KUDUS", begitulah judul buku tersebut, menceritakan kisah cinta suci antara dua insan yang tak pernah kenal rupa, hanya nota yang menjadi penghubung dan perkenalan mereka. Ketika dia menyelak helaian terakhir, tiba-tiba sekeping surat merah jambu terjatuh daripada helaian tersebut.




Si jejaka mengambil surat tersebut lalu  membaca tulisan yang terdapat di muka depannya, "Nota ini hanya milik seseorang yang hatinya ikhlas untuk memberi dan menerima". Biarpun dia berasa amat serba salah untuk membacanya kerana khuatir seandainya surat tersebut milik orang lain, namun perasaan ingin tahunya membuatkan hatinya beria-ria untuk mengetahui apakah yang terkandung di sebalik sampul surat tersebut. Lalu dia membukanya dan terlihat akannya sekeping nota yang kemas lipatannya. Lalu, dia membuka nota tersebut perlahan-lahan dan membaca tulisan yang terlakar di dada nota tersebut.



" Seuntai kasih seharum kasturi dihulurkan buat penerima berhati murni,

Hati berbunga tatkala bait-bait kata dilakarkan, hanya mengharapkan sebuah perkenalan suci, atas keinginan menjalin persahabatan, namun dipinta, biarlah hanya warkah penghubung bicara. Justeru, jika yang membaca sudi dan bersedia menyambut perkenalan ini dengan hati terbuka, maka senanglah hati ini menerima. Perkenalan yang hanya terlakar dengan tulisan, jangan ditanya siapa yang berkata, jangan dipinta pertemuan atau lainnya, kerna yang diinginkan hanyalah hati yang tulus memberi dan menerima. 

Maka, balaslah dengan nota bersambut kata, disisip kembali ke dalam sampul yang sama, dan diletakkan kembali ke buku ini  di ruangan yang sama. Akan dibalas setiap kata, dan nantikanlah pada detik dan waktu yang sama, pasti wadahmu kan terjawab jua. "



Terjalinlah persahabatan antara si jejaka dengan si gadis yang tak dikenalinya, kemesraan di sebalik bait-bait yang tersusun indah membuatkan dia tertarik untuk mengenali si gadis dengan lebih mendalam hingga lahirlah perasaan cinta. Namun kerana janji yang dipegang, maka si jejaka tidak pernah meminta lebih selain sebuah persahabatan. Begitulah seterusnya hubungan terbina, hanya dengan nota yang tersisip di sampul penghubung mereka.


Tibalah satu ketika, si jejaka terpaksa meninggalkan desa tercinta, menyambut panggilan untuk berjuang demi memartabatkan maruah bangsa dan negara. Maka dikhabarkan akan si gadis pada sekian waktunya, tarikh berangkatnya dia. Lalu, warkah terakhir berbalas kata,



"  Duhai perwira,

Jika kau pulang dengan selamat, akan ku tunggu tibamu di stesen keretapi api desa kita setelah tamatnya peperangan ini. Maka, bawalah sekuntum mawar merah sebagai tanda untuk mudah ketemu dirimu, dan akan ku bawakan sekuntum mawar merah sebagai tanda bagi diriku. Semoga perjuanganmu dilindungi dan akan ku setia menantimu di sini. Jika ada jodoh kita, pastinya akan menjadi milik kita, jika sebaliknya, maka redhalah menerimanya. "



Berlalulah 2 tahun lamanya, hinggalah tamat peperangan tersebut. Kekuatan cinta mereka membuatkan si jejaka berjaya menumpaskan musuh negara dan kembali dengan selamat. Seperti yang dijanjikan, si jejaka membawa sekuntum mawar merah untuk bertemu dengan si gadis di tempat yang dijanjikan. Gembira sungguh dirinya kerana dapat jua mereka bertemu. Setibanya dia di stesen keretapi tersebut, maka terlihatlah dia seorang gadis berkerusi roda membawa sekuntum mawar merah sedang menantikan seseorang. Sewaktu itu, mulalah muncul perasaan curiga dan serba salah sama ada mahu berjumpa dengan si gadis atau tidak.




Namun apabila diingat semula akan janji yang termeterai antara mereka dua tahun yang lalu, si jejaka pun kuatkan hati dan terus melangkah menghampiri si gadis. Dia tekad, jika memang itulah gadis yang diimpinya selama ini, maka akan dia tunaikan janjinya untuk membina istana impian bersama. Dia menyapa si gadis, lalu bertanyakan adakah dia empunya yang dicari. Jawablah si gadis,



" Maaf, bukan saya yang abang cari, mawar ini bukan milik saya tetapi ia milik seorang kakak yang berpakaian merah jambu,  sedang duduk di kedai itu. Katanya dia sedang menanti seseorang lalu meminta agar saya membawa mawar ini dan jika ada yang bertanya, dia suruh saya serahkan mawar ini kepada abang dan sampaikan pesan agar abang berjumpa dengannya di kedai tersebut. "


Berlarilah si jejaka mencari si gadis di kedai tersebut. Segeralah dia mencari-cari kelibat mana-mana gadis yang memakai pakaian merah jambu, namun tidak dia ketemu. Biarpun bersungguh dia bertanyakan kepada tuan kedai perihal gadis itu, malangnya kata si pekedai gadis itu sudah berlalu kerana lama menunggu. Alangkah kecewanya hati si jejaka mendengar, hatinya umpama kaca pecah berderai.


Tatkala dia membuka pintu kedai tersebut, maka terlihatlah dia di satu sudut ada seorang gadis jelita sedang menunggunya di hadapan kedai tersebut sambil tersenyum mesra umpama melambai dirinya. Hati yang duka rianglah semula melihat gadis yang diimpi bertemu akhirnya. Maka, tamatlah kisah NOTA CINTA KUDUS, benarlah kata orang, jika ada jodoh takkan ke mana, apa yang penting bukanlah rupa, tapi yang dicari adalah ketulusan dan keikhlasan hati menerima dia seadanya.




katakan like jika best ya!

38 comments:

Unknown said...

waaa bila baca entry nie ingat pulak zaman kita muda-muda dulu kan ?

Syihabudin Ahmad said...

"Tatkala dia membuka pintu kedai tersebut, maka terlihatlah dia di satu sudut ada seorang gadis jelita sedang menunggunya di hadapan kedai tersebut sambil tersenyum mesra umpama melambai dirinya. Hati yang duka rianglah semula melihat gadis yang diimpi bertemu akhirnya. Maka, tamatlah kisah NOTA CINTA KUDUS, benarlah kata orang, jika ada jodoh takkan ke mana, apa yang penting bukanlah rupa, tapi yang dicari adalah ketulusan dan keikhlasan hati menerima dia seadanya."

hahahhaha ni sebab awek tu lawa.. kalau tak aku rasa, lari jugak brother 2..hahahaha

YuSeNzE - KniGhT said...

Perkh!!! Nampaknya Ika wajib join satu kontes khas nanti... hehhe...
Teruskan bekarya... :)

tot tot kecik said...

salam..

cerita pengenalan sang cinta yang menarik..

ade ek cani..??

cm xpercaya je..huhu..

:)

Dakjaat said...

sanggup dia retype balik. hahaha!

(Moderator Blogger's Malaysia)

aien said...

kalau dh jodoh tak kemana kn.. hehe

nasib baik la si gadis tu jelita.. berbaloi lelaki tu cari.. hihihi

syahira ariff said...

so sweet
happy ending
=]

suka bila sama2 setia mcm cerita ni

cGi0 said...

bt0l tu... hanya ketulusan dan
kejujuran yg akan terus memekarkn cinta antara dua insan. hehe

http://improveslife.blogspot.com/

suhaisweet said...

Really nice dude..I got one too Very Nice!

Aesya Zealous said...

manisnyaaaaa

Ken Wooi said...

love is wonderful =)

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

agak-agak kalau gadis tue memang berkerusi roda...camne ending cerita ini agaknya ye?

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] said...

uuuh...

cm ne nk beli novel ni?..

Ieqa Swetluv said...

touyakaruma~

zaman muda2?? ade ke?? haha..

Ieqa Swetluv said...

Syihabudin Ahmad~

haha.. itu itu kena tanya lelaki tu jugakla ye..

Ieqa Swetluv said...

YuSeNzE - KniGhT~

thanks.. insyaAllah ika akan terus pertingkatkan karya ika =)

Ieqa Swetluv said...

tot tot kecik ~

Allahu'alam.. entah ada entah tak.. ika pun x tahulah hehe

Ieqa Swetluv said...

Dakjaat ~

retype ape?

Ieqa Swetluv said...

@ien_R@z ~

yang jelita memang ramai.. tapi nak cari jelita hati dan rupa itu yang susah..

Ieqa Swetluv said...

syahira ariff~

nak cari orang yang betul-betul setia susah dik.. kenalah banyakkan sabar =)

Ieqa Swetluv said...

cGi0~

betul tu.. bila ketulusan dan keikhlasan dijadikan keutamaan, segala yang indah akan dimiliki..

Ieqa Swetluv said...

suhaisweet ~

thanks..

Ieqa Swetluv said...

AesyaZealous~

thanks ya

Ieqa Swetluv said...

kenwooi~

true love is wonderful =)

Ieqa Swetluv said...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin ~

kalau ang jadi lelaki tu ang terima dia ke x?? hehe

Ieqa Swetluv said...

m.a.p.i.e [ Ku sEnDiRiAn] ~

haha ini bukan novel la.. baru cerpen jela.. belum lagi diterbitkan la ngee

¶A.K.I¶ said...

bes!!

cerita yang menarik dan tertarik~

Suraya I. said...

nice story =D

pndai gk kau megarang ek..=)

fndrocka said...

cerita ni memang klasik..dah banyak kali gua baca kat emel/website..dari zaman sekolah sampai skrg.tapi tak pernah bosan.huuu..hati kapas jugak gua ni.

Ieqa Swetluv said...

¶A.K.I¶ ~

thanks =)

Ieqa Swetluv said...

SuRayA^i.~

aku baru nak berjinak-jinakla =)

Ieqa Swetluv said...

fndrocka~

really?? hurmm but i'm wrote this by my own =)

cik helena said...

tulisan sendiri ke?menarik dan jiwang..aahaha tapi ade ke camtu zaman skng?

Asfan Ash said...

terrbaekk...comel je cte hehehe..nak gak pengalaman cmtu
(ni kalo awek ai bace mesti mara haha)

Ullyanazaidy said...

hehehe..
sweetnyerr ieqa :)

Ieqa Swetluv said...

helena's~

yup ika tulis sndri..zaman skang ni entahla ek.. macam payah nak jumpa je hehe

Ieqa Swetluv said...

ARC™~

haha berani la wat gtu kalo nak kena balik periuk api

Ieqa Swetluv said...

ullyana zaidy~

maceyh yana ngee