Tabung Masa Depan

Thursday, May 30, 2013

Nota BMM 3114 : Ulangkaji dan Latihan Soalan Kebudayaan Melayu (spot)



1) Budaya terdiri daripada budaya material dan budaya bukan material.

Berikan satu ciri dan contoh bagi :
i) budaya material  :
budaya kebendaan: binaan(masjid), pakaian(baju kebaya),perbomohan(tancak)
ii) budaya bukan material :
budaya bukan kebendaan, x maujud: teater tradisional(wayang kulit), nyanyian tradisional (pantun,syair), lisan (penglipurlara)




2) Secara ringkas, jelaskan konsep akomodasi dan asimilasi dalam budaya.
Akomodasi- Etnik atau kaum yang menerima dan menghormati cara hidup atau budaya kaum lain tetapi mengamalkan budaya masing-masing (A+B+C=A+B+C) (masyarakat majmuk di Malaysia)
Asimilasi- Satu proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kumpulan dengan kebudayaan dan identiti yang sama.(A+B=AB)(baba nyonya)
Akulturasi-  Proses penyerapan budaya lain dalam kelompok etnik yang berbeza sehingga diterima dalam kebudayaan asal.(A+B=C) (budaya memberi angpau)

3) Kehidupan berkeluarga dalam masyarakat tradisional.
i) Terangkan maksud ipar dalam keluarga Melayu
Saudara atau adik-beradik suami atau isteri.

ii) Jelaskan 2 peranan anak lelaki dalam keluarga.
  1. Sebagai ketua keluarga menggantikan bapa yang telah meninggal dunia.
  2. Menjadi wali bagi saudara perempuan menggantikan bapa.

4) Bincangkan peranan bagi setiap golongan di bawah :
i) golongan raja- sebagai ketua dalam pemerintahan dan pentadbiran.
ii) golonganpembesar- sebagai orang penting dalam pemerintahan dan pentadbiran bagi menjalankan titah raja.
iii) Golongan rakyat jelata- menerima perintah dan menjalankan apa yang diperintah daripada pembesar.

5) Rumuskan 4 peringkat asas adat perkahwinan Melayu.
i. Merisik
ii. Bertunang
iii. Bernikah
iv. Bersanding

6) Berikan penilaian sejauh manakah unsur tradisional terdapat dalam bidang di bawah :
i. perubatan- bomoh dan pawang
ii. pakaian- baju kurung dan baju melayu
iii. permainan- wau, layang-layang dan gasing

7) Nyatakan satu nilai utama yang diamalkan dalam masyarakat Melayu beserta contoh dalam bentuk puisi tradisional.
Nilai- kebenaran
Puisi tradisional :pantun- berani kerana benar,
Takut kerana salah.



katakan like jika best ya!