Tabung Masa Depan

Thursday, November 4, 2010

Penulisan Kreatif : Biar Alam Berbicara




Dikala langit menangis duka,
Dapat kulihat ramai yang suka,
Indahnya dunia dapat dirasa,
Sedangkan cuma godaan jiwa.


Dikala angin menghembus lara,
Dapat kulihat ramai yang leka,
Terlanjur tenang dibuai raga,
Namun indahnya cuma seketika.


Dikala bayu membelai pipi,
Dapat kulihat ramai yang asyik,
Teramat suka  pantang diusik,
Khuatir kelak menjadi sakit.


Dikala dingin menggigit tulang,
Berselubung hati di balik suram,
Melayan dunia dalam girang,
Akal tenggelam dalam kelam.


Dikala awan semakin sarat,
Menanggung semua teramat berat
Yang dipekung kian tersurat.
Malanglah nasib sudah melarat.


Biarlah alam berbicara,
Moga kau lekas terjaga.



Khamis, 0330 am   
04 November 2010


*********************


Hujung Tinta :

Rasa cam dah lama tak berkarya macam ini.. =)

katakan like jika best ya!

3 comments:

SINGALAUTMETRO said...

Langit sedang berduka..bumi sedang menadah air matanya...gunung berdehem memuntah geram...ombak menggulung menyapu alam...leka dan dusta sedang berpesta...khilaf dan batil masih basah di hujung lidah..selagi belum dikenal warna angin..sebelum terukur beratnya api..kita tak khatam..untuk reti dan faham.. makna duniami yang dipinjam Tuhan.di hujung jari..

Along Tapa said...

dibocor paku tayar di pam....

aku tak paham....haha

Gorengbaek - Amarah itu api

Hangit habis dah - Fakta tentang kentut

chairooL ruLez said...

nice!!! nak request boley ? wat karya pasal mak pulak!!