Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Bersambung daripada entry sebelum ini ( link )... Selepas seharian kepenatan berjalan sakan di Padang Kota Lama, malam tu Ieqa dan family check in di Apple 1 Hotel betul-betul berdepan dengan Queensbay Mall. Ieqa ada review tentang hotel ini dalam entry lepas ( link ) so boleh lah nak selak-selak kalau rajin nanti hihi. Wanita dan mall, biasalah korang faham-faham je la ye, daripada penat terus bertenaga gitu. Berjalan sakan kat sini window-window shopping memangla letih teramat sebab BESOW giler kot tak habis satu malam nak jalan semua. Ok time ini Ieqa da surrender mata dah kuyu amat rasa da nak tak sabar nak peluk cium bantal n katil huuu..
Tengok kat mall pun sempat lagi nak ber-snap pic. Bukti tu da mai Queensbay Mall haha.. Malam tu memang tidur lena semua sebab kepenatan yang teramat. Nak kena charge energy balik ini esok pagi-pagi nak sambung jalan kat tempat lain pula hehe.
Keesokan harinya selepas batery full charged, Ieqa n family pun teruskan sesi jalan-jalan kitorang ke 'TEMPAT WAJIB' kalau berjalan di Penang ni, apa lagi mestilah Bukit Bendera aka Penang Hill. Haa nampak tak buktinya dah sampai da kita kat sini haha.
Memang ramai pelancong yang datang sini, tak kira dari luar negara even dalam negara pun ramai sangat-sangat, sampai kena beratur panjangla kitorang. Ok, peringatan kat korang-korang yang nak mai sini, make sure bila nak beli tiket, masing-masing bagilah I/C korang kat mak or ayah or orang yang nak beli tiket coz kalau tak ada I/C, tiket tu dikira macam tourist punya harga. Kalau tak, harga citizen punya murah je jauh dari harga non-citizen tu tau. Jadi ingat part tu okeh. Kitorang naik tren untuk sampai ke atas tu.
Mak aihh luas tau kat puncak ni kalau nak jalan kaki pusing semua memang tak larat la weyhh. So kitorang satu family naik buggy car jela. Cantik-cantik kawasan kat sini, ada juga rumah besar kat puncak ini. Memang sejuk dan nyaman je.
Nampak tak signboard tu tulis apa??? You've NEVER been to Penang UNLESS you've been to Penang Hill!!! Haaa mai penang mesti kena daki Penang Hill okies ngee.
Lepas turun Penang Hill, masing-masing pun dah kebuloq, tiba-tiba teringat lak pasemboq makan petang semalam, so cepat-cepat cari tempat makan.. Haa kau setimbun makan pasemboq tu jom makan jommm!! Semangat ayah n adik aku melantak tu kuikuikui..
Sangat happy at last tertunai jugak impian adik aku nak berjalan-jalan kat Pulau Pinang. Tiga hari dua malam ada kat sini rasanya macam tak cukup masa je sebab banyak lagi tempat-tempat yang kitorang tak sempat lawati. Tak pelah ada can lain kali kita mai lagi naa hee...
Balik tu, kitorang naik ferry.. Haa nak juga snap pic kat sini. Hihi, oklah Ieqa dah jalan-jalan Penang dah. Korang bila lak nak mai sini yer? heee...
Baca lagi travelog Ieqa di sini ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment