Tabung Masa Depan

Friday, March 8, 2013

Teori Struktural (Bloomfield, Edward Sapir)



Aliran linguistik ini muncul pada abad ke-20. Ahli-ahli bahasa yang menganuti aliran ini termasuklah de Saussure, Bloomfield, Otto Jespherson, Edward Sapir dan sebagainya. Ahli-ahli bahasa struktural ini, menumpukan pengkajian mereka untuk menghuraikan struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan kaitan antara fonem sebagai unit bunyi dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian mereka berlandaskan pernyataan bahawa ‘tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri’. Sementara itu, tugas utama mereka ialah mengkaji unsur-unsur bahasa sebagai sebahagian daripada satu keseluruhan sistem bukan sebagai unsur yang berasingan. Bagi ahli-ahli bahasa struktural, ‘bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari untuk menyatakan sesuatu objek, keadaan atau konsep yang digunakan untuk berkomunikasi. Sebagai rumusan dapat dikatakan bahawa;
                      i.        bahasa ialah satu sistem bunyi
                    ii.        bahasa bersifat arbitrari
                   iii.        bahasa ialah alat perhubungan

Secara ringkasnya, teori ini menekankan :

Kajian- fonem dan morfem  dan kaitan dengan ayat.
Bersifat pertuturan, bersistem, arbitrari-perhubungan.
berpendapat bahasa ialah sistematis, tatabahasa tersendiri, hidup dan berubah.
huraian bahasa secara induktif
tidak mementingkan makna, analisis secara luaran








katakan like jika best ya!

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum.. apa khabar.. saya nak minta nota awak boleh??? klo boleh minta awak sekali kikiikikiki.. gurau je..

Unknown said...

saya mohon kebenaran untuk copy nota awak ye...terima kasih