Tabung Masa Depan

Wednesday, May 29, 2013

Nota BMM 3103 : Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)



Jadual spesifikasi ujian merupakan satu ‘Test blue-print’ ujian yang perlu dibina terlebih dahulu sebelum sesuatu ujian dapat dibina dengan sempurnanya. JSU juga dibina hanya setelah pembina dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian yang hendak dibina. Pembinaan JSU membantu pembina ujian mendapat skor atau markah yang benar dan sah dari segi keputusan yang akan dibuat terhadap kandungan ujian berkenaan. Berikut adalah prosedur yang perlu dilakukan dalam proses membina ujian yang sah dan boleh dipercayai adalah perancang ujian, meminda soalan, memilih dan menyelaras soala, pra uji soalan dan memasang kertas soalan.

Jadual spesifikasi Ujian digunakan bertujuan mempertingkatkan kualiti ujian dengan membolehkan ujian yang dibina mencapai kesahan kandungan yang sebenarnya.  Ia berperanan sebagai dokumen yang menyimpan buah fikiran dan keputusan yang dibuat oleh pembina ujian tentang perkara-perkara seperti isi kandungan yang akan diuji kepada para pelajar dan juga kemahiran yang harus dipelajari oleh mereka. Selain itu, ia turut menguji isi kandungan dan kemahiran. Bagi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU), format item dan ujian digunakan dimana bilangan soalan bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan.






Berikut adalah prinsip-prinsip JSU.


1. Kandungan Ujian Tentang Topik-Topik Pelajaran
Prinsip JSU yang pertama adalah mengandungi kandungan tentang  topik-topik pelajaran. Kandungan tajuk dinilai dan analisis adalah merujuk kepada kandungan buku teks dan sukatan pelajaran yang telah dirangka. Ini bermakna pembinaan soalan yang dibuat adalah mata pelajaran yang dipelajari oleh murid-murid. Skop kedalaman sesuatu topik diajar dan pendekatan yang telah diambil dalam pengajaran sesuatu tajuk juga diambil kira.


2.  Aras Kemahiran Mengikut Taksonomi Objektif Pendidikan
Aras kemahiran ujian mestilah bergantung kepada aras Taksonomi Bloom dan juga objektif pendidikan semasa. Aras kemahiran mengikut Taksonomi Bloom adalah aras pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Sebelum menentukan aras kemahiran yang akan dinilai, guru perlu menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran dianalisis untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji dan pada tahap kesukaran mana ia perlu diuji.


3.  Pemberatan Peratusan Aras Kemahiran.
Peratusan pemberatan pada kandungan dinilai pada kandungan aras kemahiran berdasarkan kepada tempoh masa mengajar dan juga kepentingan untuk mengajar sesuatu kemahiran tersebut.


4.  Bentuk Ujian
Antara bentuk ujian adalah obejktif, esei, amali, kertas kursus dan lain-lain. Kepelbagaian jenis soalan yang dibuat bertujuan untutk mendedahkan murid menjawab ujian yang diberi menggunakan teknik yang berbeza.


5.  Bilangan Item
Bilangan item juga harus diambil kira iaitu item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

Cara pengiraan bilangan item =     Jangka masa       x jumlah soalan
       Jumlah keseluruhan masa



6. Kepayahan dan kesukaran item

Kepayahan dan kesukaran item yang berada dalam lingkungan sebanyak 20 peratus hingga 80 peratus.





katakan like jika best ya!

No comments: