Tabung Masa Depan

Monday, January 10, 2011

Renungan Hati : Biarpun Dugaan itu Pahit, Namun Kejayaan itu Manis


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..


Sudah menjadi fitrah hidup manusia, dalam hidup ada suka dan duka. Tiada perjalanan yang mudah, segala ranjau perlu ditempuh demi merealisasi sebuah cita-cita. Apatah lagi dalam mencapai matlamat yang semestinya diimpikan untuk sekian lamanya. Namun, apalah erti sebuah kejayaan jika tiada pengorbanan yang perlu diperhitungkan terlebih dahulu.


Maka, pelbagai cara dan inisiatif yang akan difikirkan semata-mata untuk berjaya. Tak ada namanya manusia yang bercita-cita mahu menjadi gagal. Tak ada siapa juga yang mengimpikan kemiskinan. Dan tiada yang sanggup bernasib malang seumur hidupnya. Untuk itu, betapa indahnya ciptaan Tuhan mengurniakan akal yang unik bagi memudahkan manusia mengadaptasi diri dengan keadaan sekeliling serta berusaha mempertingkat kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik.




Walau bagaimanapun, perlu direnungkan kembali, apakah cara yang diambil untuk mencapai sesuatu yang diimpi? Adakah dengan cara yang baik, atau sebaliknya. Hal ini kerana, hasil yang memberangsangkan selalunya memang mudah diperoleh, tetapi keberkatan di sebalik kejayaan itu tidak nampak di mata, tapi sebenarnya, keberkatan itu jelas dapat dirasakan ketara. Segalanya sudah tersurat sebagai hukum alam.


Lihatlah sekeliling kita. Ada orang yang punya wang berjuta-juta, tetapi masih merasakan tidak cukup bagi dirinya. Ada orang yang sentiasa dikelilingi 'bodyguard', tetapi hidupnya diselubungi dengan ketakutan. Ada orang berjaya dalam kerjaya, tetapi hidup resah dan tidak gembira. Ada orang yang sihat walafiat, tetapi jiwanya kosong dan hatinya merana. Ada orang yang mewah makannya, tetapi tidak pernah kenyang-kenyang biarpun siang malam pagi petang mengunyah tak henti-henti.


Aku selalu mengingatkan diriku dan orang sekeliling yang rapat denganku, dimana silapnya jika kita pernah merasakan tidak cukup dengan apa yang ada. Kenapa sifat syukur selalu tipis biarpun segalanya sudah cukup tersedia di depan mata. Kenapa masih rasa 'sengkek' biarpun sudah diberi wang belanja secukupnya. Maka, perlu berbalik kepada asal, fikirkan semula bagaimana dan apakah cara yang telah dilakukan untuk mengecapi matlamat tersebut, sama ada cara baik atau sebaliknya kerana apa jua matlamat itu baik rupanya, tetap tidak akan menghalalkan cara yang salah di sisi agama dan undang-undang.



Sesungguhnya, nak meniti kejayaan sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Bulat takkan datang bergolek, pipih tak datang melayang. Segalanya hanya akan diperoleh setelah sekian lama berusaha keras ditambah dengan doa dan yakin kepada Maha Pencipta. Sekiranya telah berjaya pula, dugaan itu takkan berhenti kerana ada saja penyakit hati menyelubungi hati-hati manusia yang bersifat dengki dan iri hati. Begitulah erti dunia sebenar, kerana dengki dan sakit hati, boleh membawa hingga ke mati, Nauzubillah.




Demikianlah hidup ini berputar ibarat roda, ada hari-hari di atas dan ada hari-harinya di bawah. Hari-hari di atas memberi peluang untuk kita memanjatkan rasa syukur dan menghargai apa adanya. Serta, hari-hari yang di bawah itu pula yang akan menyedarkan diri kita betapa kerdil dan lemah diri agar tetap berpijak di bumi yang nyata.



Hujung Tinta :

~ Alhamdulillah, sangat bersyukur usaha keras berbaloi, azam aku akhirnya tercapai dapat pointer 3.78 untuk semester lepas. Adik aku juga berjaya sambung ijazah. Syukur. Harap perjalanan hidup selepas ini sentiasa dipermudahkan, Aminn.



katakan like jika best ya!

15 comments:

Zura said...

selain ibarat roda..hidup kite jugak umpama merry go round...hihihi..betul x eiqa...??

Encik Tikus said...

like sejuta kali entry nee =D

EpoLღKunang2 said...

Hidup penuh dengan pelbagai persoalan,
saja tuhan nak kita cari jawapan.. ^^

zella y said...

hurm.hdup ni sukar utk dijangka..kita hny mampu berusaha..berdoa dan bertawakal...

touya said...

Gaya bahasa dan susunan ayat semakin baik . Bersyukurlah dengan apa yang ada

Yuni Aisyah said...

inilah kehidupan...kita xkan lari daripada mslh dan juga cubaan hidup...

cik @ien said...

yup! hidup ibarat roda.. kadang2 di atas kadang2 di bawah..

bersyukur dgn apa yg ada.. ^_^

congrats for the result!!

fara said...

Tahniah dpt poniter yg sgt tgi
mmg berbaloi usaha tu ble dpt ganjaran mcmni kan :)

Ieqa Swetluv said...

Zura~

haha betul3 ngee

Ieqa Swetluv said...

Encik Tikus~

hik hik maceyh

Ieqa Swetluv said...

EpoLღKunang2~

sebab tu kena selalu minta doa mudah2an dipermudahkan insyaAllah

Ieqa Swetluv said...

zella y ~

InsyaAllah

Ieqa Swetluv said...

touya~

thanks =)

Ieqa Swetluv said...

Yuni Aisyah ~

namun di sebaliknya banyk hikmah, kan!

Ieqa Swetluv said...

cik @ien & Fara ~

thanks dear, alhamdulillah syukur =)