Tabung Masa Depan

Wednesday, January 26, 2011

Marilah Beramal bersama Elle Mardiana, Ben Ashaari, Kujie, dan Mereka..


Salam Muhibah untuk semua...


Terbaca entry ini di blog d_tieah, hatiku amat tersentuh. Melihat penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh 2 orang saudara kita, Mohd. Syah Abdul Razak, dan Muhammad Hairuman Miskon. Terus kukunjungi sebuah blog, empunya nama Elee Mardiana, seorang novelis juga punya hati murni kerana keikhlasan beliau untuk membantu meringankan beban mereka.




Akibat kekejaman nafsu songsang seorang bekas banduan 11 tahun dahulu,  Mohd Shah Abdul Razak, 23, kini terpaksa menanggung kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya akibat disula dengan kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Kini Mohd Shah memerlukan perbelanjaan yang tinggi bagi menampung kos perubatan dan keperluan seharian memandangkan kedua ibu bapanya juga bergaji kecil. Baca seterusnya di sini ( link )




Demi mencari sesuap nasi, Mohd Hairuman Miskon, 22, tidak menyangka nyawanya telah dipertaruhkan. Hairuman telah menjadi mangsa renjatan kabel elektrik ketika mengambil upah mengait kelapa sawit pada tahun lalu. Akibatnya, Hairuman kini dalam dilema sama ada untuk memotong kedua-dua tangannya atau dibiar kehitaman. Kos perubatan yang perlu ditanggung pula terlalu tinggi kira-kira RM 15 000. Baca seterusnya ( link ).



Petikan dari blog Elle Mardiana :

" Oleh sebab itulah, saya mengambil keputusan untuk menderma seluruh royalti daripada 4 buah novel di bawah kepada adik-adik ini. Dan sumbangan ini berpanjangan. Maksud saya, selagi novel-novel ini dibeli orang, selagi itulah mereka akan menerima royalti tersebut. Ini sajalah yang boleh saya lakukan untuk membantu mereka."











Aku menyeru kepada rakan-rakan semua agar dapat bersama-sama menyokong Elee Mardiana bagi membantu mereka bagi meringankan beban mereka. Dan aku yakin di luar sana juga masih ada insan yang punya hati LUAR BIASA yang dapat membantu mereka seperti Abang Ben Ashaari, Kak Jie, dan ramai lagi. Anda pula bagaimana?? Adakah anda juga punya hati LUAR BIASA seperti mereka??


katakan like jika best ya!

36 comments:

Tieah Madian said...

Harap lagi ramai yg menghulurkan bantuan..
Org kaya ramai kat Malaysia ni..

ILA HonEyBuNNy said...

betul tu...setuju pendapat di atas;_)

Aleen Aiden said...

ya Allah kesiannye budak 2...

Pinky Pixie said...

ade juga yg berhati murni utk menolong mereka. agak menakutkan juga gmbar tu.

Unknown said...

novel tu mcm menarik.. ape2pun smoga nsib dorg terbela nnt.. amin...

MerLe said...

syukur..ada yg sudi mbantu..sdih tgk 2 bdk tu..hrp dorg dpt hadapi hdup ni ngn tabah

hans said...

moga lebih ramai yang membantu beliau
haih
ngeri tengok kesan renjatan tu

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

Anonymous said...

kalau buat baik~ taya keco~ invite senyap2 leh~

syahira ariff said...

ya Allah
smpai begitu sekali kalau tkena renjatan elektrik
ksian betul dia
dahla muda lgi
msti jdi tmpt bgantung kuarga
=(

Lovely Bella said...

huhuhu aku xleh nak tgk bende2 cmnih.. x sanggup.. huhuhu

mknace unlimited said...

:) :) :)
bagus tu effort mereka
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Journey of Youth said...

org Malaysia memang pemurah..
sentiasa dibuka pintu hati utk bantu yg ssh n memerlukan.
wlpn berbeza bangsa or bkn family sndr namun kita still rase nak bantu kan...
moga kedua2 insan nie diberikan kekuatan n ketabahan menghadapi ujian Allah

Azah Rahaman said...

ya allah, ksiannya

Unknown said...

salam, singgah pagi sabtu...semoga berjaya kempen ni meringankan beban kedua-dua insan yg kurang bernasib baik tu...

Anati Soki said...

cian dia.. :(
sma2 kita bantu dia..

Unknown said...

salam..
ada baca pasal ni kat entri abg BEN hari tu.
Sama2lah kita doakan kesejahteraan dan harap ramai yg sudi membantu dgn ikhlas..:)

http://eremedayun89.blogspot.com/2011/01/perlu-ke-anda-undi-saya-sticky-mode.html

ahmad endo said...

orang malaysia memang baik2!! aku arap dapat sapot perjuangan yang baik ni

Ieqa Swetluv said...

d_tieah ~

betul2... x salah pun kalo nak sumbang bakti kan

Ieqa Swetluv said...

HonEyBuNNy ~

thanks darl

Ieqa Swetluv said...

aleen aiden ~

aah..kesian sangat

Ieqa Swetluv said...

Pinky Pixie ~

kita doakan mereka k

Ieqa Swetluv said...

NICK IRFAN ~

insyaAllah aminn

Ieqa Swetluv said...

MerLe ~

harap2 camtula =)

Ieqa Swetluv said...

hans ~

betul2 ika pun rs ngeri huh

Ieqa Swetluv said...

maCy~

bole je hehe

Ieqa Swetluv said...

syahira ariff ~

tahu x pe dik, kesian kan

Ieqa Swetluv said...

Lovely Bella ~

mula2 ika pun takut nk tgk lama2

Ieqa Swetluv said...

Mknace~

thanks

Ieqa Swetluv said...

Journey of Youth ~

insyaAllah

Ieqa Swetluv said...

Azza Firza~

itulah..hurmm

Ieqa Swetluv said...

Abhamz ~

mudah2an cmtu la =)

Ieqa Swetluv said...

ANATI SOKI ~

insyaAllah

Ieqa Swetluv said...

da[Y]un ~

ye, insyaAllah

Ieqa Swetluv said...

ahmad endo~

insyaAllah aminn =)

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Ada juga yg sekadar memandang bila saya menolak kerusi roda hairuman melalui jalan atau tangga yang kerusi roda yang boleh lepas. Sedih juga rasa hati, tapi tabahkan juga hati jgn menangis lagi di hadapan mereka yang sekadar memandang itu. Harapan saya ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya dengan ikhlas krn Lillahi Taala tanpa sebarang prejudis. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. Kekadang air mata saya mengalir hiba bila mengenangkan nasibnya, tapi saya tak boleh lemah, takut adik pula rebah. Saya tak boleh tunjukkan perasaan sedih saya didepannya. Saya nak dia fokus untuk menjalani rawatannya, itu yang paling penting, senormal yang mungkin. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Utk sebarang sumbangan bolehlah dihulurkan kpd:
MARYUNI BINTI MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN BIN MISKON
CIMB A/C : 12570005386520

Maryuni Binti Miskon said...

Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....

Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :

MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520