Tabung Masa Depan

Wednesday, September 8, 2010

Kisah seks di Bulan Puasa dan 5H


" Awak, cepatlah masuk, nanti mak ngan abah nampak "

" Hihi.. jangan risaulah awak.. tahulah saya. Mana diorang?? "

" Diorang tengah kat dapur, tengah sahur. Cepatlah masuk bilik, jomlah "

" Pandai juga ya awek saya ini, cari time nak ehem ehem.. hihi.. jom jom saya pun dah rindu sangat nak dengan awak. haha "

" Mengadalah awak ni, hihi "


Sedutan daripada Kisah Benar, Kisah Anak Bangsa kita



Salam Ramadhan dan Salam sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Biarpun syahru Ramadhan kian meninggalkan kita dan Eid Mubarak semakin membuka tirainya, pastinya sebahagian besar daripada kita sedang sibuk mempersiapkan diri dengan kuih raya, baju raya, kasut raya, langsir raya, dan sebagainya. Harapnya kita tidak berlebihan dalam berbelanja serta tidak terleka dalam menjalankan tanggungjawab sebagai muslim di muka bumi ini.


Justeru sebelum Umat Islam melangkah ke syahru yang berikutnya, marilah sama-sama renungi dialog di atas, yang merupakan kisah benar yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini, yang telah saya petik daripada perkongsian seorang ustaz dalam Rancangan Zuriat saluran Astro Oasis. Apa sudah jadi dengan anak bangsa kita, sikap sebahagian daripada mereka yang langsung tiada rasa segan silu, malu mahupun takut kepada Maha Pencipta apatah lagi kepada ibu bapa, melakukan perbuatan berzina  di dalam rumah sendiri, biarpun ibu bapanya ada di rumah. Lagi malang apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan di kala semua Umat Islam sedang sibuk bersahur untuk menunaikan puasa di hari esoknya. Nauzubillah~


Jadi pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk berkongsi dengan rakan-rakan, agar sama-sama kita kuatkan iman dan hati dalam menempuhi kehidupan kian bergelora. Apa yang diinginkan adalah satu titik perubahan diri daripada kurang baik kepada yang lebih baik, supaya Ramadhan yang kita lalui kali ini memberi seribu satu kemanisan dan kebahagiaan buat kita. Marilah sama-sama jadikan 5H sebagai cara untuk memperbaiki diri yang begitu kerdil untuk berhadapan Yang Esa.


1) Hati yang kuat :

Kuatkanlah hati ini dengan amalan-amalan kerohanian supaya tak tergelincir mahupun  terpesong daripada landasan Islam yang sebenar.


2) Hampiri orang yang positif : 

Bergaul dengan orang-orang yang bersikap positif, orang yang memberi ilmu dan perkongsian yang boleh memberi faedah dan manfaat hidup dunia dan akhirat, serta orang yang sentiasa mengasihi erti persahabatan dan persaudaraan, yang memberi nasihat di kala kita tersilap langkah, yang sedia di sini menghulurkan tangan dan bahu di kala dalam kesusahan dan kesedihan.


3) Hindari kawan lama :

Kawan lama yang dimaksudkan kawan yang sentiasa cuba untuk mengajak ke arah kemungkaran, yang cuba menyebabkan diri sentiasa melangkah ke kancah kerosakan hati, iman dan jiwa, yang cuba mempengaruhi diri ke arah negatif.


4) Hajat/matlamat yang ingin dimiliki. :

Tentukan hajat, matlamat dan tujuan apa hidup di dunia ini. Pastikan tahu apakah yang menjadi keutamaan dan apakah yang menjadi sampingan dalam hidup. Seterusnya berusaha, berikhtiar dan bertawakal kepada Yang Esa moga setiap perjalanan dan usaha yang dilakukan akan sentiasa dipermudahkan dan mudah-mudah segala hajat yang diingini tercapai dengan rahmat dan keredhaan dari-Nya.


5) Hijrah ke arah yang lebih baik.

Perubahan sikap, amalan, perspektif mahupun tingkah laku yang dahulunya negatif dan bertentangan dengan syariah Islam kepada yang lebih positif, daripada peribadi mazmuah kepada peribadi yang mahmudah, dan cuba cetuskan persekitaran yang dahulunya melekakan kepada keinsafan dan kesedaran.


Harap perkongsian ini dapat membantu diri dan hati serta rakan-rakan semua dalam menjadikan Ramadhan kali ini lebih beerti dan bermakna. InsyaAllah~


katakan like jika best ya!

49 comments:

Bro Framestone said...

Bro di kampung tiada astro T-T

Regard,
BroFramestone Blog
@ Sudi-sudikan melawati BroFramestone In D' House

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

perkongsian yang menarik... cerita apa tuh dekat astro.. tak perasan pulak... huhu , harus berusaha untuk hijrah yang lebih baik nie...

hamzah ian said...

tajuk yang membuatkan gua datang sini

black_mel said...

btul2..bulan puasa ni jgn la buat benda bukan2...bulan x puasa pun xleh jgk...

kechixx said...

terbaik!:)

Sylarius said...

Ini ubat dia satu je, kawinkan aje. Hari-hari boleh dapat. Buat dengan suami/isteri tak dapat dosa, leh dapat pahala lagi tue. Haha.

Justeru itu, adalah diingatkan supaya pasangan muda hendaklah menyegerakan hal-hal perkahwinan itu.

Pedulikan apa yang orang lain kata.

Perkahwinan itu mencegah perkara mungkar. Itu adalah sebaik-baik perkara.

Along Tapa said...

dan jangan lakukan beberapa H untuk 5H tu..
1.Hangat-hangat taik ayam
2.Hanya swkadar dipinggiran
3.Habis puasa habis la
4.Hendak, buat....time tak hendak, mamposla....

amcam??ko setuju tak??ni aku pun nak ajak ko gak..awak...jomlah...kita beraya kat muor...ahahahaha...sungguh tak sesuai~~~

Gorengbaek - Benda yang amat berat

rezKY p-RA-tama said...

berkunjung dengan senyuman saj ahamba
hehehehehe

fara said...

smoga ini dpt menjadi peringatan utk sume. termasok dri sy sendri :)

nas said...

thenks atas sharing nie...
ermm..nas tak tahu nas nak ckp ape..sebab sejujurnya betul2 kne hidung nas...walaupun takde la 100% berkaitan ngan entri ieqa..
anyway thx byk2..
selamat hari raye ea :)

BeaN MorENo said...

5H i like!haha

touya said...

Kalau camtu Tya hantar rombongan meminang erk ?

AISHA SAAD said...

wahh entry ala2 ustazah ba'yah gi tuhh! heee,

Nabiel said...

thanks 4 sharing ika~hehehe..
ingatkan ade 5S jek..5H pun ade!=)

kata kila said...

thanks for sharing hun!LIKE

maCy said...

tengkiu 4 sharing.. err. tp nape macy tatao~ huhu

d_tieah said...

Ish2..
Ape nak jadila..
X tau nak ckp ape..
Btw, selamat hr raye..

fndrocka said...

wau...pandai kau buat crita seks..hoho..

thanks berkongsi

Ullyana zaidy said...

samat ari raya ieqa...
yana suke tgk penulisan penceritaan ieqa...
sgt berkualiti :)

selamat hari raya...
maaf zahir batin

syahira ariff said...

semoga kita dijauhkan dr benda begitu
bimbang jugak,isu ni dah jadi biasa sekarang dlm masyarakat kita
mohon perlindungan Allah
-____-

NICK IRFAN said...

huh! dlm bln puasa pun dorg buat jgk! cis! x menghormati ramadan langsung... ape la...

hamzah ian said...

weh!!!

miss lolly a.k.a luvfareda said...

niceeeeeee,



iktibar tuk kite semua.

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

macam tu la bebudak sekarang

ieQa sWetLuv said...

Bro Framestone~

x pe dimana-mana saja suda ada astro kan ngee

ieQa sWetLuv said...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau~

ya betul3 marilah sama2 kita berjuang yeay!

ieQa sWetLuv said...

hamzah ian ~

haha.. tau dah lalalalala~

ieQa sWetLuv said...

black_mel ~

haha.. ingat2 la tu yerk

ieQa sWetLuv said...

kechixx~

makasih =)

ieQa sWetLuv said...

Sylarius~

ya itu yang terbaik..dah jatuh hukum wajib kawen da tu kalo da x tahan sangat ari2 wat projek haishh

ieQa sWetLuv said...

Along Tapa~

haa ko praktis la 5H tu nanti yerk

ieQa sWetLuv said...

rezKY p-RA-tama ~

terima kasih ya sudi datang

ieQa sWetLuv said...

fara ~

insyaAllah

ieQa sWetLuv said...

nas~

sama2 juga..selamat hari raya ya

ieQa sWetLuv said...

BeaN MorENo~

tq =)

ieQa sWetLuv said...

touya~

da ready ke?? hehe

ieQa sWetLuv said...

AISHA SAAD~

sharing is caring right! ngee

ieQa sWetLuv said...

Nabiel ~

haritu 6S la biel.. ade je hhihi

ieQa sWetLuv said...

kata kila~

sama2 dear..

ieQa sWetLuv said...

maCy~

sama2..sebab tu ika gtau hihi

ieQa sWetLuv said...

d_tieah ~

selamat hari raya jugak ya

ieQa sWetLuv said...

fndrocka ~

cess perli ea! hehe..sama2

ieQa sWetLuv said...

Ullyana zaidy~

thanks yana, selamat hari raya gak dear

ieQa sWetLuv said...

syahira ariff ~

insyaAllah dear

ieQa sWetLuv said...

NICK IRFAN~

itulah..entahla..haishh

ieQa sWetLuv said...

hamzah ian~

apekah~~

ieQa sWetLuv said...

miss lolly a.k.a luvfareda~

betul tu =)

ieQa sWetLuv said...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o ~

itulah dia

Barang Bayi said...

Cerita apa tu yer? Cari kat youtube takde plak. barang bayi