Tabung Masa Depan

Wednesday, May 29, 2013

Nota BMM 3103 - Domain Kognitif Taksonomi Bloom



Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hirarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Taksonomi ini diperkenalkan pada tahun 1956 oleh Benjamin S. Bloom untuk tujuan pendidikan.





1. Aras Pengetahuan

Pengetahuan merupakan aras yang paling rendah dalam domain kognitif. Aras ini melibatkan murid untuk mengingat kembali pengetahuan antaranya seperti pengetahuan khusus. Pengetahuan ini  berkait dengan simbol-simbol khusus iaitu perkataan dan bukan perkataan.

Jenis-jenis pengetahuan antaranya ialah pengetahuan tentang pengkelasan dan pembahagian. Pengetahuan berkenaan ada kaitannya dengan kelas. Set, pembahagian dan penyusunan yang dianggap penting di dalam sesuatu bidang kajian, tujuan, hujah atau masalah.

Jenis pengetahuan yang kedua ialah pengetahuan tentang criteria. Pengetahuan ini berkaitan dengan cara bagaimana fakta, prinsip dan perlakuan diuji atau dinilai. Seterusnya ialah pengetahuan tentang konvensyen. Pengetahuan ini berkaitan dengan cara-cara lazim mengendalikan dan mengemukan idea dan fenomena.

Jenis pengetahuan yang terakhir ialah pengetahuan tentang kaedah. Pengetahuan berkenaan berkait dengan kaedah penyelidikan, teknik dan aturcara yang digunakan dalam sesuatu bidang kajian dan juga digunakan dalam merisik sesuatu masalah dan fenomena.


2. Aras Kefahaman

Kefahaman ialah kebolehan untuk mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain. Kefahaman dibahagikan kepada tiga kemahiran kognitif iaitu penterjemahan, interpretasi dan ekstrapolasi.

Peringkat penterjemahan
Kebolehan untuk menyatakan sesuatu konsep yang diketahui dengan menggunakan perkataan atau simbol. Contohnya seperti membaca al-quran dan membaca skor muzik.  Kefahaman sedemikian bermaksud kefahaman daripada ketelitian dan ketepatan sesuatu perhubungan itu dirumuskan atau diubah perantaraan perhubungan itu ke dalam perantaraan yang lain.

Peringkat interpretasi (  pentafsiran)
Kebolehan menghubung kaitkan bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi dan menyatakan dalam bentuk lain (verbal atau grafik)  dengan mengekalkan makna set komunikasi itu. Malah berfungsi menerangkan atau meringkaskan sesuatu perhubungan. Contohnya graf, carta, peta, jadual, kartun ke bentuk verbal dan sebaliknya.

Peringkat ekstrapolasi
Kemahiran yang melibatkan interpretasi tetapi ianya melampaui maklumat yang terdapat dalam set komunikasi  berkenaan. Kemahiran ini menghasilkan ramalan, inferens atau anggaran berdasarkan pemerhatian, pengalaman, coral, trenda atau suatu urutan berkala. Kefahaman begini melanjutkan aliran perkembangan atau kecenderungan lebih daripada data yang diberi untuk menentukan implikasinya, akibatnya kesannya dan sebagainya bersesuaian dengan keadaan yang dihuraikan di dalam perhubungan sosial asal itu.


3. Aplikasi

Aplikasi ialah kebolehan menggunakan maklumat dalam situasi yang baru. Penggunaan idea-idea ini mungkin di dalam situasi semasa atau situasi tertentu. Kebolehan ini merupakan kemampuan menggunakan petua-petua, kaedah-kaedah, konsep-konsep, prinsip-prinsip dalam situasi yang baru dan berlainan daripada yang telah dipelajari. Peringkat ini sangat memerlukan kefahaman yang lebih tinggi dan mendalam.
Objektif umum yang digunakan dalam aplikasi ialah menyelesaikan masalah matematik, membina  carta dan graf serta menjalankan tunjuk ajar kaedah dan prosedur yang betul.  Aplikasi juga turut menggunakan hokum dan teori dalam kehidupan seharian.


4. Analisis

Analisis ialah kebolehan memisahkan suatu set komunikasi kepada elemen atau bahagian-bahagiannya sehingga suatu bentuk pertalian antara elemen-elemen atau bahagian-bahgian yang membina set komunikasi itu dapat dilihat dengan jelas. Dengan kata lain, analisa mencerakin sesuatu perhubungan kepada elemen-elemennya atau bahagian-bahagiannya sehingga susunan idea-idea di dalamnya menjadi jelas dan nyata.

Bloom bersama rakan-rakannya membahagikan kemahiran menganalisis kepada tiga peringkat, iaitu analisis elemen, analisis perkaitan dan analisis organisasi elemen ialah :

i) Analisa Elemen
Analisis elemen ialah kemahiran mengenalpasti perkara pokok yang terdapat dalam suatu set komunikasi, seperti anggapan, pandangan sifat, fungsi, nilai dan sebagainya. Analisa ini adalah mengenai elemen-elemen yang dimasukkan di dalam sesuatu perhubungan.

ii) Analisa Perkaitan
Analisa perkaitan  ialah kemahiran memperlihatkan saling kaitan antara elemen atau bahagian-bahagian dalam suatu set komunikasi seperti perkaitan hipotesis dengan pemerhatian, anggapan dengan hujah, sebab dengan akibat dan sebagainya. 

iii) Analisa Organisasi
Analisa organisasi ialah kemahiran mengenalpasti susunan yang sistematik, perkaitan mengikut urutan, struktur dan sebagainya yang mengorganisasikan suatu set komunikasi. Analisa cara ini menekankan organisasi, susunan bersistem dan struktur yang menyatukan perhubungan itu. Ini meliputi asas, susunan yang perlu dan ciri-ciri yang mewujudkan perhubungan itu sebagai satu unit.


5. Sintesis

Sintesis ialah kemahiran yang menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set komunikasi. Ianya melibatkan proses menyusun dan menggabungkan sesuatu untuk membentuk suatu struktur persembahan atau corak yang tidak jelas sebelumnya. Berbanding dengan aras kebolehan kognitif sebelumnya, kemahiran mengsintesis lebih bersifat pemikiran mencapah dan kreatif di mana jawapan atau persembahan pelajar agak bebas dan unik. 

Kebolehan ini diperlihatkan dalam karya-karya baru, rancangan- rancangan penyelidikan dan skim mengatur mengatur maklumat. Kebolehan pada peringkat sintesis ini memerlukan tingkah laku yang kreatif untuk membentuk satu corak atau struktur daripada unsur-unsur yang lama.

i) Jenis jenis sintesis

a. Penghasilan suatu perhubungan yang unggul
Perhubungan yang unggul bermaksud menghasilkan suatu perhubungan di mana seseorang itu cuba  menyampaikan idea, perasaan atau pengalamannya kepada seseorang.

b. Penghasilan satu pelan atau mencadangkan satu set tindakan
Sintesis ini bermaksud menghasilkan satu pelan kerja atau mencadangkan satu pelan tindakan.

c. Penghasilan satu set hubungan mujarad
Ini bermaksud menghasilkan satu set hubungan mujarad sama ada untuk mengkelas atau menerangkan sesuatu data atau fenomena atau menghasilkan satu set cadangan daripada cadangan asas atau daripada simbol-simbol.


6. Penilaian

Penilaian ialah kemahiran intelek yang paling tinggi dalam Taksonomi Bloom. Penilaian ialah kebolehan membuat pertimbangan dengan menggunakan kaedah dan kaedah yang piawai untuk menentukan kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan tentang sesuatu nilai, makna, pendapat, penyelesaian, prosedur, produk dan sebagainya. Bloom dan rakan-rakannya membahagikan kebolehan untuk membuat penialaian kepada 2 peringkat iaitu penilaian berdasarkan eviden dalaman dan penilaian berdasarkan eviden.




katakan like jika best ya!

6 comments:

nur said...

TQ For the sharing...sgt membantu :)
semoga dpt buat perkongsian lagi pd masa akan datang.

Anonymous said...

tq very much for the information~

Anonymous said...

TQ FOR SHARING

skiboi balingsik said...

Great notes.thanks 4 sharing.

skiboi balingsik said...

thank u 4 sharing.

skiboi balingsik said...

thank u 4 sharing