Tabung Masa Depan

Sunday, July 25, 2010

Resepi Kek Batik Sweet LOve bersama Cik Ieqa


Salam Satu Malaysia kepada hadirin, bapak-bapak dan ibu-ibu, abang-abang, kakak-kakak dan adik-adik serta sekalian penonton pembaca rancangan berprestij masak masak bersama Ieqa Swetluv di TV 10. Ahaa.. yang jauh mari kita dekat-dekatkan, yang dekat mari kita rapat-rapatkan ye, yang dah singgah pula janganlah cabut lari dulu, sebab pada hari ini Ieqa nak tunjuk satu resepi istimewa buat semua pengunjung blog Chenta Maneesku (cewahh!!) iaitu Kek Batik Sweet LOve. FYI, nama resepi ni pun diambil sempena nama chefnye jugak ye(aku ler tu ekekekke).. maklumla i pun nak tumpang glamor ahakzss~


Baiklah tanpa melengahkan masa kita lagi, sebelum itu perkara yang paling utama sebelum buat apa-apa juga kerja,  basuh tangan sebersih-bersihnya dan bacalah Bismillah untuk peroleh berkat agar kek kita nanti itu super MELETUP 'marvellous' nya. Ok sila catatkan dalam buku nota anda, bahan-bahan penting yang perlu disediakan, seperti berikut:


1 cawan susu pekat  F&N, 1 cawan susu sejat F&N, 1 buku 'buttercup', sebungkus MILO (saiz kecil), dan Biskut Marie sebungkus (yang telah dipatah-patahkan)





Mula-mula, sediakan periuk sederhana besar(pandai-pandailah ya) dan letakkan di atas dapur gas. Cairkan buttercup terlebih dahulu menggunakan api yang sedang sedang saja ya jangan besar-besar hangus cik tak tanggung ye.








Setelah buttercup tersebut cair, tuangkan susu pekat dan susu sejat ke dalam periuk. Kacau bahan tadi sehingga ia betul-betul sebati. Kalau nak tahu sebati macam mana itu, tengoklah gambar ini, nampak macam dah putih-putih gebu gitu.




Kemudian, tuangkan sedikit demi sedikit MILO ke dalam periuk. Pastikan anda sentiasa mengacau bahan-bahan tadi supaya MILO tadi tidak berketul-ketul. Anggaran MILO sebenarnya ikut suka lah nak berapa banyak pandai-pandailah kan dah pernah belajar matematik dulu kan tambah tolak darab bahagi lebih kuranglah itu, agak-agak rasa macam hitam kelat je bahan yang korang kacau itu kira bolelah tu. Ada juga sesetengah orang guna koko, terpulanglah pada kreativiti masing-masing sebab kita yang buat dia kan!!




Kacau punya kacau sampailah dia betul-betul likat lagi berkilat, barulah anda berhenti kacau dan boleh matikan api. Selagi tak hitam berkilat jangan la cuba-cuba nak curi tulang tak kacau bahan dalam periuk tu yerk. Sesudah itu, alihkan periuk ke atas meja,Curahkan sikit demi sedikit biskut marie yang telah dipatah-patahkan ke dalam bahan tersebut dan digaul sehingga sekata




Akhir sekali, tuangkan bahan yang telah digaul rata ke atas loyang atau bekas (terpulang pada anda) yang telah dioles dengan marjerin.



Pastikan bahan tersebut dimampatkan betul-betul dalam loyang itu supaya padat.






Nampak tak itu dah padat kan! Last step, letakkan dalam peti sejuk(kat tempat dingin je ye), tunggulah sampai kek batik kita tadi betul-betul melekat.



Tadaaa~ Dah siap pun. Bolehlah anda potong-potong comel-comel dan makan. Nampak sedap kan, memang sedap pun huahuahua.



Simple je nak buat kek batik ini. Boleh dimakan di mana sahaja anda berada, nak makan bila-bila pon boleh... minum petang ke, makan bersama member-member ke.. mana-mana pun tak kisah.. sambil tengok bola pun boleh jugak. Barulah betul-betul jadi  Kek Batik Sweet LOve kita. Hehe.. Ok sekarang bolehlah praktis kat rumah ya. Selamat Mencuba wee~



nota hujung kaki:

Inilah salah satu benda yang aku buat kalau dah boring dok rumah, mulalah asyik buat pemakan je. Well biasalah kena praktis dok dapur nak kahwin nanti senang kan kih kih kih.

 
katakan like jika best ya!

21 comments:

Nabiel said...

ikaaaaaaaaaaaaa~
nakkkkkkkkkkkkkkkk!!
anto snie 1!bestnye!
i like milo!hehehe

aien said...

nyum3.. nak jugak!!


lame dh tak buat kek batik.. hehe

Along Tapa said...

nila rupanya kek batik yang adik aku nak buat marin tapi tak jadik...haha


Blog nostalgia budak Muor

fara said...

dah lame owh tak mkn.
cedapnyeee!!!

elme said...

tgk mcm sedap tp rasa? sendiri ckp la..sedap ker? sah angkat bakul jap lg ni..hihi

Ema Razali said...

cantikk kek tu . ema law buat , berterabur terus . HHA

black_mel said...

susahnya nak buat...send2 la kat sini..hehe...nampak mcm sedap..

zella y said...

sedap!! terliur..trus lapar...

uish...bg resipi2 ni nak suh zella btambah gemuk r ni...hahhahaha

hamzah ian said...

lor.. senang je kalo nak buat.. hohoh

zzyqah said...

terliur laa =p

dah lame x makan .. huhu

JijahJambu@Jj said...

nk sikittt.. jijah tak penah try buat ni

Ieqa Swetluv said...

Nabiel ~

haha.. meyhla mai uma ika nty ika wat kan ngee

Ieqa Swetluv said...

@ien_R@z~

haa pasni leyh r buat ye ngee

Ieqa Swetluv said...

Along Tapa~

haha kasihan adik tu x pe kan da tunjuk demo ni leyh r wat nty ngee

Ieqa Swetluv said...

Fara ~

jemput makan wee~

Ieqa Swetluv said...

✿ emaxoxo ✿~

haha x pe itu namanye seni..pasni ema kena wat lagi cantik okies

Ieqa Swetluv said...

black_mel ~

lor mana ade susah le.. ni mesti kes malas ni ish3 haha

Ieqa Swetluv said...

zella y ~

haha mane de zella ika tak de niat pun tau haha.. x pe comel apa kalau tembam sikit ngee

Ieqa Swetluv said...

Hamzah Ian ~

haa bole r wat pasni selamat mencube ye wee

Ieqa Swetluv said...

Zqah Ail~

nanti buatla k

sedap

ngee

Ieqa Swetluv said...

Jijahh @ f.k ~

lor cmne nak bg jijah jao.. jijan try wat ok practice make perfect tau ngee