Tabung Masa Depan

Tuesday, August 31, 2010

Hari Pertama PBS di sekolah : Murid putus telinga


Salam Satu Malaysia dan Salam Sejahtera buat semua.. Rasanya masih tak terlewat lagi if aku wish Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia. Cepat sungguh masa berlalu. Jika kita kenang kembali bagaimana perjuangan datuk nenek moyang kita untuk mencapai kemerdekaan ini, terlalu banyak perit, duka dan jerih yang telah mereka lalui. Dan kita pada hari ini, seharusnya bersyukur dan sentiasa menghargai perjuangan mereka, jangan kufur nikmat dan mudah tergadah dengan dugaan dunia. Semoga Allah sentiasa memelihara kita insyaAllah~


Seperti yang aku katakan pada entry sebelum ini, rasanya ada kan aku beritahu, aku nak share apa yang berlaku sepanjang hari aku join PBS atau nama lainnya Pengalaman Berasaskan Sekolah (dulu-dulu orang panggil ROS) di sekolah rendah aku dulu.


Seperti biasa, aku ke sekolah dengan penuh bersemangat, sampai je di sana, memaniskan muka, bertegur sapa dengan cikgu-cikgu. Budak-budak tengok aku pelik semacam je, rasanya hampir semua memerhatikan aku dari bawah sampai atas pastu tengok bawah balik, biasalah pelik kot plus teruja tengok ada cikgu baru huhu. Aku maintain cool jela, kena control kang elok-elok aku nye 'kucing jalan' takut lak nanti spoil terpleot depan budak, tak ke naya.. hehe




Erkk.. apa kaitannya dengan murid putus telinga ini??? Adoii panjang ceritanya..Waktu itu aku diberi peluang untuk tengok Cikgu Haniza mengajar Bahasa Melayu Tahun 1 B. Sebelum masuk kelas ini, cikgu dia da khabar awal-awal dah, murid-murid kelas ini agak hiperaktif, agak sukar nak kawal. Tambahan pula ini kelas LINUS dan murid-muridnya pulak ramai, 36 orang, memang agak susahla nak kawal kelas. Yang tak larat itu nak kena ajar 3 masa sekali (1 jam setengah) kat diorang, agak parah jugak tu.


Nak tak nak, kena la jugak buat dah nama pun tanggungjawab kan. Pada awalnya kelas berjalan seperti biasa. Tetapi bila start je aktiviti, kelas mula sukar dikawal. Sewaktu aktiviti menggunting gambar dan tampal. Cikgu Haniza berjalan dari satu meja murid ke satu meja yang lain untuk memantau mereka. Macam biasa bila dah buat aktiviti macam itu, yang seorang menyakat, yang seorang menjerit melalak, yang seorang lagi berlari-lari dalam kelas. Kasihan lak aku tengok betapa payahnya Cikgu Haniza kawal kelas. Yela, seorang guru nak kawal 36 orang tak ke berat itu, lagi budak Tahun 1, bila jaga murid yang duduk meja depan, murid yang kat belakang pula meragam. Pening dibuatnya huk huk




Entah macam mana, nak dijadikan cerita, time Cikgu Haniza sibuk memantau murid yang duduk di meja belakang, tiba-tiba menjerit kuat seorang murid kat depan. Waktu itu terkejut, cuak, terkesima, tak terkata apa mende dah bila tengok darah dan melambak je kat baju seorang budak. Rupanya dia dengan kawan dia main gunting-gunting rambut pulak. Tengok, lain yang disuruh lain pulak yang dibuat.  Kelam kabut Cikgu Haniza menguruskan budak itu. Ikutkan hati macam nak.. nakk.. nakk.. haishh pak kan jela ko anak orang.


Lepas dah dirawat , baru lah budak yang hampir terputus telinga itu diam. Nasib baikla luka kecil je, pikirkan tadi dah hilang telinga budak ini. Mana tak nya, kalau tengok baju dia, melambak darah macam besar benar lukanya. Budak yang melalak tu pulak jenis pendiam dan tak banyak kerenah. Syukurlah mak ayah dia pun tak ada lah marah-marah atau bagi negatif feedback, kalau tidak itu dikira kes berat boleh sebabkan naik turun mahkamah. Nak bawa rotan ke kelas pun dah tak boleh sekarang ini, apatah lagi nak rotan ke, cubit ke atau apa-apa tindakan yang tinggalkan kesan kat tubuh murid, dan guru itu boleh didakwa tau.


Sebenarnya kisah ini Cikgu Haniza cerita balik je apa yang jadi dalam kelas itu dulu. Saja je kasi cam suspen sikit macam aku pun terlibat haha, actually masa aku masuk kelas itu budak-budak tak adalah masalah sangat. Cuma itulah nakal bukan main lagi. Itulah budak lelaki masa kecik-kecik memang nakal kan, budak perempuan baik je tak ada masalah sangat.. Ini lah ragam Tahun 1 aku dah pening kepala membayang kalau aku dalam situasi macam tu, entah-entah dengan aku-aku sendiri pun tuttttt..... lu pikirlah sendiri ya haha.


Alamak tak ada gambar lak nak selit, aku ni pun bijak sangat bawak kamera tapi baterinya tertinggal sebab charging kat rumah... sayang betul huwaa~. Tapi apa-apapun memang pengalaman bermakna lah bagi aku. Ingat nanti nak masuk kelas pendidikan khas untuk kanak-kanak istimewa ( OKU ).haa nanti aku cerita apa jadi next day pulak ya huhu..



 Saje letak pic ni, kebetulan tadi terjumpa ex-classmate time sekolah rendah dulu. Miss u atie huhu =)




katakan like jika best ya!

14 comments:

Nabiel said...

nie ke ckgu baru tuh?hikhik..
klu ckgu cmnie mengajor kt skula biel..dh kne ngorat dh!hahaha..

Anonymous said...

naseb baek la x putus tros telinga tu

Along Tapa said...

tergunting telinga...biasa jek kot...tu ko belum jumpa lagi kes yg terberak terkencing nnt...apa la reaksi ko kalo ken terbasuhkan pulak najis2 mutawasittah diorang tu ek...hahaha

Gorengbaek - Cerita rumah baru lagi..

A.I said...

wahhh!
ingt pengalaman ko tadik.
hahahaha.

tak sbr nk pi skolah2 jugakk. HOH!

Anonymous said...

owh...takdelah putus telinga.suspender je..cikgu kena mahir dlm hal2 kecemasan gak..jgn mudah pengsan atau mudah kalut.hehek

ahmad endo said...

kalo aku...buat2 pengsan.....hehehe..taktik kotor...

zella y said...

ya ampun...
sib baik xputus telinga btul2...
klu x...msti msuk paper heheheh

Ieqa Swetluv said...

Nabiel ~

haha x de maknenye biel..haishh haishh ;p

Ieqa Swetluv said...

arifadela~

itulah pasal..nakal tol budak2 ni hehe

Ieqa Swetluv said...

Along Tapa~

yeker biase?? kalo x kena masuk mahkamah orite lg tp kalo kena x ke naye jek.. huhu..

Ieqa Swetluv said...

AISHA SAAD~

ko nyer turn bile lak??

Ieqa Swetluv said...

fndrocka~

itulah pasal..cuak gak kalo betul2 kene hehe

Ieqa Swetluv said...

ahmad endo ~

haha payahla kalo cikgu pun ikut tumbang sekali huk3

Ieqa Swetluv said...

zella y~

tau x pe.. kan x pasal2 terus dapat publisiti free gtu haha