Tabung Masa Depan

Wednesday, July 21, 2010

Dilema Cik Penulis: Hembusan Cinta dan Lambaian Perkahwinan


Hurm.. tak sangka, sedar tak sedar pada tanggal 08 Julai 2010 yang lepas aku dah mula melangkah ke usia 21 tahun. Alhamdulillah Tuhan masih lagi memberi aku peluang untuk terus bernafas di atas bumi-Nya, hidup dalam keadaan harmoni, bahagia dan sihat sejahtera. Begitu cepat masa berlalu sampaikan kadang-kadang aku rasa macam baru je masuk form one, then habis SPM, selamat habiskan study di matrix even penuh kepayahan and now ini aku dah masuk 2 tahun setengah study kat maktab perguruan. Cepat sungguh masa berlalu~~


Bila aku toleh kanan, kawan aku bernama si polan bin si polan dah kahwin, bila aku pusing kiri, teman baik aku pula si polanah binti si polan dah selamat anak satu. Kalau nak diikutkan usia kami semua sebaya, masih belajar tetapi sudah melangkah masuk ke alam perkahwinan. Aku pula masih di sini, perangai manja-manja plus nakal-nakal form five dulu masih tak berubah. Sebab sampai hari ini aku masih merasakan i'm still young, beatiful dan maintain cantik jelita.. auww.. just kidding lalala~ ;p


Ya, dulu aku percaya pada cinta dan perkahwinan, semasa hati ini dimiliki oleh seseorang yang amat aku kasihi, pelbagai impian dan anganan yang telah kulakar, tetapi selepas badai melanda, lakaran itu sudah lama musnah. Nampaknya Tuhan dah tentukan di bukan jodoh yang terbaik bagiku dan aku juga bukan yang terbaik baginya, selama berhari-hari dan berbulan-bulan aku cuba ubati hati yang sudah terluka dek kerana obsesi pada cinta pertama. Nasib baik Tuhan memberikan aku kekuatan kerana DIA tahu aku mampu untuk hadapi dugaan ini. Dan hal ini menjadikan satu pengajaran bagiku supaya jangan berlebih-lebihan pada perkara yang masih belum lagi menjadi hak milik kita yang sah lagi halal.


Selepas beliau, bukan sengaja aku pagari hati ini untuk didekati oleh sesiapa lagi, bukan aku tak sudi untuk mengambil peluang kali kedua. Aku memohon kemaafan kepada beberapa hati yang pernah terluka, tetapi sesungguhnya aku tak ingin kecewa dan terus kecewa atas dasar cinta yang tiada barakah. Apatah lagi dek  luka lama itu teramatlah pedih. Biarpun ianya semakin sembuh namun parutnya masih jelas dan peritnya menjadi igauan buruk. Maka aku jadikan sebuah buku berjudul " Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul " karya Fatimah Syarha sebagai sumber inspirasi untukku mengembalikan semangat  agar terus menjadi wanita yang kental, kuat dan tidak mudah goyah dalam godaan cinta duniawi semata-mata. Kerana aku masih berpegang atas ayat Al-Quran yang mafhumnya lebih kurang berbunyi; Lelaki yang baik diciptakan untuk wanita yang baik. InsyaAllah~


Aku gembira melihat sahabat aku seorang demi seorang sudah menemui jodohnya. Alhamdulillah dah kahwin pun korang. Usia yang muda bukan menjadi penghalang andainya si teruna sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan pemimpin keluarga si dara sudah bersedia menjadi wanita terpenting, isteri dan ibu yang terbaik dalam pembinaan sebuah keluarga. Moga masjid yang kalian bina akan sentiasa tersergam indah dengan haruman dan wangian Jannah dan diberkati oleh-Nya. Sepupu aku yang kahwin pada usia muda pun (kini beliau berumur 22 tahun) baru sahaja melahirkan bakal seorang ulama' ( Aminn~), anak keduanya.. wahh tak sabar rasanya mahu ketemu dia dan anaknya. Aku memang suka sangat bila tengok kawan-kawan aku dah berkahwin, kawan-kawan aku yang dah punya anak. Entahla perasaan itu tak mampu diungkap dengan kata-kata kerana terlalu gembira melihat kebahagiaan yang terpancar di wajah mereka.


Sekarang ini fokus aku lebih kepada study, tinggal 3 tahun lagi untuk aku tamat belajar dan seterusnya ditabalkan sebagai pemegang ijazah keguruan. Wahh tak sabar rasanya menanti detik-detik itu. Cinta?? Perkahwinan??? haha.. Jika ada jodoh takkan ke mana. Lagipun aku bukannya terlalu beria-ria untuk memiliki cinta itu buat masa ini. Namun jika jodoh sudah tiba dan ibu bapa merestui, maka akanku terima dengan hati terbuka. Kerana bagi aku cinta dan perkahwinan bukan sekadar untuk suka-suka tapi persediaan untuk menggalas tanggungjawab yang lebih besar lagi. Ingat senang ke kahwin?? Takkan nak bagi isteri and anak makan pasir je. Takkan si isteri hanya tahu kahwin tapi tak reti nak melayan suami dan menjaga rumah tangganya. Persedian jasmani, emosi, rohani, ilmu, dan agama perlu dipertitik beratkan terlebih dahulu. Biarpun perkahwinan merupakan jalan selamat sebagai menghindarkan diri daripada zina, tetapi harus difikir akan kemampuan dan kudrat menggalas tanggungjawab. (menjawab entry Touya Karuma)


Rasanya dah terluah segala isi yang terbuku di hati. Mudah-mudahan ku peroleh cinta sejati insyaAllah~



katakan like jika best ya!

36 comments:

˙·•♥ QaSeH ♥•·˙ said...

amin....
InsyaAllah kite doa same ae ieqa..
hehe..

Along Tapa said...

21..muda lagik tu~~ buat apa nak rushing2~~~

Blog nostalgia budak Muor

Aidi-Safuan said...

huhuhu... sabar2. :P

Fara said...

InsyaAllah sampai la jodoh nnti tu.
Just enjoy life dlu k...

:)

nas said...

aku pon...tgok ajer member sebaya aku..da 3 orang da bernikah..ehehehe..xsangke....harap2 ade jodoh la gak...:)

Hariz said...

Amin Ya Allah..

New Entry Prof-Hariz Ahhh!! Seksanya Gadis Banyak Air

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

wah bakal cikgu lah nie...zik nie dah nak habis.. insyallah hujung tahun nie ..

senorita_alynne said...

Hi Ieqa. Xpe Muda Lg. Biar Masa Yg Tentukan Keh! Buat Mse Skrg FOKUS Kat Study Tuh!

Hamzah Ian said...

mintak jauh la zina tu ye..

@ien_R@z said...

bestnya tgk kwn2 dh kawen kn.. hehe

apepon.. same2 kita berdoa supaya dpat jodoh yg Terbaik.. insya Allah..

NICK IRFAN said...

sdih baca entry ni... ape2pun smoga jodoh sampai! amin... :)

touya said...

YOSH ! Touya sanggup pikul tanggungjawab !

zella y said...

oo..muda lg ieqa ni...masih jauh lg perjalanan hdup...

hurm...zella kdg2 ade juga rs down tgk member2 semua dh kawen..even adik pon dh nak kawen... tp nak buat mcmane kan.... jodoh xsmpai lg... ;(

SuRayA^i. said...

xpe beb..br 21 years..mude lg..
juz m8 sure u achieve evrythg dat u want in ur life b4 u gv ur life for some1 called a husband.

CiK NaThRaH PuNya BloG said...

laa..baru 21 rupanyeeee.... :)

donnyien said...

muda lagi..bole ejus lagi :)

miss lolly a.k.a luvfareda said...

tumpu stady dulu oke ?

Cheq Tun said...

ala.. bru 21...muda lagi tu..tu bru permulaan je..kawen bila dah sedia bukan sbb tgk orang skeliling dah ramai kawen dan dah ade anak..hidup kena nikmati

ieQa sWetLuv said...

˙·•♥ QaSeH ♥•·˙ ~

betul betul betul.. mudah2an termakbul aminn~ =)

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa ~

bukan rushing la.. cuma bila tengok sekeliling macam.. erkkk~

ieQa sWetLuv said...

Aidi-Safuan ~

yola sabow kan separuh dpd iman..hehe

ieQa sWetLuv said...

Fara ~

yup betol gak tu..kite enjoy luk wee

ieQa sWetLuv said...

nas~

insyaAllah adalah tu suatu hari nnti.. doa k ngee

ieQa sWetLuv said...

Hariz ~

aminn =)

ieQa sWetLuv said...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau ~

wahhh sonoknye dah abes belajow.. jeles jeles wawawa

ieQa sWetLuv said...

senorita_alynne ~

hai dear.. thanks ya ngee =)

ieQa sWetLuv said...

Hamzah Ian~

nauzubillahi min zalik aminn~

ieQa sWetLuv said...

@ien_R@z ~

betul tu ain itu yg paling penting..dapat jodoh yg terbaik insyaAllah

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN ~

aminn~

ieQa sWetLuv said...

touya~

errr...

ieQa sWetLuv said...

zella y~

ye ika faham tu zella.. x pe kita doa jela k =)

ieQa sWetLuv said...

SuRayA^i. ~

yes dear i hope so wish me luck k =)

ieQa sWetLuv said...

CiK NaThRaH PuNya BloG~

ye kenapa pk kan berapa ye?? hehe

ieQa sWetLuv said...

donnyien~

haha ejuz?? besow maknenye tu ekekeke

ieQa sWetLuv said...

miss lolly a.k.a luvfareda~

okies.. jeles miss lolly da abes study huahua

ieQa sWetLuv said...

Cheq Tun ~

ye x ye gak tu.. tapi agak tercabar la gak ni jeles la huwaa~