Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Kali ini Ieqa nak cerita apa yang best yang ada di Bukit Merah Lake Town Resort. Hehe kebetulan selepas balik dari Penang, ingat alang-alang nak hantar adik Ieqa, Syera balik ke tempat belajar dia, kitorang pun sepakat nak menyinggah di sini.
Masuk-masuk je terus minta pak guard kat situ tolong snap pic kitorang hee.. Baru sekarang dapat mai sini.
Banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat kat sini. Tengok sign board kat pic atas tu, macam-macam ada boleh pilih, nak buat semua pun tak jadi masalah haha.
Masa awal-awal Ieqa sampai sini, benda yang paling Ieqa excited nak buat sebenar nak naik chairlift. Alaa yang macam kerusi gantung tu, gerak macam cable car tapi open. Serius teruja sangat-sangat nak buat malangnya time datang tu pulaklah tengah tak buka. Sedih amat-amat tak dapat nak naik tu last-last ambil pic kat kerusi dia jela isk isk isk..
Tengok muka Ieqa amik pic pun masam sudah sebab protes punya pasal haha. So ayah Ieqa pujukla kitorang, ajak naik skycycle.. Haa? cemane rupa skycycle tu??
Haha bukan main happy bila dapat naik skycycle ni. Kira ganti sebab tak dapat naik chairlift tu la hehe. Cuak gak mula-mula sebab dy just support kat rel tengah-tengah je. Kiranya kalau kitorang galak sangat dok goyang-goyang atas tu seram jugak tengok bawah hutan-hutan camtu je kan haha. Time ini Ieqa buli adik Ieqa, Syera suruh dia kayuh, tangan Ieqa lemah gemalai tak larat nak kayuh hoho.
Even tak dapat nak masuk ecopark tu pun still boleh nampak dalam-dalam dia bila naik skycycle ini. Jimat duit sudey dapat tengok rusa free haha.
Bagi peminat-peminat yang suka memancing pun anda dialu-alukan mai sini. Sambil bercuti dengan family tu, bolehla memancing sekali kan hee..
Tenang je kat sini. Udara nyaman. Mata pun lapang je bila tengok tasik ni luas terbentang. Subhanallah cantiknya ciptaan Allah =).
Then, kitorang singgah ke Marina Village, aka resort dia lah. Konsepnya, rumah atas air. Macam best je macam nak try je macam nak stay semalam je kat sini hahaha tapi lain kali jela. Maklumlah school break pun dah nak habis, pastu nak hantar adik Ieqa lagi, maybe lain kali boleh stay semalam dua kat sini.
Sementara menunggu nak posting ini, tanya abang yang kerja kat sini, ada tak kerja kosong, jadi receptionist pun boleh gak haha.. berangan betul aku ni tak ada maknanya nak kerja jauh-jauh. Baik cari kerja kat kampung je kan hehe. So, ambil pic berlagak la kejap konon-konon kerja sini.
Memandangkan kekangan waktu yang amat-amat cemburu ke kita ni, so sekejap jela kami kat sini. Tak dapatlah nak merasa mandi manda isk isk isk. Tak apalah lain kali ada rezeki boleh mai lagi. Kalau ada siapa-siapa yang tengah plan nak jalan sini, silalah jangan malu-malu tengok-tengok dulu kat sini ya. ( link )
Last but not least, snap pic bukti dah mai sini. Korang apa lagi, jomlah jomlah ngee..
Baca lagi travelog Ieqa di sini ( link )
katakan like jika best ya!
No comments:
Post a Comment