Tabung Masa Depan

Thursday, June 24, 2010

Dunia Pendidikan : Guru Lelaki di Prasekolah dan Sekolah Rendah


Salam Muhibah. Topik berkisarkan  Dunia Pendidikan : Guru Lelaki di Prasekolah dan Sekolah Rendah. Sebenarnya entry kali ini adalah untuk menjawab persoalan yang dikemukakan oleh seorang rakan saya, seorang blogger dan juga merupakan seorang guru, Elme Akem yang menanyakan " Adakah sesuai seorang guru lelaki mengajar pelajar 'Pra sekolah dan Sekolah Rendah' ? ". Mungkin ada sesetengah pihak bersetuju, ada sebahagiannya kurang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. Bagaimana pula dengan anda??





Berikut adalah pendapat saya  dan juga alasan saya berdasarkan 10 soalan yang terdapat dalam entry beliau :


1. Mengajar kanak-kanak terutama kanak-kanak prasekolah biasanya didominasi oleh guru wanita?

SETUJU. Sememangnya lebih ramai guru wanita yang mengajar murid-murid prasekolah berbanding guru lelaki . Tetapi adalah tidak mustahil guru lelaki juga mampu mengajar prasekolah. Apa yang penting adalah kesungguhan menggalas tanggungjawab bagi mengasuh dan mendidik murid-murid kerana pada peringkat inilah murid-murid prasekolah harus diberikan perhatian khusus terutamanya dari segi persediaan untuk menguruskan diri(berdikari) serta mempelajari asas 3M ( Membaca, menulis dan mengira) sebelum mereka ke tahap seterusnya.




2. Saya merasa bahawa guru lelaki dapat melakukan cara yang sama seperti guru perempuan dalam situasi seperti menampilkan dan menunjukkan kasih sayang mereka terhadap kanak-kanak.

SETUJU. Secara fitrahnya setiap insan dikurniakan perasaan kasih sayang antara satu sama lain. Guru lelaki juga mampu menunjukkan kasih sayang mereka terhadap kanak-kanak namun apa yang berbeza adalah bagaimana mereka melahirkan dan menunjukkan kasih sayang mereka kepada murid berbanding guru perempuan. Persoalan ini tidak boleh dilihat hanya sekadar pada jantina semata-mata kerana bagi saya, setiap guru mempunyai cara mereka tersendiri. Maka tidak mustahil guru lelaki juga dapat menunjukkan cara yang sama.



3. Saya merasa bahawa guru lelaki tidak memiliki keterampilan dan kecekapan dalam menangani kanak-kanak di  pra-sekolah.

TIDAK SETUJU. Hal ini kerana setiap guru telah diserapkan di bahagian pendidikan guru terlebih dahulu sebelum mereka mengajar di mana-mana institusi pendidikan. Barangkali bukan semua guru lelaki mempunyai keterampilan dan kecekapan untuk menangani karenah kanak-kanak prasekolah pada mulanya akan tetapi sekiranya mereka sudah dilatih dan dibiasakan dalam situasi ini, secara tidak langsung perasaan semulajadi itu akan lahir dan mereka dapat mengatasinya.



4. Saya merasa bahawa dengan mengembangkan lebih banyak kesempatan mereka untuk mengajar kanak-kanak akan mendorong mereka lebih untuk menjadi pendidik.
SETUJU. Latihan, kebiasaan, peluang dan pengalaman yang akan mengasah potensi dan kredibiliti keguruan dalam diri mereka. Sebab itulah kebanyakan masa pembelajaran guru dihabiskan dengan latihan pengajaran di sekolah(situasi sebenar) sebelum mereka digraduasikan supaya mereka dapat memahami ragam dan jiwa kanak-kanak sebenarnya sebelum mereka menggalas tanggungjawab tersebut .



5.Gambaran guru lelaki di sekolah rendah besifat laki-laki ataupun jantan [e.g. disiplin].

 Pada pendapat saya, guru lelaki mempunyai cara tersendiri untuk mendidik murid-murid. Ketegasan dan ke'garang'an mereka biarpun agak menggerunkan tetapi ini yang akan menjadi peringatan kepada murid-murid supaya tidak 'naik tocang'. Namun sekiranya mereka menyalah gunakan kuasa sehingga mencederakan murid, itu telah melanggar ethos seorang guru.






6. Taraf rendah adalah salah satu rintangan yang menghalang guru lelaki pergi dari mengajar pra sekolah.

TIDAK SETUJU. Semua guru mempunyai taraf yang sama cuma yang berbeza adalah kemahiran dan teknik pengajaran mereka.





7. Kelayakan adalah salah satu faktor yang menghalang mereka dari mengajar pra sekolah.

TIDAK SETUJU. Semua orang layak mendidik kanak-kanak kerana mereka juga akan menjadi ibu bapa yang berkewajipan untuk mendidik anak-anaknya nanti.



8. Saya berpendapat guru lelaki memiliki kesempatan yang sangat kecil berbanding guru perempuan kerana berlainan jenis kelamin.

TIDAK SETUJU. Jenis kelamin bukan penentu etika dan jiwa pendidik dalam diri seorang guru. 






9. Saya merasa bahawa persetujuan guru lelaki berdasarkan keputusan dari kepala sekolah.

TIDAK SETUJU. Masing-masing punya pendapat, cara dan pemikiran tersendiri bukan sekadar bagai kerbau ditarik hidung semata-mata.




10. Mereka ada potensi dari tuduhan seksual terhadap kanak-kanak lelaki.

TIDAK SETUJU. Semua itu berdasarkan niat kerana tanggungjawab seorang guru terhadap murid mereka. Bagi saya, tanggungjawab guru di peringkat pra sekolah dan sekolah rendah adalah paling berat. Bak kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika daripada peringkat awal mereka gagal dibentuk dan dididik, perkara ini akan menganggu masa depannya. Tidak kisahlah sama ada guru lelaki mahupun guru perempuan, mereka merupakan aset penting dalam membentuk generasi  masa depan.



Persoalannya, mahukah kaum adam ini menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru apatah lagi untuk menjadi guru prasekolah dan sekolah rendah??



Info tambahan:

Salah satu amalan manusia yang akan sentiasa berterusan biarpun setelah mereka mati adalah menyampaikan ilmu pengetahuan. Bayangkanlah betapa besarnya pahala guru tadika kita jika dihitung kerana hanya dengan mengajar abjad ABC dan angka 123, maka kini ini kita mampu membaca, menulis dan mengira dalam pelbagai cara.



katakan like jika best ya!

32 comments:

..::MieZan::.. said...

makasih membalas n3 ku d n3 anda..cewah..hihihi
so 10 drpd soalan mie..ika xb'setuju..jadi nya mengajar pra sek. xikut jantina bg ika kan..

tp apa yg mie tgk..d brunei ni ja la kn..rata2 nya cikgu llki lg sedikit dr cikgu pompuan..mengikut 1 sek. ni boleh d kira 3 ka 4 org ckg. llki dr 44 ckg. keseluruhan sek. tesebut so tgk dr situ menunjukkn lelaki tidak b'minat nk mengajar pra sek.

donnyien said...

salam,
Pernah bcita2 mjadi guru namun x kesampaian..

molliesa said...

erm...rasanya sebab jumlah wanita memang akan melebihi jumlah lelaki. jadi, kelihatan lelaki sedikit berminat untuk berada di aliran itu.

rizputra7 said...

setuju2..

Frodo Baggins said...

and pada wa guru lelaki mgkin lagi
mudah didekati oleh murid2 laki. sbb
biasanya, lebih sporting n kacak??


hahahhahaa


>>__<<

zella y said...

hheheh...
xkira la guru lelaki atau perempuan..
klu niat nya baik pasti xde masalah kn...

tuan director said...

cikgu lelaki semakin kurg

Unknown said...

bg sy ok je guru laki mengajar di pra atau sek rendah? hehe

aien said...

sy bakal cikgu prasekolah.. dan ada ramai kwn lelaki dlm opsyen prasekolah nie.. dr yg sy lihat, semuannya mampu jd cikgu utk kanak2.. coz, they have talent yg tak ditunjukkan sec kasar..

bila dilatih utk menjadi cikgu prasekolah, kami belajar byk benda psl budak2.. n all dis guys mmg layak jd cikgu prasekolah walaupun muka diorng nmpk garang.. hehe

apepon.. amanah yg diberi, kami tak persiakan.. cewahh.. hehe

opss.. terpanjang plak.. ngeee ^__^

Rowena Zainuddin said...

wena lbih suka guru lelaki drpd pmpn tau..
xtau nape..
:P

miss lolly a.k.a luvfareda said...

boleh jeeeee.


xda perbezaan gender disituuu

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

aku sekadar mengajar dkt pusat tuisyen biasa jer tapi ajo bebudak kecik ada yang umur 4 tahun.memang banyak kerenah.sabar jer la.

¶A.K.I¶ said...

hurmmm....
mcm mne nak ckp...
sy xtaw...
sbb bkn guru

hamzah ian said...

ntah la.. laki mmg kurang jadi cikgu.. tp yang jadi cikgu tu banyakan nye baik la kot.. tu pasal aku xjadi cikgu..

syahira ariff said...

patot pun saya tak pernah jumpa guru lelaki yg mengajar di pra sekolah.

touya said...

Touya nak jadi cikgu
! nak jadi cikgu !

Ieqa Swetluv said...

..::Elm3 Ak3M::..~

itulah kenyataannya. mungkin mereka rasa agak sukar nak mendidik kanak-kanak lagi2 yang masih prasekolah sebab kena banyak sabar =)

Ieqa Swetluv said...

donnyien ~

wsalam.. x pe boleh jadi cikgu untuk anak2 nanti ye ngeh3 =)

Ieqa Swetluv said...

chekgu Moe~

yup betul.. tapi sekarang ni pun pengambilan guru lelaki lebih memberi kelebihan kepada kaum lelaki kerana kerana kekurangan mereka dalam dunia pendidikan

Ieqa Swetluv said...

rizputra7 ~

maceyh riz hehe =)

Ieqa Swetluv said...

Frodo Baggins ~

perluke kacak untuk didekati murid lelaki?? selalunya budak2 perempuan yang akan tertarik menarik kau memang da bom la huahua

Ieqa Swetluv said...

zella y ~

betul3.. apa2 nak buat kena tengok niat la dulu hehe

Ieqa Swetluv said...

Wan Perlis ~

yup =)

Ieqa Swetluv said...

NICK IRFAN ~

ok je sebenarnya..cuma nak atau tidak je hehe

Ieqa Swetluv said...

@ien_R@z~

betul3.. jo nyanyi lagu Guru Malaysia ramai2 huhauhau

Ieqa Swetluv said...

Rowena Chasez ~

sebab diorang kacak n sporting bak kata frodo tu kan kan kan haha

Ieqa Swetluv said...

miss lolly a.k.a luvfareda~

yup betol3 =)

Ieqa Swetluv said...

Mohd Fakhrurazi Jamaludin ~

wahh jadi cikgu tuisyen?? bagus3.. memang dengan budak2 kecik ni nak kena banyak sabow..macam2 ragam kan hehe

Ieqa Swetluv said...

¶A.K.I¶ ~

hehe x cakap apa2 pun x pe..tolonng baca ni pun dah kira baik bangat makasih ya ngee

Ieqa Swetluv said...

kahak cair ~

tp tak semestinya x jadi cikgu tu x baik.. ada kerjaya yang lebih baik kan ngee

Ieqa Swetluv said...

syahira ariff~

bukan x de dik tapi mungkin x ramai tu susah nak jumpa ngeh3

Ieqa Swetluv said...

touya~

bukan ke touya memang dah jadi cikgu?? cikgu kat arnab, kura-kura ngan hamster, kan kan kan!! hyahaha