Tabung Masa Depan

Thursday, March 7, 2013

Contoh Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 1




RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                    : 25 Ogos 2010
Masa                                     : 8.00-9.00 pagi
Tahun                                    : 1 Pintar
Mata pelajaran                       : Bahasa Melayu Tahun 1
Tema                                     : Pelancongan
Tajuk                                     : Makan Angin
Objektif                                  :Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
                                                  1.        Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.
              2.        Menyatakan empat pengajaran daripada teks yang telah disediakan.
              3.        Menyatakan lima maksud lambang yang diberikan berdasarkan teks           yang telah disediakan.

Fokus utama                      : 5.2        Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan dan intonasi                                                               yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca.
                                                   Aras 2  (i) baca teks informatif dengan sebutan dan intonasi yang betul.    
                                           
Fokus sampingan             : 7.1        Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat                                                       dan tersirat.
                                                   Aras 1 (i) Menyatakan maksud lambang dan symbol yang diberikan                                                                            bagi sesuatu gambar.
                                                  Aras  3 (ii)Menghuraikan pengajaran yang terdapat dalam teks yang                                                                           dibaca.

Sistem bahasa                   : Tatabahasa        -             kata nama khas dan kata adjektif
                                           Kosa kata           -             komuter, tiket, awam, kaunter, bagasi, dll.

Ilmu                                       : Kajian Tempatan dan Muzik
Nilai                                       : Berbudi bahasa dan semangat bermasyarakat.
KBT                                        : KB- mencirikan, menyenaraikan, membanding beza, belajar cara belajar                                               dan konstruktivisme

BBM                   : Klip Video ‘Cuti-cuti Malaysia’, Petikan bertajuk ‘Makan Angin                                                        bersama Keluarga Saya.’, Kad bergambar,  kertas mahjong, kata imbasan  dan lagu.

Masa / Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P& P
Catatan

Set Induksi
(5 minit)

Mengenal pasti tempat-tempat perlancongan di Malaysia dalam klip video  ‘Cuti-cuti Malaysia’.

1.Guru menayangkan klip video bertajuk ‘Cuti-cuti Malaysia’
2.Guru meminta murid mendengar lagu sambil mengenal pasti nama tempat perlancongan yang terdapat dalam klip video tersebut.
3. Murid mendengar dan mengenal pasti nama-nama tempat perlancongan yang terdapat dalam klip video .



 BBM
- Klip video ‘ Cuti-cuti Malaysia ‘

KBT
Kontekstual
Kecerdasan pelbagai
Kemahiran berfikir



Langkah 1
(10 minit)

Guru bersoal jawab mengenai pengalaman murid melancong dalam negara

1.Guru meminta 5 orang murid menyatakan tempat-tempat perlancongan yang telah mereka dengari daripada klip video tadi.
3.Murid berkongsi pengalaman mereka ‘makan angin’ bersama guru dan rakan-rakan.




KBT
Konstruktivisme

Teori Behaviourisme

Sistem bahasa
Kata nama khas

Langkah 2
(15 minit)

Membaca petikan ‘Makan Angin bersama Keluarga Saya’

1.Guru membahagikan murid kepada lima kumpulan dan setiap kumpulan diberikan nama bersempena dengan tempat perlancongan yang telah dinyatakan.
2.Guru mengedarkan petikan bertajuk ‘ Makan           Angin Bersama Keluarga Saya’ kepada murid-murid.
3.Guru membaca petikan tersebut secara kuat, terang dan jelas dengan intonasi yang betul
4.Murid mengajuk bacaan guru secara kuat, terang   dan jelas dengan menggunakan intonasi yang betul.
5. Guru meminta 5 orang murid untuk membaca petikan dan diikuti oleh rakan-rakan lain.
6. Semua murid membaca ayat secara kuat, terang dan jelas dengan intonasi yang betul dan diikuti dengan rakan-rakan yang lain.

BBM
Lembaran kerja
Kad imbasan
Papan Hitam

Nilai
Patriotisme, kasih sayang, mencintai alam sekitar.

KBT
Konstruktivisme
Kontekstual
KB- Menjana  Idea

Teori Behaviourisme

Kata tanya

Kepimpinan

Kaedah koperatif

Nilai
Semangat bermasyarakat
Langkah 3
(15 minit)
Nilai dan pengajaran dalam petikan ‘Makan Angin bersama Keluarga Saya’
1. Guru bertanyakan apa yang difahami oleh murid mengenai petikan yang telah dibaca.
2. Murid menyatakan dengan lisan tentang apa yang mereka baca.
3. Guru meminta murid menyatakan nilai-nilai yang terdapat dalam petikan.
4. Murid menyatakan nilai-nilai yang mereka peroleh dan berkongsi dengan rakan kesan jika tidak bersikap sedemikian.

Langkah 4
(10 minit)

Membezakan ciri-ciri orang yang berbudi bahasa dan ciri-ciri orang yang tidak berbudi bahasa

1.Guru mengedarkan kepada setiap kumpulan sebanyak 5 keping kad bergambar yang menunjukkan 5 situasi berbeza.
2. Guru meminta murid mengenal pasti gambar sama ada gambar tersebut menunjukkan nilai yang baik atau buruk.
3. Murid akan  menandakan ‘betul’ sekiranya gambar tersebut menunjukkan nilai yang baik, dan ‘pangkah’ sekiranya menunjukkan nilai yang tidak baik.



Penutup
(5 minit)

-Rumusan isi
-Murid-murid diminta menyanyikan lagu ‘Cuti-cuti Malaysia’

1.Guru merumuskan P&P dengan sesi
   soal jawab bersama murid.
2.Guru memasang semula klip video ‘Cuti-cuti Malaysia’
3.Murid dan guru menyanyikan lagu
    tersebut bersama-sama.
Nilai
Patriotisme

BBM
Lagu “ Terengganu Kita”

Refleksi :






katakan like jika best ya!

No comments: