Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sementara menunggu posting ini, aku tak tahu nak buat apa dah kat rumah ni. Nak kerja? kerja ada je yang ada di sini. Susah nak cari kerja yang aku selesa nak buat kat tempat aku ini. Bila teringat balik betapa lamanya aku meninggalkan dunia blogku, aku rasa better aku menyambung semula legasi penulisan blog aku ini daripada terus diam menyepi.
Sebelum ini, aku pernah mencoretkan pengalamanku berparktikum di dua buah sekolah semasa semester lima dan enam (link). Untuk praktikum semester tujuh di sekolah ketiga ini pula, masih tertangguh lagi. Selak-selak post aku dalam blog ini, ternampak baru satu post tentang praktikum aku di Sekolah Kebangsaan Tengku Bariah, Kuala Terengganu (link). Mak aihh lamanya post tu, Julai 2013. Dan hari ini, 8 Januari 2014 baru terkedek-kedek nak menulis semula. Haha.. Harap-harap ingatan aku masih kuat lagi nak menulis.
Di sekolah ini, aku ditugaskan untuk mengajar Bahasa Melayu di kelas 4 Nilam. Kalau ikut ranking, kelas ini merupakan kelas ketiga daripada tiga-tiga kelas Tahun Empat. Wahh kira cabaran bagi aku untuk mengajar kelas yang paling lemah. Maksudnya, aku kena rendahkan aras P&P aku, memudahkan lagi latihan dan tugasan untuk murid, dan memperbanyakkan lagi aktiviti belajar sambil bermain untuk murid-murid supaya dapat menarik minat mereka untuk belajar. Perkara sebegini adalah biasa apabila kita mengajar murid yang lemah.
Pertama kali aku menjejakkan kaki ke kelas 4 Nilam, dengan air muka yang tegas, tanpa senyum dan tenang, aku melangkah ke pintu depan depan kelas, berhenti dan berdiri, sambil memerhatikan satu-persatu wajah-wajah mereka yang akan kuajar nanti . Ada sebahagian murid yang tersenyum suka sambil terjerit-jerit, "Cikgu baru! Cikgu baru!". Ada juga yang tidak peduli, hanya terus berbual dan berlari-lari. Aku, sabar dan hanya berdiri tegak di muka pintu sehingga ketua kelas menyuruh rakan-rakannya berdiri di sisi meja masing-masing.
"Assalamualaikum, cikgu!". Mereka terus duduk.
"Siapa suruh awk duduk?". Keras intonasi suaraku.
Suasana kelas menjadi tegang seketika, kelam kabut murid-murid yang duduk tadi berdiri semula. Ya, memang aku agak tegas, boleh dikatakan garang juga ketika itu. Bukan aku sengaja mahu marah, tapi aku mahukan murid-murid aku belajar menghormati guru dan mendengar arahan. Seperti biasa, hari pertama aku akan tegaskan kepada murid-murid aku, selesai memberi salam, tanpa terus duduk, mereka perlu terus membaca doa, kemudian memastikan tempat duduk mereka bersih daripada sampah terutama di bawah meja. Atas meja masing-masing sudah tersedia hanya buku mata pelajaran bahasa Melayu. Selagi aku tidak berpuas hati, tiada seorang murid pun yang akan duduk, dan kelas tak akan bermula.
Bagi aku, untuk memulakan sebuah pengajaran di kelas, bukan guru sahaja yang perlu bersedia, malah guru juga perlu memastikan murid-muridnya bersedia untuk belajar. Dan aku selesa memulakan pengajaranku dengan cara begini. Sekurang-kurangnya, murid-murid aku akan tahu bahawa aku bukan guru yang boleh mereka buat main-main, dan mereka ingat rutin sebelum memulakan kelas Cikgu Atiqah. Inilah satu kemestian yang akan aku lakukan setiap kali masuk ke kelas sebelum mengajar.
Nak baca lagi Alkisah Praktikum Cikgu Atiqah? Jom klik sini! ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment