Baca laporan di bawah ini
dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Laporan Kegiatan Kelab Keselamatan Jalan Raya
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam, Sesi 2004
Kelab
Keselamatan Jalan Raya Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Poi Lam telah membentuk
ahli jawatankuasanya yang baru pada bulan Januari 2004. Cikgu Razali dan Cikgu
Chan menjadi guru penasihat kelab ini. Sejumlah 75 orang murid yang telah
menyertai kelab ini. Sepanjang sesi persekolahan 2004, kelab telah merancang
beberapa aktiviti untuk dilaksanakan.
Pada
16 Mac 2004, kelab ini telah menganjurkan Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat
Sekolah. Tujuan kuiz ini diadakan adalah untuk melihat sejauh mana murid-murid
memperoleh maklumat tentang keselamatan di jalan raya. Sambutan daripada
murid-murid yang bukan ahli kelab juga amat menggalakkan.
Pada
2 Mei 2004, kelab telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ) Petaling Jaya, Selangor. 30 orang ahli dan dua orang
guru penasihat turut menyertai lawatan tersebut. Di sana kami mendengar ceramah
tentang undang-undang jalan raya yang disampaikan oleh pengawai JPJ. Selepas
itu, kami dibawa melawat ke tapak Ujian Pemanduan untuk menyaksikan proses
ujian memandu dijalankan.
Pada
awal bulan Jun 2004, kempen berbasikal secara berhemah pula
diadakan selama dua minggu. Kempen ini bertujuan melatih murid-murid agar
berhati-hati semasa berbasikal sewaktu berulang-alik ke sekolah. Sepanjang
kempen berlangsung, murid-murid diberi ceramah serta diajar teknik menjaga
keselamatan semasa berbasikal di jalan raya.
Semua
aktiviti yang dijalankan telah mencapai matlamatnya. Semoga hasrat ahli-ahli
kelab untuk mempelbagaikan aktiviti pada tahun hadapan akan tercapai.
Laporan disediakan oleh,
Chin
Kim Len 12
JULAI 2004
(CHIN
KIM LEN)
Setiausaha,
Kelab
Keselamatan Jalan Raya.
1. Berapa
orangkah yang menyertai lawatan ke Jabatan Pengangkutan Jalan? (pengetahuan)
A 30 orang
B 32 orang
C 32 orang
D 36 orang
2. Kata berhemah dalam
laporan bermaksud (aras kefahaman)
A lemah lembut
B berbudi pekerti
C berdikit-dikit
D beransur-ansur
Aktiviti yang manakah antara berikut telah memberi pengetahuan kepada Alia tentang ciri-ciri keselamatan seperti di atas. (aras aplikasi)
A
Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
B
Ceramah Menjaga Keselamatan di Jalan Raya
C
Kempen Berbasikal secara Berhemah.
D
Lawatan sambil Belajar ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
4. Pilih pernyataan yang tidak benar. (aras analisis)
A Ahli kelab berjumlah 77 orang.
B Aktiviti yang diadakan di kawasan sekolah
ialah Kuiz Keselamatan Jalan Raya.
C Cikgu Razali dan Cikgu Chan ialah guru penasihat
kelab.
D
Aktiviti terakhir kelab pada
tahun 2004 ialah kempen berbasikal.
5. Urutan rangka aktiviti yang betul ialah (aras sintesis)
A Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat
Sekolah→ kempen berbasikal
→ Lawatan ke JPJ
B Lawatan ke JPJ → kempen berbasikal → Kuiz
Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
C Mesyuarat kelab → Kuiz Keselamatan Jalan Raya
Peringkat Sekolah → kempen berbasikal
D Kuiz Keselamatan Jalan Raya Peringkat Sekolah
→ Lawatan ke JPJ → kempen berbasikal
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment