Tabung Masa Depan

Thursday, February 20, 2014

Cara Memohon Guru KGSK / Guru Ganti



Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hari ini Ieqa mahu berkongsi bagaimana cara untuk memohon untuk menjadi Guru KGSK (Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan) atau guru ganti. Lazimnya, individu yang memohon untuk menjadi guru ganti ini adalah kerana mahukan pekerjaan sementara menunggu untuk ditawarkan kerja lain secara tetap. Bagi Ieqa, sementara menunggu ditempatkan untuk berkhidmat atau 'posting', Ieqa rasa lebih baik Ieqa ambil peluang ini untuk mendapatkan pengalaman, menambahkan pendapatan serta mengisi masa terluang daripada hanya duduk diam menunggu di rumah.





Lazimnya, jadi guru ganti atau KGSK ini adalah bagi mengatasi kekurangan sementara guru di sekolah apabila terdapat ketiadaan guru yang selama ini diisi dengan guru ganti yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas atau pengalaman. Contoh ketiadaan guru:
1. Guru Cuti Menunaikan Haji
2. Guru Cuti Sakit
3. Guru Cuti Bersalin
4. Guru Cuti Rehat Khas
5. Guru Cuti Tanpa Gaji
6. Guru Bertugas Dalam Ko-kurikulum / Ko-akademiK
7. Guru Kursus Dalam Perkhidmatan


Untuk maklumat lanjut boleh tengok sini ( link )


Ok, mula-mula, Ieqa daftarkan diri untuk menjadi guru KGSK di sini ( link ).


Agak lama juga Ieqa mendaftar sejak dari awal bulan Disember 2013 sampai Januari 2014 masih tak ada makluman apa-apa. Jadi, Ieqa ambil keputusan untuk menghubungi dan berjumpa dengan pegawai PPD bahagian KGSK untuk memohon.


Selepas Ieqa call, pegawai itu memanggil Ieqa untuk interview. Time ini Ieqa bawalah semua sijil semasa menuntut di IPG, sijil SPM, surat tamat belajar IPG serta salinan dan tidak lupa juga borang KGSK yang Ieqa dah print. Alhamdulillah rezeki Ieqa, selepas interview pegawai tersebut luluskan permohonan Ieqa dan kebetulan juga ada kekosongan di sebuah sekolah di tempat Ieqa kerana cikgunya bakal cuti bersalin.


Ieqa dapat mengganti cikgu tu mengajar Bahasa Melayu di SJK (T) Labis, Johor. Mula-mula macam tergamam dan gementar juga sebab murid-murid yang bakal Ieqa ajar nanti semuanya murid dari kaum India. Ieqa tak tahu berjaya atau tak Ieqa mengajar nanti, harap-harap diorang boleh menerima Ieqa dan faham PdP Ieqa, tawakal jela. Okla, doakan Ieqa ya 23hb ini dah mula mengajar.





katakan like jika best ya!

5 comments:

Anonymous said...

tahniah awk, sy nk tanya lepas isi form tu kene buat ape eh? perlu call PPD ke?

Ieqa Swetluv said...

to @anonymous~

mcm sy ari tu sy isi form n tggu dlm dua bulan juga.. then sy try g ppd n jumpe pegawai bhgian kgsk. mybe dlm situasi awk, boleh juga kalau nk try hubungi ppd tp better kalo jumpa sndri nampak kesungguhan kita

Anonymous said...

Hello ieqa, sy hanna.i would like to ask u about this. Can u pls provide me your email? Hehe sy nk cuba mohon jd cikgu sandaran juga. Ini email sy jffhanna@yahoo.com

ZzzZZzz said...

Brp bayaran utk guru ganti?

ApYh_90 said...

assalamualaikum.cik iqa..kalau plajar universiti bkn dri background pendidikan boleh jgk k apply?prosedur cmne?