Tabung Masa Depan
Monday, January 17, 2011
Harga Barang 2011 Naik mendadak, Masalah Ketandusan WANG dalam Kalangan PELAJAR
Salam sayang untuk semua..
Memang agak sakit apabila kita sebagai warga Malaysia terpaksa berhadapan dengan kondisi yang agak MARA-BAHAYA apatah lagi dengan masalah kewangan yang agak meruncing sekarang ini. Apatah lagi, sebagai pelajar, aku juga terkena banyak tempiasnya. Dengan harga barang yang kini semakin melonjak naik *bukan sikit-sikit tau, mak aihh memang terasa!!
Dalam senarai barangan yang harganya kian meningkat kini, aku hanya mampu mnggeleng kepala. Apa tidaknya, sekarang ini beli barang sikit harga dia mak aih tercekik tekak makcik ni weyhh!! Ini kita, yang digelar pelajar, tiada tanggungan dan tanggungjawab dah terasa gila-gila *menangis guling-guling, haa korang bayangkan jela macam mana mak ayah kita, sedara sepupu sepapat yang dah berkeluarga tu sudah berkerut dahi untuk memikirkan bagaimana nak korek duit tampung keluarga dan sebagainya.
Aku?? Nak buat macam mana, dah zaman gawat (untuk aku aje dan mereka-mereka), banyaklah benda yang perlu dikawal supaya tak dela semberono je dok kuar duit untuk benda yang tak sepatutnya. Kadang-kadang geram jugak, time kita tengah sengkek ni la, macam-macam lah pihak dari situ sana sini sinun (perlu dirahsiakan karang kontroversi mampuih aku) kata kena bayar itulah, inilah. Adoii kalo korang ni students macam aku, mesti korang pun geram gak tau! Mana taknya, kadang-kadang benda yang rasa tak perlu pun DIWAJIBKAN bayar. Nak cakap lebih-lebih tak boleh, tulis jela kat sini. Geram sungguh haish~
Dah jadi student, suka tak suka, marah tak marah, puas hati tak puas hati pon, ko tetap kena kata ya, baiklah, dalam keadaan PAKSA RELA. Lagi sakit bila time inilah bermulanya sistem DENDAAN melibatkan WANG. Eii singgit tu kalo kena, besow nilainya tau. Menggigil jari jemari nak hulur supaya lepas denda segala tu. Dalam hati panas je grrr~
Ya, memang sekarang ini aku rasa masing-masing jadik berkira sikit. Dulu setakat sen-sen ni pejam sebelah mata kira halal, sekarang ini bila pokai, tak boleh memang tak boleh. Makan pun nasi dengan telur mata kerbau tu kira dah cukup dah, janji kenyang semua tanggung beres. Nak berjimba-jimba shopping sakan, janganlah cari nahas. Bak kata makcik sebelah ayah sebelah atuk sebelah moyang sedara aku, SEDARLAH ANDA SEBELUM ANDA TERCEKIK TANPA SEDAR di kemudian hari.
Pendekatan d zaman gawat, sebelum membeli :
1) Fikirkan, sama ada KEPERLUAN atau KEHENDAK
2) Tak MAMPU?? Pendam dalam hati sambil berkata, " Hanya mampu melihat... isk isk "
3) Doa banyak-banyak, dengan harapan adalah durian runtuh tergolek-golek, tak pun jumpa duit selit-selit kat kocek seluar ke baju ker... Murah REZEKI hehe..
katakan like jika best ya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
baru ko tau...dah tu kalo cakap banyak2 kang, dari elok nak dapat diploma belajor, dapat diploma keluor ISA nnt...baru padan muka semua orang..
Gorengbaek - Tebiat manusia kan??
Hangit Habis dah - cukup-cukup la tu....
Tu lah pasal..
Tgk bajet 2011 brg yg d mansuh tax semua brg2 yg org kaya je mampu beli..
Huhh..
Cmne lah org yg miskin or d tahap sederhana nak maju kalo dh baru nak merasa naik gaji tp brg plak naik hrga?
ohhh xd duit xleh nak pikir beli apa2. sila matikan hasrat untuk bershopping itu ini. huhuhuhu
p/s: nice blog! follow u dear~
Assalamualaikum...
Ada puak yang mengatakan bahawa meminta rakyat bersyukur dan membandingkan harga barang, minyak dengan negara jiran seperti Singapura, Venuzuela dan negara-negara luar dari perairan Malaysia.
Rakyat diminta berjimat cermat, berhemah dalam perbelanjaan, kurangkan pengambilan gula sebagai langkah untuk menghadapi kenaikkan harga barang.
Puak itu juga memaklumkan bahawa penarikkan semula beberapa subsidi barangan keperluan harian rakyat dengan niat yang tulus mahu menjimatkan wang negara bagi mengelakkan negara dari cepat muflis. Rakyat juga diminta untuk melancong ke dalam negara sahaja bagi mengelakkan wang negara mengalir keluar negara atau ke pihak asing... Ini yang kita baca dalam surat khabar arus perdana, ini juga yang kita ketahui di stesyen2 televisyen.
Soalannya puak itu dari mana munculnya?
entah lah..gaji tak naik2 tp harga barang..adoi
abes la kalo nek mendadak...xleh la kuar sll n shopping..pasnie kne belaja berjimat cermat. Nak p cari keje la dah puas jd pengangur nie..hehe
ntah r..x tau nk ckp ap..huhu
sabor je la kan?? skrg mang tgh pokai. sob3 T___T
pegi jln2 leh pandang je la semua yg berkenan dihati... huhu
setuju wehhh!
sekarang kat tmpat aku pantang salah siket saman 50 ringgit!
bangang!!
dah la nak beli mkn pon mahal slah siket pon mahal, ehhh memang rugi laaa!
hehe..terasa lak ila..ila suka shopping keinginan dr keperluan..mcm bnda xpntg2...ikot nafsu betul la...ngeh3
haa tau dah. mesti eqa nak kawen kan? tu la kene kontrol belanjawan hahahah
Along Tapa ~
haha, dun wori aku tak kritikal lagi sampai tahap camtu la weyh
d_tieah~
tau x pe.. yang kaya makin kaya, yang miskin bertambah2 lagi miskin..
BlueberrY CheesE ~
haha, kalo x tahan camne??
Ahmad Zaki ~
anda rasa??
**sHiKinn** ~
wet elaun pun x naik2 gak huwaa
Yuni Aisyah ~
haa cepat yuni cr kerja dah gaji leyh belanje ika wink wink
iwan_dextrous ~
jgnla cakap ape2 yerk
cik @ien ~
betul3.. hanya mampu melihat je kan hak2
AISHA INANI ~
kesimpulannya, jgn buat mende yg boleh wat ko disaman yerk ngee
HonEyBuNNy~
Ila kene puasa ni kasi kontrol sikit hak2
ARC™~
kawennn?? hak hak belajo x abes lagi la arc
ahaks~ keadaan aku dlu pon cmni la jgk, mue2 xde la berkira sgt...tp time tga xde duet, pas tu kne saman dgn poli sbb salah parking moto mmg berkira la lps tu..mane x nye, duet ptptn tu klo nk diikutkan tahan slma 3 bulan je..huhuhu...
Segmen Baru; Dapat Jawab Teka Teki, Aku Promote Blog Korang
~ch@wi~
hahaha.. faham PTPTM x banyak mana sabow jela huk2
Post a Comment