Tabung Masa Depan

Wednesday, May 29, 2013

Nota BMM3104: Teknik Pengajaran Bahasa



Teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. ( Mangantar Simanjuntak 1981: 57). Menurut buku Pedagogi Bahasa Melayu, Prinsip Kaedah dan Teknik nukilan Abd. Aziz Abd Talib, teknik ialah cara yang khusus atau spesifik yang digunakan untuk mengajar sesuatu kemahiran atau aspek bahasa.
Teknik pengajaran bahasa mempunyai beberapa objektif iaitu menyampai bahan pengajaran dengan menarik minat dan mengekalkan perhatian terhadap pengajaran. Selain itu, mencapai objektif pegajaran dengan berkesan.

Teknik mengajar yang dimaksudkan sebagai alat atau cara yang digunakan untuk mengajar sesuatu pelajaran itu. Berikut adalah beberapa teknik-teknik mengajar iaitu teknik bercerita ,teknik bersyarah, teknik berbincang, teknik menghafaz dan latih tubi,teknik penyelesaian masalah,teknik brainstorming,teknik tunjuk ajar,teknik main peranan,teknik bersoal jawab,teknik imlak,teknik kloz, teknik drama,teknik perbualan dan teknik kuiz.Teknik merupakan cara yang paling berkesan untuk mencapai objektif dan dirangka untuk satu jangka masa yang panjang. Teknik harus selaras dengan kaedah yang digunakan. Berikut adalah beberapa huraian teknik pengajaran bahasa.


1. Teknik bercerita

Teknik bercerita adalah salah satu cara untuk merangsang proses pemgajaran dan pembelajaran. Teknik ini mudah menarik minat murid-murid. Murid-murid di sekolah amat gemar mendengar cerita. Walaupun masih kecil, apa yang diceritakan dapat segera difahami sekali gus memahami maksud cerita tersebut. Guru haruslah menggunakan teknik ini sebagai alat untuk menyalurkan isi-isi pelajaran, sedangkan aspek-aspek bahasa yang hendakyang hendak disampaikan itu lebih penting dan seharusnya menjadi tumpuan utama.



2. Teknik Bersyarah

Dikenali juga sebagai teknik kuliah yang melibatkan pengajaran fakta-fakta atau prinsip-prinsip oleh guru secara lisan. Namun teknik ini mendapat tentangan kerana dikatakan menyebabkan murid menjadi pasif dan tidak mengambil bahagian dengan cergas. Interaksi satu hala biasanya berlaku dan tidak dapat melibatkan murid dalam aktiviti. Guru hendaklah menerangkan, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea dan konsep-konsep yang tercetak di dalam teks itu.
Antara kelebihan teknik ini adalah guru dapat menjimatkan masa, kerana segala idea dan pengalaman guru boleh dikemukakan sekaligus. Namun sekiranya guru tersbut kurang mahir dalam menyampaikan pengajaran melalui teknik ini, hal ini akan menambahkan kesusahan dan merumitkan murid. Guru haruslah memastikan murid memahami isi pengajaran dari segi konsep, perkara asas dan isi utama yang telah dikuliahkan. Guru juga haruslah menyediakan dan memberikan kepada murid rangka kuliah sebaga panduan kepada mereka.


3. Teknik Berbincang

Perbincangan adalah satu lagi teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan komunikasi yang dilakukan oleh murid dan diseliakan oleh guru. Murid mestilah berperanan aktifdalam menyatakan pandangan akan sesuatu topik atau perkara yang telah diberi. Melalui teknik ni murid berpeluang untuk memperkembangkan pertumbuhan diri dan sosial mereka dengan baik.Penglibatan murid yang menggalakkan akan memberikan mereka keyakinan untuk lebih cergas, berani dan tegas.


4. Teknik tunjuk cara

Teknik ini disebut teknik demonstrasi. Ia melibatkan cara pengajaran yang mendedahkan  murid kepada langkah-langkah,prosedur atau peraturan-peraturan bagi menghasilkan sesuatu. Dalam pengajaran bahasa, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran yang memerlukan murid bertutur dengan menggunakan ayat yang betul dan sempurna. Dalam aktiviti lisan,guru boleh meminta murid-murid menunjukkan cara menjahit baju, membuat kuih , menunggang basikal dan sebagainya.


5. Teknik soal jawab

Teknik adalah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan-soalan dan murid-murid memberi tindak balas sewajarnya. Teknik ini biasanya dilakukan untuk menguji kefahaman murid terhadap apa yang diajar.


6.Teknik Penyelesaian Masalah

Teknik ini ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Dewey (1993:105) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini iaitu, kenal pasti masalah, penentuan masalah, cadangan penyelesaian , penelitian penyelesaian atau jawapaandan pemeriksaan kumpulan.





katakan like jika best ya!

No comments: