Tabung Masa Depan

Saturday, January 1, 2011

Senarai panjang azam Tahun Baru 2011.. perlu ke perancangan masa depan??


Perlu ke ada azam baru bila start tahun baru??

Tercapai tak azam tahun lepas??

Atau tahun lepas beri kegembiraan atau kelukaan??

Bermimpi sesuatu yang lebih untuk tahun ini??




Cepat sungguh masa berlalu, 2010 sudah lama menutup tirai, dan bermula Tahun Baru 2011.. tup tup kiranya tahun ini dah meningkat la usia aku setahun lagi.. Aduhhh!! Malas gila nak jadi orang dewasa, jadi budak-budak kan best.. Tak payah susah-susah nak pikir tanggungjawab itu, komitmen ini, hanya hidup untuk happy-happy je.


Tapi kena jugak berdepan dengan realiti, yang aku ini bukan budak-budak kecik lagi. Semakin meningkat tahun, semakin meningkat usia, dan bermaksud sepatutnya pemikiran menjadi lebih matang dan rasional. Masalahnya kau kena menghadapi macam-macam perangai dan ragam manusia. Sama ada mengalah dan menerima, atau melawan dan bertahan.. Berjumpa dengan pelbagai manusia dewasa yang mempunyai pemikiran yang complicated, sungguh malas aku nak layan.


Weyhh susah kot bila da masuk kategori umur 20-an ni. Hidup dalam usia macam ini biasalah, cuma fikir nak study betul-betul sampailah grad, menikmati zaman study dengan macam-macam karenah kawan, lepas itu proses nak carik buah hati, kalo serasi sibuk pulak nak kahwin, kalo tak jumpa dikatakan tak laku pula, dah tu sibuk-sibuk lak nak pikir pasal kerja, tak dapat kerja tinggal tanam anggur kat belakang uma. Nampak tak, dalam usia macam ini, macam-macam boleh jadi. Setiap perjalanan yang dipilih akan memberi risiko yang besar untuk jangka masa panjang, kalo salah pilih merana lah badan sampi ke tua, Sungguh menakutkan.


Setiap azam yang dibina pasti berkait rapat dengan perancangan masa depan yang telah dirangka. Dan yang pastinya, semua mengharapkan tahun baru merupakan tahun yang lebih baik dan gembira berbanding tahun-tahun sebelumnya. Dan aku.. aku semakin takut untuk memikirkan masa depan yang belum jelas dan nyata, masih samar-samar untuk aku rancangkan.


Entahlah, sejujurnya aku tak nak jadi  dewasa. Kalau boleh nak stay je macam ini. Tension arhh bila mak aku duk sibuk-sibuk cakap aku ini umur makin tua, tapi perangai tak matang-matang lagi, sama je ngan budak-budak. EEe.. malas tau bila fikir pasal matang! Kalau boleh aku nak letak seluruh hidup aku kat mak aku, biar dia yang tentukan, aku follow je. Aku serik untuk memilih, apatah lagi jika pilihan yang aku buat itu salah, dan memberi kesan yang mendalam dalam hidup aku, sampai sekarang..


Mak : Ada tak yang special sekarang ni??
Aku : Ala.. mak ni balik-balik tanya camni boringlah...
Mak : Lahh.. tanya pun tak boleh ke..
Aku : Bukan tak bolehla mak, cuma tak sukalah.. 
Mak : Ala, along tu yang selalu jual mahal kan..
Aku : Kalau camtu, mak jelah carikan untuk along ya. 
Mak : Laaa takkanlah mak pulak yang kena cari nanti tak kena mak pulak disalahkan. Tak reti lah..
Aku : Along pun lagi tak reti. Menyusahkan je kalo pikir. Dahlah jangan tanya-tanya lagi k..


Jadi, senarai azam tahun ini untuk peringatan diri aku yang terutama..

1) Family ~ Nak jadi anak yang terbaik untuk parents aku, demi mak tersayang aku upgrade lagi skill jadi 'wanita dewasa' macam mak nak... and hargai masa yang ada untuk bersama sepuas-sepuasnya.

2) Study ~ Harap lebih baik dari tahun lepas, harap result aku okeyh, macam yang aku aim.

3) Friends ~ Tak nak ada masalah-masalah lagi. Malas nak pikir pasal hati orang, hati sendiri pulak tak pasal-pasal makin sakit. Ikut flow jela..

4) Life ~ Nak enjoy, nak jalan-jalan.. Kalau boleh tahun ini dapatlah merasa gi pulau redang ke, pulau perhentian ke, pulau kapas ke, dah masuk 2 tahun setengah kot dok ganu tapi tak pernah ke mana huhu.

5) Blog ~ Harap mud berblogging tak pasang surut pasang surut je.. Harap gak mudah2an idea sentiasa mencurah2 ke ladang gandum hoho.. Jangan banyak alasan, Janganla jadik pemalas yer ika!!!

6) Love ~ Postpone luk.. Kalau ada tak ke mana. Bukan apa, sama ada aku yang tak boleh percayakan orang tu, atau dia nanti yang tak boleh percayakan aku..


Selamat Tahun Baru Semua.. =)




katakan like jika best ya!

10 comments:

EpoLღKunang2 said...

Selamat Tahun Baru Ieqa..
Makin lama tak sedar dah nak makin tua. ahak.
Harap yang terbaik jugak oke. ^^

Dawia Honeyputri ✿ said...

selamat tahun baru 2011 =)

moga segala azam baru tercapai ye


^^

fitri said...

happy new year yo! perlu lah azam! utk kita setkan aim dan goals. long n short term segala. oh. aku dah merepek mcm kaunselor dah.. haha

d_tieah said...

Huhu..
Bgs2, semoga azam semua tu dpt dilaksanakan ek..

YuSeNzE - KniGhT said...

bnyak sgt tu.. kurangkn sikit ye.. hahha.. tapi xpe, cikgu kene azam lebih dari anak murid..

NICK IRFAN said...

smoga azam awk tercpai! sy tetap pakai azam thn 2008 x capai2 lagi..sob2...

fara said...

dlu pon fara rase mcmtu.
takot sgt nk hadapi alam dewasa.
lagi2 baru nk stat keje.
takot xmampu sara diri.
tp InsyaAllah U can do it!
Happy New Year! :)

Black_roses92 said...

haha..mmg xske jd dewasa tp kne terima hakikat makin lama makin berusia.. en?

anywy, hope tercapai la hajat tu ek.. ;D

Yuni Aisyah said...

hye dear...slmt thn bru n smg mencapai sgale yg dihajati...:)

ARC™ said...

geh2 mak aku xbagi pon ade makwe tp nak buat camne kan...aku nak gak rase disayangi wakkakaka