Tabung Masa Depan

Wednesday, May 29, 2013

Nota BMM 3103- Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian



Pengujian merupakan suatu sistem untuk mengukur perubahan tingkah laku individu di mana menggunakan soalan yang boleh dipercayai sebagai bahan ukur. Tujuan pengujian ialah untuk mengesahkan kemajuan, pencapaian, penguasaan murid terhadap sesuatu bidang pelajaran. Pengujian juga merupakan penilaian atau pencapaian pada tahap eksplisit iaitu perubahan tingkah laku yang myata di mana menjawab secara lisan atau bertulis.  Peringkat pengujian ialah persediaan, pelaksanaan dan pemeriksaan.





Pengukuran membawa maksud yang lebih luas berbanding pengujian.Pengukuran membawa definisi sebagai “suatu proses untuk mendapatkan   penjelasan secara numerik (melalui angka) tentang sebanyak mana individu/pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu”. Dalam erti kata lain pengukuran ialah proses menentukan sejauh mana seseorang individu  memiliki ciri-ciri tertentu. Biasanya, kita mewakilkan sesuatu pengukuran berbentuk angka kepada prestasi seseorang individu untuk menggambarkan keupayaan individu tersebut.


Skala Pengukuran
Sifat
Jenis Data
Ujian yang Sesuai
Nisbah
Mempunyai ukuran sela yang sama dan mempunyai nilai mutlak kosong serta ada kaitan dengan nisbah.
Parametrik
Ujian-t, analisis, varians, korelasi Pearson
Sela
Mempunyai ukuran sela yang sama dan mempunyai pangkat
Parametrik
Ujian-t, analisis, varians, korelasi Pearson
Ordinal
Mempunyai pangkat
Bukan parametrik
Spearman rho Mann-Whitney Wilcoxon
Nominal
Hanya pengelasan dan kiraan.
Bukan parametrik
Khi-kuasa dua dan sebagainya



Seterusnya ialah penilaian ialah proses pengumpulan maklumat dan membuat analisis selepas peperiksaan dan pentaksiran untuk mendapatkan tindakan selanjutnya. Kepentingan penilaian ialah untuk mengetahui keupayaan sedia ada murid dalam perkara yang hendak diajar. Daripada ujian tersebut guru dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Di mana hasil ujian tersebut dapat memberi gambaran kepada guru tentang keupayaan murid dan menolong guru mengetahui sejauh mana mereka dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.


Selain itu, penilaian juga membawa maksud objektif pengajaran perlu dikenal pasti terlebih dahulu sebelum penentuan pencapaian objektif tersebut dibuat berasaskan pertimbangan terhadap bukti empirikal.  Bukti empirikal biasanya diperolehi secara pengukuran terhadap penguasaan pelajar dengan menggunakan alat ukur yang dinamakan ujian. Tanpa bukti empirikal, pertimbangan terhadap pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran mungkin dibuat berasaskan pendapat iaitu pertimbangan nilai bersifat subjektif, pincang dan rapuh.

Proses penilaian pada umumnya ialah:

a) Menentukan jenis data yang harus dikumpulkan
b) Menentukan jenis responden/subjek
c) Pengumpulan data
d) Analisis data



Berikut adalah banding beza bagi pengujian, pengukuran dan penilaian.




PENGUKURAN

PENGUJIAN

PENILAIAN

Proses menghasilkan kuantitatif
Dimensi objek fizikal ditentukan

Prosedur sistematik mengukur perubahan bahagian tingkah laku terhadap pembelajaran

Proses guru menentukan perubahan tingkah laku dan membuat penilaian.

Tindakan/keputusan proses ukuran
Prosedur menentukan bilangan objek atau kejadian

Bagaimana sesuatu berfungsi.
Ukur tahap ilmu/kemahiran

Beri maklumat pencapaian hasil pembelajaran, metodologi pengajaran dan keberkesanan kurikulum.

Membuat klasifikasi untuk pencapaian akademik.

Tunjuk tahap pencapaian dalam kemahiran atau penguasaan.

Intepretasi penilaian berdasarkan data kuantitatif

Dilakukan selepas satu tahap pembelajaran

Dilakukan selepas beberapa siri pengajaran.

Dilakukan sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran.

Proses tentukan kedudukan murid melalui 
data kuatitatif.

Dijalankan dengan kaedah pemerhatian atau kertas ujian.

Dijalankan berdasarkan pembelajaran spesifik, atau keseluruhan kurikulum.


katakan like jika best ya!

1 comment:

Anonymous said...

tqVM