Tabung Masa Depan

Tuesday, January 7, 2014

Nota EDU3109: JENIS DAN SIMPTOM GANGGUAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID



Semua guru yang mengajar dalam kelas harus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan bersikap profesional. Guru juga mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih yang boleh melunturkan rasa kepercayaan dalam diri murid. Guru adalah “role model”  kepada murid. Keperibadian guru yang ceria, peramah, penyayang dan baik hati dapat menarik murid untuk mendekati guru. Murid juga akan selesa berada disamping guru. Guru yang mendapat kepercayaan murid akan menjadikan hubungan murid dan guru lebih rapat.

Hubungan yang rapat dapat membantu guru mendekati dan membantu murid terutama murid yang bermasalah. Gangguan emosi yang berlaku dalam kalangan murid  dapat perlu diatasi dengan kadar yang segera agar tidak berlarutan. Menurut Noriati A. Rashid (2010), terdapat empat punca yang menyebabkan individu mengalami masalah gangguan emosi iaitu seseorang mengalami emosi tertentu seperti deprasi, kecemasan dan kemarahan.

Masalah ini sentiasa dialami atau menjadi terlalu kuat sehingga tidak mampu ditangani. Selain itu, seseorang yang jarang mengalami gangguan emosi. Sekiranya berlaku, hanya pada peringkat lemah. Mereka berasa tidak mampu untuk menunjukkan kasih sayang, kepercayaan, sentiasa marah atau penolakan. Gangguan emosi yang sering berlaku dalam  kalangan murid dapat dibahagikan kepada tiga tahap iaitu gangguan emosi ringan, gangguan emosi sederhana dan gangguan emosi berat.

Antara tingkah laku yang menunjukkan murid mengalami masalah gangguan emosi ialah bersikap pasif, murum, menangis, pendiam, tidak berkeyakinan, tidak suka berhubung dengan orang lain dan tidak berani menyuarakan pendapat. Selain itu, murid yang menunjukkan tingkah laku agresif juga seperti menunjukkan perasaan marah yang tidak terkawal dan sering bergaduh juga perlu diberikan perhatian. Murid yang mempunyai masalah disiplin juga mungkin mengalami masalah gangguan emosi.




Guru perlu sentiasa peka dengan perkembangan murid. Perubahan tingkah laku yang ketara dalam kalangan murid perlu diberikan perhatian. Contohnya apabila murid yang selama ini aktif dan ceria, tiba-tiba menjadi muram serta pasif. Guru perlu menyelidik punca masalah tersebut dan membantu murid sebaik mungkin. Gangguan emosi sering berlaku dalam kalangan murid. Masalah tersebut mungkin berpunca daripada situasi persekitaran sekolah, masalah keluarga, cara pengajaran guru dan masalah rakan sebaya.

Persekitaran sekolah yang tidak kondusif juga boleh menjadi faktor penyumbang kepada gangguan emosi dalam kalangan murid. Kelas sempit yang kotor mewujudkan rasa tidak selesa dalam diri murid sehingga menyebabkan mereka tertekan dan tidak dapat memberikan tumpuan semasa sesi pengajaran. Murid akan mula menunjukkan tingkah laku bermasalah.

Selain itu, masalah keluarga seringkali menjadi punca gangguan emosi dalam kalangan murid. Kehadiran adik baru, penderaan, kurang kasih sayang, masalah kewangan dan kes penceraian akan menjejaskan kualiti yang ada pada diri murid. Permasalahan yang berlaku di rumah membuatkan mereka tertekan. Jika berterusan akan mendatangkan impak terhadap diri dan pelajaran murid.

Antara simpton murid mengalami masalah gangguan emosi ialah  tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab munasabah, selalu mengantuk atau tertidur di dalam kelas, sentiasa kelihatan letih, kerap sakit perut, mudah diserang penyakit, duduk dalam keadaan yang tidak selesa, pencapaian akademik yang semakin merosot, sering berasa cemas, takut dan benci,  konsep kendiri yang lemah, bertindak tidak wajar disebabkan tekanan perasaan dan suka bergaduh.  Jika murid mula menunjukkan simpton-simpton ini secara berterusan, maka guru perlulah bertindak dengan segera.





Rujuk nota-nota seterusnya di sini (link).





katakan like jika best ya!

2 comments:

Unknown said...

artikel yang menarik...tahniah

Unknown said...

PERKONGSIAN YANG BERMANFAAT....GUD!!!